BAB 6

Romance Completed 35936

“Hish! Time ni la nak kredit nak habis pula. Geramnya aku! Huh! Emira sabar. Jangan kelam kabut” Emira tersenyum di hujung katanya sambiltangannya mengibas-ngibas muka. Cuaca pagi itu sangat panas. Kulitnya yang putih bersih itu bertukar kemerahan akibat terkena terik matahari.

Emira mengatur langkah untuk ke salah satu kedai telekomunikasi yang berdekatan dari tempat dia berdiri. Setibanya disitu lidahnya kelu apabila melihat seorang jejaka tampan yang sedang memakai uniform berwarna merah. Dia menilik setiap inci wajah jejaka itu. Kacaknya dia. Pujinya dalam hati.

“Ya cik, boleh saya bantu?” Emira kembali ke alam nyata apabila disapa jejaka itu.

“Err… bagi saya topup Rm30.00.”

“Ini dia cik. Ada apa-apa lagi?” Akira merasa seakan hatinya terpaut dengan keperibadian jejaka di hadapannya.

“Cik, cik. Awak okay ke?”

“Haa? Err okay. Terima kasih. Nah ni duitnya.” Jejaka itu menyambut sekeping duit RM50 lantas memulangkan bakinya pada Emira dengan senyuman. Mata Emira masih melekat padanya.

“Terima kasih ya cik,” ucap jejaka itu telus. Tersentak sedikit lamunannya tadi dan dia pun berlalu dari situ.

Emira berpaling sekali lagi melihat wajah jejaka itu. Entah mengapa hatinya bagaikan terpaut pada raut wajah itu. Haih! Takkan aku sukakan dia kot? Ish! Tak mungkinlah. Emira cuba menafikan perasaan yang bercambah di dalam hatinya.Tapi dia handsome!

Setelah selesai menambah nilai telefonnya, Emira mendail nombor telefon Farah. Panggilannya tidak berangkat.

“Mana pula Wawa ni? Ei! Geramnya aku.” Omel Emira lantas dia mendail sekali lagi.

“Assalamualaikum Siti Emira. Kenapa?” sapa Farah lantas terus saja menyoal hajat sahabatnya itu.

“Nak apa kau tanya? Cuba kau tengok jam dekat rumah kau tu!” Arah Emira sambil menahan rasa amarahnya. Farah menekup bibir kerana tahu kesalahannya yang sudah terlambat itu.

“Ala...Sorry. Semalam aku tak boleh tidur. Lepas subuh barulah mata aku nak lelap. Kau kat mana dah ni? Dah sampai salon ke?” soal Farah lagi mahu mengambil hati. EMira mencebik mendengar alasan yang diberikan. Baginya Farah sengaja mahu mencari fasal dengannya.

“Aku dah sampai salon pun. Aku naik teksi. Kau datang cepat. Aku ada benda penting nak cakap dengan kau ni.” kata Emira serius.

Berkerut dahi Farah mendengar ayat terakhir sahabatnya. Dah kenapa pula mak cik ni? Ni mesti tentang mak dia nak cari calon la tu. Dah tak ada hal lain dah...Farah meneka di dalam hati.

“Okay, sekejap. Bagi aku masa. Nak mandi lagi ni. Maklumlah terlajak tidur,” balas Farah menyeringai sengih.

“Kau tu memang. Cepat sikit. Ramai orang ni,” gesa Emira. Bukannya dia tak tahu, Farah kalau bersiap mengalahkan Tuan Puteri. Berjam-jam dalam bilik baru keluar. Tu pun muka tak letak mekap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience