BAB 2

Romance Completed 35936

Setelah mandi dan menukar pakaian, Farah dan Emira berjalan perlahan menuju ke kereta Toyota Vios warna hitam di parkir. Farah menekan punat kereta yang berwarna hijau. Setelah itu Emira meletakkan beg sukan di dalam bonet kereta. Farah memandu dalam keadaan tenang. Setelah berteka-teki lokasi untuk makan akhirnya mereka berdua mencapai kata sepakat. Mereka memilih untuk makan di Melur & Thyme di KLCC yang berdekatan sahaja.

“Bagi saya Kuzi Daging dengan nasi putih dan Air mangga ya,” ujar Farah lantas memulangkan menu pada pelayan restoran di hadapan yang setia menunggu mengambil pesanan.

“Saya… bagi Ayam Masak Lemak Cili Hijau saja tanpa nasi. Air ice lemon tea. Terima kasih,” usai Emira memesan pelayan tersebut mengulan senarai pesanan dan berlalu meninggalkan mereka.

“Kau ni nak diet ke apa Mira?” soal Farah dengan wajah berkerut. Sejak bila pula kawannya yag satu ini meolak makan nasi. Setelah penat bersukan selalunya nasi akan dicarinya.

“Kenapa? Salah ke aku makan ayam je? Aku nak jaga badan. Mak aku sekarang ni bising… kata badan aku makin besar,” dengus Emira lantas dia mengesat peluh yang merenik di dahi. Dia sedang cuba mengawal nasu makannya. KAlau dibiar berterusan makan nasi, bimbang pula badannya jadi tong dram pula selepas ini. Bertambah bisinglah maknya akan membebel.

“Macam-macamlah mak kau. Kau tambah besar maknanya hati riang gembira. Cakaplah macam tu. Haha. Tengok aku ni ha. Makan apa pun badan tetap slim,” ujar Farah dengan wajah bangga. Emira mula merasa bagaikan diperli lantas dia mencapai kain pengelap di ribanya kemudian dibaling tepat ke wajah Farah. Tapi sempat dielak. Mereka ketawa di situ.

“Kau tu dah memng kurus melidi. Memanglah slim. DAri awal aku kenal sampai sekarang tak berubah. Aku ni je lain macam. Bil makan banyak mula la bertambah berat badan aku. Nak tak nak kena lah jaga makan mulai sekarang. Tak kuasa aku nak dengar mak aku bebel asal badan pulak” ujar Emira.

Farah hanya tersengih mendengar bebelan Emira. Emira mencebik melihat Farah tersengih bagai kerang busuk itu. Geram dia melihat arah mengenakannya kali ini.

Pelayan yang mengabil pesanan tadi datang semula ke meja mereka membawakan makanan dan minuman yang teah dipesan.

“Terima kasih,” ucap Farah pada pelayan yang menghantar pesanannya.

Suasana bungkam antara mereka. Baik Farah mahupun Qaisara masing-masing diam seribu bahasa. Terlau lapar agaknya hingga dapat sahaja makana masing-masing senyap. Usai saja selesai makan Farah berjalan menuju ke kaunter. Sementara Emira menyambung membelek instagram di telefon bimbitnya.

“Mira, jom balik.” Emira hanya menurut langkah Farah tanpa membantah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience