BAB 12

Romance Completed 35936

Emira kelihatan anggun. Dia membelek sekilas wajahnya yang sudah siap disolek di hadapan cermin. Penampilannya begitu terserlah dengan kebaya labuh berona putih gading.

“Cantiknya kau Siti Emira,” puji Farah seraya memeluk erat tubuh sahabatnya itu.

“Terima kasih Farah. Aku berdebar ni,” adu Emira seraya menggengam jemarinya. Farah turut menggengam jemari sahabatnya untuk menghilangkan gemuruh.

“Keluarga pihak lelaki dah datang. Semuanya dah siap?” soal Puan Azizah yang sedang berdiri di ambang pintu. Hati tuanya gembira apabila anaknya bersetuju dengan rancangan perjodohan itu. Kini dia boleh menarik nafas lega.

Farah memberi ruang untuk bakal ibu mertua Emira menyarungkan cincin. Setelah itu, dipeluknya batang tubuh Emira dengan erat lantas mencium kedua belah pipi Emira.

“Terima kasih sayang. Terima kasih kerana sudi terima Emir anak mama,” usai berkata Puan Rokiah. Dia gembira Emir dan Emira bersetuju dijodohkan bedua. Emira merasa dirinya amat disayangi.

Majlis seterusnya berjalan dengan lancar sekali. Perbincangan tentang tarikh perkahwinan juga telah diputuskan. Cincin bertatahkan permata sudah tersarung di jari manis Emira. Tanda hatinya kini milik Emir. Apabila tiba sesi bergambar, Emir dipanggil untuk bergambar bersama tunangannya.

“Sama cantik sama padan,” puji jiran tetangga pada ibu Emira dan Puan Azizah tersenyum tanda mengiyakan.

“Macam tak percaya je yang aku dah nak kahwin. Kau rasa betul ke tindakan aku ni Farah? Pada kau Emir tu orangnya macam mana? Maksud aku, kau yakin dia yang terbaik untuk aku ke?” tanya Emira bertalu-talu pada sahabatnya itu.

“Kau jangan ragu-ragu lagi. Abang Emir tu calon terbaik untuk kau. Walaupun dia dah lama duduk di Korea, tapi dia tak pernah lupa solat tau. Dan aku yakin tindakan kau berkahwin dengan dia adalah yang terbaik. Kau dah buat solat istikharah?”

“Dah tapi aku masih belum dapat jawapan..." jawab Emira.

“Kau buatlah lagi solat istikharah. Kalau aku jadi kau… aku terima je. Sebab Abang Emir tu ada ciri-ciri lelaki yang kau suka. Dia boleh jadi imam yang baik, dan aku yakin dia mampu terima kau seadanya.” balas Farah.

Semakin dekat hari pernikahan mereka, semakin Emira rasa resah. Dia tidak pasti adakah keputusannya menerima jodoh dngan Eira adalah satu keputusan yang betul. Mungkin inilah yang dikatakan keliru nak kahwin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience