BAB 11

Romance Completed 10513

Haninah terduduk di kerusi di perhentian bas, termangu-mangu memikirkan perkara yang baru berlaku. Dia memikirkan cara untuknya pulang.

‘Tak kan nak naik teksi pula. Hari tu pun dah kena tipu kali ni kalau aku naik teksi juga mau kena benda lain pula. Teksi bukan jawapannya walaupun cara tu yang boleh membuat aku sampai semula ke office dan meminta Kak Suhana bayarkan dulu tambangnya.’ Monolog Haninah sendirian.

‘Mungkin kalau aku terus menunggu di sini nanti Pak Mud akan datang mengambil aku semula. Insya-Allah. Mudah-mudahan Allah kabulkan permintaan aku ni.’ Haninah bertindak untuk terus menunggu. Haninah terus menunggu sehingga masuk waktu solat Asar.

“Astagfirullah halazim dah masuk Asar rupanya. Tak de jam memang tak sedar lama betul aku tunggu kat sini. Nampaknya Pak Mud memang tak akan datang. Aku pun tak dapat sambung buat kerja kat pejabat. Baik aku cari surau, solat dulu. Nanti fikirkan jalan yang lain.” Haninah bersuara setelah di terdengar alunan azan. Dia mula menghayun langkah menuju ke surau Al-Ikhlas yang terdapat tidak jauh daripada sekolah berkenaan.

Haninah menyerahkan diri sepenuhnya kepada yang Maha Esa di atas apa yang telah berlaku. Dia yakin pasti ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku. Dia juga memohon bantuan daripada yang Maha Pemberi Petunjuk untuk memberikannya jalan untuk sekurang-kurangnya dapat pulang ke rumah walaupun untuk pulang ke tempat kerja agak mustahil kini kerana masa sudah semakin hampir ke pukul lima. Setelah selesai mengaminkan doa, Haninah menanggalkan telekungnya dan mengenakan semula tudungnya. Tiba-tiba dia terfikirkan sesuatu.

‘Agaknya Tuan Bukhari marah tak aku tak masuk-masuk lagi ni? Jangan dia fikir aku curi tulang sudah. Tapi mesti dia fikir macam tu kalau aku tak hubunginya memberitahu perkara sebenarnya. Aku kalau boleh tak nak sebut pasal hal ni, nanti kesian pula Busran dan Khairi kena marah. Mereka tu budak muda yang sering melakukan kesilapan jadi terus-terusan menyalahkan mereka bukan satu tindakan yang wajar tapi teguran yang berkesan dan lembut yang dapat membuka mata hati mereka.’ Monolog Haninah sendirian.

‘Apalah kau ni, Haninah. Cakap macam pakar jer. Padahal kerani cabuk jer. Ilmu pun sekangkang kera, buat malu jer. Kalau dah kail panjang sejengkal tu, sendiri mau ingat la kan.’ Haninah tersenyum sendiri dengan peringatan kepada dirinya itu. Haninah mula mengambil senaskah Al-Quran lalu dia membacanya dengan perlahan dan tenang. Namun tanpa disedarinya air matanya gugur jua. Dia hanya wanita yang lemah tidak berdaya untuk menahan diri daripada ujian yang sedang Allah timpa kepadanya ketika itu.

“Anak ni, baru pindah sini ker?” Seorang wanita dalam lingkungan lima puluhan datang menegurnya sebaik dia sudah menamatkan pembacaannya kerana pembacaannya tidak sempurna dek tangisan yang semakin tidak reda. Segera air mata disapu dengan hujung jadi apabila wanita itu mula duduk di sisinya.

“Eh! Tak la. Saya dari sekolah Jalan Empat tadi. Datang tumpang solat kat sini saja, makcik.” Haninah tersenyum manis.

“Oh! Makcik ingat baru pindah sini. Patut tak pernah nampak. Buat pe kat sekolah sana? Guru kat sana ke?”

“Tak la, makcik. Tadi saya ada hal sikit kat sana. Makcik selalu datang sini ker?” Haninah bertanya kerana tidak tahu apa yang mahu ditanyakannya lagi.

“A’Ah. Makcik tinggal dekat-dekat sini jadi selalu juga datang kalau ada masa. Kebetulan hari ni anak makcik cuti, dapatlah datang waktu Asar ni. Kalau tidak waktu magrib dan Isyak jer datang sini.” Wanita itu menerangkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience