BAB 7

Romance Completed 10513

“Alhamdulillah, bolehlah setakat nak selamatkan nyawa. Ha! Adik pun terima kasih sebab sudi tolong panggilkan orang untuk selamatkan akak. Akak ingat adik terus pergi jer tadi.” Haninah mula menghadap pelajar itu.

“Saya yang patut berterima kasih dengan akak sebab selamatkan saya. Tak sangka akak berani sampai macam tu sekali tadi.” Pelajar tersebut malu-malu berbicara.

“Orang yang dalam kesusahan depan mata pula tu mestilah akak kena tolong. Mungkin dah jodoh kita berjumpa dan akak menolong adik dan abang ni tolong akak pula. Bukti kasih sayang Allah kepada hambanya tidak terhad kepada seseorang hamba atau apa hubungan kita. Okeylah akak dah lewat akak nak gerak dulu.”

“Saya gerak dulu, ye.” Haninah berkata kepada ustaz tersebut setelah memberitahu pelajar itu.

“Eh! Akak, siapa nama akak? Nanti kalau kita berjumpa lagi senanglah saya nak panggil. Kalau tak tahu nama payah juga nanti. Saya Hafiz.” Pelajar tersebut bertanya.

“Nama akak Haninah, Hafiz. Lain kali kalau kita terjumpa tetapi akak tak perasan sudi-sudilah bertegur sapa ye.” Haninah tersenyum manis.

“Abang pulak?” Hafiz bertanya kepada pemuda ustaz itu pula.

“Abang, Yasin. Selamat berkenal, Hafiz.” Tangan dihulurkan kepada Hafiz.

“Selamat berkenalan, Haninah.” Yasin hanya menundukkan sedikit kepalanya kepada Haninah.

“Selamat berkenalan.” Haninah juga membuat perkara yang sama Yasin lakukan.

“Okey, la saya gerak dulu. Assalammualaikum.” Haninah meneruskan perjalanannya untuk berjumpa dengan Kak Suhana yang mana mereka telah berjanji untuk keluar membeli-belah bersama-sama. Dua lelaki tersebut hanya memandang seketika Haninah yang cantik berjubah biru laut melangkah pergi sebelum mereka berpandangan dan sama-sama meminta diri.

***********************************

Kepenatan siang tadi membeli-belah dengan rakan sekerjanya Suhana atau lebih mesra dipanggilnya Kak Suhana, tidak dapat membuatnya mudah lelap malam itu. Fikirannya menerawang pada kejadian siang tadi sebelum bertemu dengan kak Suhana. Kata-kata pelajar-pelajar empat sekawan itu benar-benar terkesan di hatinya.

“Makcik, kalau dah kerja tu kerani cabuk tu buat macam kerani cabuk okey. Tak payah nak jadi ustazah dan menasihati orang. Pernah dengar peribahasa, kalau kali panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga. Ha! Sesuai sangat dengan makcik ni.”

“Adakah aku cuba berlagak alim seperti ustazah dengan menegur mereka seperti itu? Tak pernah terlintas dalam fikiran aku nak tunjuk alim atau merasakan diri ni ustazah. Jangan katakan bertauliah bahkan ilmu agama yang ada dalam diri ini pun tak mampu dan layak menjadi ustazah. Ye! Aku sekadar kerani cabuk, kot!” Bicara Haninah pada dirinya.

“Tapi niat aku sekadar ingin menegur dan ingat-mengingatkan mereka. Salahkah aku yang belajar tak tinggi, kerja tak megah dan sekadar Muslim biasa-biasa sahaja cuba ingin sama-sama berpesan-pesan dan beringat-ingat kepada kebaikan dan menegur dan mencegah sesame umat meninggalkan kejahatan? Apakah semua kerja-kerja itu hanya boleh dilakukan oleh mereka yang layak dan bukannya aku yang cuma kail panjang sejengkal ini?” Haninah terus-terusan mempersoalkan diri.

“Kalaulah macam tu, umat kita akan mudah terleka dan terjerumus dalam larangan-Nya kerana tidak pada semua situasi akan muncul Ustaz, Ustazah dan alim ulama. Kalaulah mereka faham dan tahu niat aku ini. Aku hanya melahirkan rasa sayang dan kasih aku kepada mereka sebagai Muslim dan sebagai kawan. Haih!” Haninah mengeluh dan ingatan terkenangkan seorang rakannya semasa menuntut di Universiti Teknologi Mara cawangan Arau, Perlis dahulu.

“Gi mana lewat balik ni Naimah? Ko study group dengan Soleh ker?” Haninah bertanya rakan sebiliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience