BAB 10

Romance Completed 10513

“Baiklah, akak akan temankan. Akak pegang janji Busran. Rasulullah bersabda; ‘Tanda orang munafik itu ada tiga perkara apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia mungkiri janji dan apabila dia diamanahkan dia mengkhianati’. Akak pasti Busran tidak mahu menjadi seorang yang munafik kan?” Haninah menduga. Busran tidak menjawab sebaliknya hanya menganggukan kepalanya. Haninah tersenyum manis.

‘Sekarang kau senyumlah. Nanti sampai masanya kau akan menangis pula.’ Busran berkata dengan dirinya sendiri. Dia turut tersenyum kepada Haninah.

“Kalau semua dah setuju, kita mulakan esok, boleh?” Puan Yasmin kembali ceria.

“Insya-Allah, boleh.” Haninah menjawab dengan tenang.

“Baik, ibu. Terima kasih ibu, papa, akak.” Busran mengucapkan terima kasih. Semua hanya tersenyum dengan tindakan Busran itu.

******************************

Seperti yang dijanjikan selepas dia menjamu selera tengah hari itu, Pak Mud datang dengan kereta Mercedes untuk mengambilnya. Kemudian mereka bergegas ke Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Bandar Baru Bangi untuk mengambil Busran.

Melalui Pak Mud, Haninah mengetahui perihal sekolah yang dihadiri oleh Busran dan Khairi itu. Sekolah tersebut merupakan antara sekolah-sekolah terbaik bukan sahaja di Selangor tetapi juga di Malaysia. Betapa dia bangga dengan kemampuan mereka untuk memasuki sekolah tersebut yang pasti mempunyai saingan yang ramai dalam memilih pelajarnya.

‘Tapi sayang kecerdikan disalah guna ke arah yang tidak elok. Ke ada sebab mereka jadi macam tu?’ Haninah bertanya dengan dirinya sendiri. Sampai sahaja di pintu masuk sekolah tersebut, Busran dan Khairi sudah menanti namun mereka tidak berdua. Mereka bersama dengan dua orang lagi sahabat mereka.

‘Ah! Sudah. Lain macam jer ni. Tak kan sesi nak balas dendam lagi kot?’ Haninah berkata dengan dirinya. Kaki tetap dilangkah menghampiri mereka biarpun hati seperti meragui. Setelah kaki semakin menghampiri, Busran dan rakan-rakannya segera meluru masuk ke dalam kereta. Terpinga-pinga Haninah melihat gelagat mereka itu.

“Makcik, eh! Silap, akak. Kami pergi dulu ye. Ari ni kawan saya nak tumpang. Kalau akak naik sekali nanti tak muat pula. Silap, silap boleh pamcit tayar, lebih muatan. So akak lik naik tren la ye. Tu kan pengangkutan kesukaan akak. Bye! Jumpa lagi esok.” Busran menerangkan keadaan yang berlaku.

“Pak Mud, jalan.” Khairi menyuruh pemandu ayahnya berlalu.

“Tapi, Cik Haninah, macam mana?” Pak Mud ragu-ragu bertanya.

“Orang suruh jalan tu, jalan jer la Pak Mud. Ke Pak Mud pun nak tinggal sini dengan dia?” Khairi meninggikan suaranya. Pak Mud yang terkejut dimarahi sebegitu rupa mula menurut.

“Baik…”

“Bye!” Semuanya mengucapkan selamat tinggal kepada Haninah. Haninah yang baru tersedar akan dirinya keluar tadi sehelai sepinggang mula mengejar kereta tersebut namun semuanya hampa. Kereta tersebut tetap bergerak meninggalkannya.

“Hey! Beg tangan saya la! Macam mana saya nak naik tren kalau tak de duit.” Haninah menjerit sedikit tetap tiada gunanya lagi. Sementara itu, Busran yang duduk dihadapan menggantikan tempat Haninah tadi terpijakkan beg tangan Haninah yang berada di lantai kereta. Apabila terperasankan beg tangan tersebut, dia mula memalingkan mukanya memerhatikan Haninah, namun semuanya sudah terlambat kereta sudah bergerak jauh daripada perkarangan sekolah.

‘Nasib ko la. Bukan salah aku pun ko tinggalkan beg tangan ko ni. Pandai-pandailah ko cari duit nak tambang nanti.’ Busran berkata dalam hatinya. Dia mengalihkan kakinya daripada terus memijak beg tersebut. Dia segera mengambil beg tangan Haninah tersebut dan memasukkannya ke dalam beg sekolahnya. Hati berlagu riang kerana dapat mempermainkan Haninah hari ini. Baru puas rasanya hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience