BAB 5

Romance Completed 10513

Haninah dapt melihat pelajar yang memakai sapu tangan dileher membisikan sesuatu kepada pelajar yang masih memakai topi merah. Pelajar itu mula tersenyum sinis memandangnya sambil menghampiri.

“Makcik, kalau dah kerja tu kerani cabuk tu buat macam kerani cabuk okey. Tak payah nak jadi ustazah dan menasihati orang. Pernah dengar peribahasa, kalau kali panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga. Ha! Sesuai sangat dengan makcik ni.” Pelajar bertopi merah mula melemparkan kata-kata berbisanya. Haninah terkejut dengan pengetahuan mereka tentang pekerjaannya.

‘Macam mana dia tahu aku kerja kerani jer? Jangan-jangan budak yang berbisik tadi tu yang beritahu. Siapa dia, ye?’ Haninah berbicara sendirian sambil mata cuba mengingatkan gerangan yang bersapu tangan dileher itu.

‘Eh! Itu kan Busran. Patutlah macam pernah tengok hari tu. Rupanya budak samseng ni. Macam manalah boleh tak cam hari tu. Tapi aku tak boleh mengalah macam tu jer. Sekaranglah masanya menggunakan senjata.’ Haninah berbicara dengan hatinya. Bersemangat untuk menyelamatkan budak tadi walaupun dia sedikit terasa dengan kata-katanya.

“Okey, kalau korang masih berdegil terpaksalah makcik korang ni bawa benda ni ke pihak berkuasa. Tadi masa korang asyik nak membuli, aku dah rakam aksi korang dan aku akan tunjukkan rakaman video ni kepada pihak berkuasa. Masa tu nanti merasalah korang tidur dalam lokap dan kemudian masuk asrama khas bagi pelajar-pelajar sejenis korang ni. Biar tenaga pengajar di sana nanti basuh korang cukup-cukup pulak.” Haninah cuba bersuara tegas. Tersentak dengan kata-kata Haninah, mereka semua mula memandangnya termasuk budak berkaca mata itu.

‘Berani suit pempuan ni! Dia tak takut ker dengan kami ni. Kami ni lelaki dia perempuan, kami ramai, dia sorang. Apa-apa pun boleh berlaku. Berani tak bertempat!’ Busran berkata sendirian sambil mata tajam menikam memandang Haninah.

“Eh! Eh! Makcik ni tak takut ker dengan kami ni. Kami ni kan gangster. Kalau kami apa-apakan makcik karang, nangis tak berlagu lak.” Anak Tan Sri itu masih cuba menakut-nakutkan Haninah.

‘Alamak! Betul juga kata dia. Aku sorang jer perempuan kat sini. Buatnya dape seret aku kat tempat yang sunyi dan jarang dikunjungi orang. Nahas aku! Tapi tak kan aku nak blah macam tu jer. Tadi niat nak tolong budak mata empat tu. Tak pe Insya-Allah, niat yang baik, Allah akan tolong aku. Bismillahhirrahmannirrahim.’ Haninah mula tersedar.

“Bak sini telefon tu! Kami nak tengok lepas tu nak buang. Kalau tak nak bagi cara elok, kami ambik dengan cara paksa!” Yang bertopi merah menambah belum sempat Haninah berkata-kata.

“Kalau nak datanglah ambik sendiri. Jangan harap aku nak bagi macam tu jer.” Haninah tunjuk berani. Busran hanya mengelengkan kepala melihat telatah Haninah.

‘Orang kampung memang semuanya berani macam ni ker? Tak reti-reti nak mengalah. Menyusahkan betul!’ Burshran berbicara sendirian.

“Ran, tunggu apa lagi. Makcik ni dah cabar kita. Jom kita rampas telefon dia tu!” Yang bertopi merah mengarahkan Busran.

“Cantik! Khairi. Ko ngan Ran jangan bagi peluang kat makcik tu. Biar dia ingat sikit supaya lain kali jangan suka menyibuk hal orang.” Pelajar yang berambut serabut menyokong. Mereka mula gerak menghampiri sementara dua lagi pelajar melangkah setapak dua kehadapan juga. Masing-masing fokus kepada Haninah.

‘Peluang ni. Baik aku bagi isyarat suruh budak tu lari.’ Haninah berkira-kira dalam hatinya. Dia mula memandang budak berkaca mata itu lalu memberi isyarat supaya budak itu melarikan diri. Isyarat yang tidak terlalu ketara iaitu isyarat mata. Seperti memahami, budak berkaca mata itu mula berpalin perlahan-lahan dan membuka langkah seribu. Namun langkahnya bukan untuk melarikan diri sebaliknya ingin meminta bantuan bagi menyelamatkan wanita tadi daripada menjadi mangsa gangster sekolah itu.

Mana mungkin dia melarikan diri menyelamatkan dirinya sendiri sahaja sedangkan wanita yang bersusah payah cuba menolongnya itu dibiarkan begitu sahaja. Sebaik terlihat seorang pemuda yang baru hendak memasuki kenderaannya yang diparkin di tempat letak kereta tren itu, Nasir segera menghampirinya dan meminta tolong.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience