BAB 2

Romance Completed 10513

“Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi s.a.w. bersabda; ‘Telah ditetapkan bagi setiap anak Adam bahagian dosa daripada zina yang pasti akan ditemuinya. Kedua mata dosanya melihat, kedua telinga dosanya mendengar, lidah dosanya membicarakannya, kedua tangan dosanya memegang, kedua kaki dosanya melangkah, dan hati dosanya membayangkan atau mengangan-angankan. Semua itu akan dinyatakan atau tidak oleh kemaluannya.’ Riwayat Muslim.” Ustaz itu menyambung lagi.

“Dah la jom blah. Buat pekak telinga jer dengar Ustaz ni cakap.” Pelajar, anak Tan Sri itu mengarahkan dan mereka mulai keluar daripada tren sebaik pintu tren terbuka.

‘Astaghfirullah halazim. Dah sampai Bandar Tasek Selatan rupanya!’ Haninah berbicara dalam diri dan segera keluar bersama dengan pelajar-pelajar lelaki dan dua pelajar perempuan tadi. Sempat Haninah melihat gerangan Ustaz yang menegur mereka tadi.

‘Boleh tahan, kacak bergaya. Cukup pakej nak buat suami ni!’ Haninah berkata dengan dirinya sendiri.

‘Kalau aku tak ada sifat malu, mahu aku minta nombor telefon Ustaz ni dan bertanya dengannya kesudian untuk mengambil aku sebagai isteri.’ Haninah tersenyum dengan kegedikan sendiri tapi mana mungkin dia berbuat begitu; langkah mayat ayahnya dulu kalau hendak buat semua tu.

Sambil meneruskan perjalan menuju ke rumah ibu saudaranya, Haninah masih melihat pelajar-pelajar tadi mengusik dan mengekori dua pelajar perempuan tadi.

‘Haih! Budak-budak ni memang nak kena ni. Tak abis-abis lagi mengusik, siap mengekor orang sampai ke sini. Maih sini, cik kak pula yang ‘sembur’. Kot mau jalan. Biar cik kak mafia tolong langsai kasi habis!’ Haninah berkata dengan hatinya sendiri. Dia benar-benar berharap dapat membantu dua gadis tersebut dan bukan niatnya nak membangga diri. Dia segera mengorak langkah dengan lebih laju supaya dapat mengejar pelajar-pelajar tersebut yang berada beberapa meter di hadapannya. Sebaik menghampiri Haninah bersuara tegas.

“Kau orang ni tak faham bahasa ke. Kalau dia orang ni tak nak bagi tu maknanya dia orang tak berminat dengan kau orang la. Maksud yang mudah tu pun susah nak faham ker. Nak cakap macam mana baru nak faham?” Dua gadis tersebut mula berdiri di belakangnya. Mereka mula berasa takut diekori begitu.

“Haih! Makcik pulak yang menyibuk. Makcik, kalau makcik ni dah tak laku dan tak de orang nak mengorat, jangan la nak cemburu pulak. Kami budak muda nak berseronok nikmati zaman muda kami. Makcik gi main jauh-jauh boleh? Blah!” Pemuda yang berambur serabut berkata dengan meluatnya.

“Makcik? Ingat kita ni tua sangat ker? Hello! Tolong sikit ye. Aku pun muda lagi. Baru dua puluh lima tahun kot. Masih bergetah kata orang. Mana korang tahu aku ni tak de yang berkenan. Tolong sikit. Memang la aku tak cantik mana, setakad ado jer muka ni tapi setakat nak buat lelaki pandang aku tu boleh jer.” Haninah melemparkan sebuah pandangan yang tajam sambil mulutnya diketap menahan kemarahan yang semakin memuncak.

“Eh!Eh! Makcik ni. Ade juga yang makan kaki dan tangan aku ni. Kalau orang dah kata blah tu blah la. Dia yang tak faham kata orang pula tak faham.” Tempelak anak Tan Sri pula.

“Ewah! Ewah! Sekolah lagi dah pandai nak bagi orang makan tangan, kaki. Cubalah kalau berani. Kalau korang tak blah juga, aku gi kat polis tu beritahu kau orang mengganggu gadis dengan niat yang tidak baik. Nak?” Haninah memberi amaran sambil menunjukkan dua anggota polis yang kebetulan lalu. Polis yang kerap membuat rondaan di kawasan perhentian itu bagi memastikan tiada kejadian pecah dan curi kereta yang kerap berlaku akhir-akhir ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience