BAB 6

Romance Completed 10513

“Abang, tolong saya abang. Kakak saya kena kacau dengan budak gangster kat sana. Tolong saya abang. Kesiankan kakak saya.” Sengaja dia menyatakan begitu supaya pemuda itu lebih bersimpati dan malas untuk memanjangkan cerita kerana ketika ini menyelamatkan wanita itu lebih penting daripada memberitahu cerita sebenar. Masa itu emas!.

“Astaghfirullah halazim. Kat mana? Jom cepat. Pintu kereta ditutup dan dikunci kembali. Pemuda itu segera mengekori pelajar itu yang beberapa tapak di hadapan. Sementara itu, Busran dan Khairi masih mengorak langkah menghampiri Haninah.

“Ran? Mereka panggil awak Ran, Busran. Nama dah sedap-sedap Busran yang penuh makna pergi sebut Ran jer pulak. Ran…Lari, nak lari ke mana? Asyik guna nama Ran tu yang bertukar daripada khabar gembira kepada buruk tu. Asyik nak buat perkara yang tak elok.” Haninah cuba menegur Busran dengan mengaitkan maksud namanya itu.

“Makcik ni memang nak kena sangat agaknya!” Busran meledakkan kemarahannya dengan suara yang parau. Terkejut Haninah dengan suaranya.

‘Patutlah selalu mendiamkan diri rupanya suara garau giler.’ Haninah berkata dengan dirinya sendiri. Haninah menahan diri daripada ketawa akan kelucuan suara Busran yang garau itu. Dia tahu tidak baik mengetawakan orang terutamanya Busran yang sebenarnya mempunyai masalah penyakit tonsil seperti yang pernah diberitahu oleh ibunya dahulu. Dia melupakan kelucucan yang hadir dan fokus kepada masalah yang sedang melanda.

“Busran! Kalau awak maju juga saya tak teragak-agak untuk menghantar video ni kepada Tuan Bukhari. Agak-agak kalau saya hantar, apa yang akan Tuan Bukhari akan fikir dan apa pula tindakannya kepada awak, ye? Setahu saya rasa dia seorang peguam yang tegas dan jujur. Tak pernah tunduk kepada sesiapa yang bersalah, semua akan menerima padah yang setimpal kalau berhadapan dengannya.” Haninah cuba mengugut Busran dengan menyebut nama bapanya Busran. Dia kemudian mengangkat tinggi sedikit telefon bimbitnya seolah-olah perkara tersebut benar-benar dilakukan seperti yang diperkatakan.

Mendengarkan nama bapanya disebut, Busran menahan Khairi daripada terus mendapatkan Haninah. Dia mengetapkan giginya menahan api amarah yang semakin bertandang. Dalam pada itu, pelajar yang berkaca mata datang bersama seorang pemuda yang tegap memakai kupiah.

“Woi! Korang nak buat apa tu?” Pemuda tersebut bersuara sambil berlari menghampiri Haninah. Kini Haninah diapit oleh dua lelaki yang cuba untuk melindunginya, wanita yang sedang memerlukan bantuan.

“Korang jangan cuba nak apa-apakannya. Aku dah panggilkan polis tadi. Kalau ikutkan masa aku buat panggilan tadi, aku rasa dalam lima minit lagi sampailah mereka.” Pemuda itu menyambung.

“Blah! Blah! Karang lain pulak jadinya.” Anak Tan Sri itu mengarahkan. Semua berpatah balik dan melangkah meninggalkan mereka. Haninah berasa lega melihat mereka pergi. Dia mula mengalihkan pandangan kepada pemuda yang sudi menyelamatkannya tadi.

‘Eh! Ni kan ustaz yang kat dalam tren ari tu? Dia buat apa kat Stesen KL Sentral ni, ye?’ Haninah yang baru tersedar gerangan pemuda itu berbicara sendirian.

“Terima kasih kerana sudi membantu.” Haninah mengucapkan rasa terima kasihnya kepada pemuda tersebut.

“Sama-sama tapi awak tak apa-apa ker?” Ustaz it uterus bertanya.

“Alhamdulillah saya tak kena jentik pun. Terima kasih bertanya.” Haninah tenang berbicara sambil cuba bergurau.

“Alhamdulillah tapi kenapa awak angkat tangan dengan telefon tadi?” Pemuda bertanya kehairanan.

“Oh! Ni, saya ugut mereka nak hantar rakaman video yang saya rakam tadi kepada bapa salah seorang pelajar yang saya kenal tadi. Tapi acah jer. Saja nak kasi gempak sikit.” Haninah tersenyum kecil dengan kata-katanya. Pemuda dan pelajar berkaca mata itu turut tersenyum dengan telatah Haninah.

“Tak sangka pandai juga awak cari jalan nak lengahkan mereka tadi. Patutlah tadi saya nampak mereka terhenti tadi.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience