BAB 5

Romance Completed 35936

“Kamu ni dengarlah dulu. Cepat sangat bersangka buruk. Imaginasi kamu ni bukan-bukan ya” Bidas Puan Azizah. Emira hanya tersengih dimarahi ibunya.

“Pak Mat kamu tu kata ada kawan dia ni tengah mencari jodoh untuk anaknya. Dia cadangkan kamu. Tapi… mak tak bagi kata putus lagi. Takutlah kalau kamu menolak lagi kan? Mak juga yang malu. Tapi kamu ni selamba je” Emira tersenyum kambing apabila terasa disindir oleh si ibu.

“Mak, soal jodoh biarlah Mira saja yang cari. Bukannya apa, takutlah jadi macam Kak MAria tu. Bercerai-berai. Keluarga yang aturkan perkahwinan mereka. AMk nak ke saya jadi macam tu nanti? Mak jug ayang susahkan” Emira cuba berlembut. Sengaja dia bicara soal Maria jiran sebelah rumahnya yang berkahwin hanya bertahan lapan bulan saja.

“Jodoh, ajal, maut semuanya di tangan Allah. Kamu tak boleh nak pertikaikan tentang tu. Dah tertulis di Loh Mahfuz, jodoh Maria dengan KAdir setakat itu saje. Kamu tengok mak dengan ayah. Kekal sampai sekarang. Kami kahwin pun atas pilihan keluarga juga. Tak de nak cerai berai. KAmi pun belajar terima antara satu sam alain dan bercinta macam pasangan lain juga,” lembut suara Puan Azizah memujuk anaknya.

“Betul kata mak kamu. Mira bukannya makin muda. Kami ni susah hati tengok kamu masih membujang. Kawan-kawan kamu semuanya dah ramai yang beranak pinak. Hanya kamu dan Farah saja yang belum berumah tangga,” sampuk si ayah, Tuan Hisham lantas melabuh punggung di sisi Emira.

Sesungguhnya dia risau memikirkan anak daranya yang masih membujang. Namun dia juga tidak sanggup melihat si isteri asyik mendesak Emira dengan soal kahwin itu. Haih! Kini dia bagaikan di persimpangan saja. Sukar untuk buat pilihan untuk memihak siapa.

Emira menarik muncung. Lantas dia membaringkan tubuh. Kepalanya diletakkan diatas riba ayahnya. Emira sememangnya manja dengan ibu bapanya. Maklumlah anak tunggal.

“Ayah, mak, Mira bukannya apa… tapi Mira…” terhenti kata-kata Emira melihat wajah mendung ibunya.

“Biarlah masa saje yang menentukan segalanya. Lagipun Mira sukakan seseorang,” Emira menggigit bibir apabila kata-kata bohong itu meluncur laju pula di bibirnya. Serta merta Puan Azizah melorek senyum manis.

“Dah ada pun rupanya...Kalau macam tu bawalah jumpa dengan mak dan ayah,” desak Puan Azizah.

“Ish! Awak ni Zah. Tak menyempat tu kenapa? Kot ya pun bagilah Mira ni masa. Tak kan main tangkap muat je kan?” sergah Tuan Hisham. Puan Azizah menarik muncung apabila disindir suaminya. Emira menahan senyum.

“Mak, ayah Mira masuk bilik dululah. Nanti kita cerita lain kali okay,” Segera Emira meminta diri sebelum bom atom ibunya meletop.

“Abang ni, kalau saya tak desak dia sampai ke sudah dia tak kahwin. Bulan lepas saja dah berapa kali pinangan yang anak awak tolak,” dengus Puan Azizah geram.

“Abang tahu. Awak tu aje yang tak faham. Kalau yang meminangnya muda belia tak apalah juga. Ini saya tengok… kubur kata mari, rumah kata pergi pun masih tak sedar diri. Takkanlah awak sanggup tengok masa depan anak awak tu hancur? Sudah! Sekarang saya tak mahu dengar lagi soal ni. Serahkan saje pada Yang Maha Kuasa,” nasihat Tuan Hisham.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience