BAB 15

Romance Completed 35936

“Sayang, sayang tak apa-apa ke?” tanya Emir resah melihat isterinya asyik muntah-muntah sejak kebelakangan ini.

“Peningnya kepala. Sayang asyik muntah je dari semalam bang. Bila makan je sayang akan muntah balik,” ujar Emira lemah.”

Akira memejamkan mata sepanjang perjalanan ke klinik. Kepala terasa semakin berdenyut. “Sayang, bangun. Kita dah sampai klinik,” kejut Emir dengan penuh kelembutan.

Emir mengarahkan agar Emira duduk sementara dirinya mendaftarkan nama si isteri. Beberapa minit menanti akhirnya nama Emira dipanggil oleh jururawat yang bertugas.

“Assalamualaikum. Abang Emir. Kenapa ni?” tanya Dr. Farhan setelah melihat kelibat sepupu isterinya itu.

“Waalaikumsalam. Tak tahulah. Emira dari semalam muntah-muntah je,” ujar Emir. Wajahnya jelas kerisauan.

“Oh, akak demam ke?” soal Dr. Farhan. Kali ini di tuju pada Emira. Termometer di letakkan di dahi Emira untuk mengambil suhu.

“Takde pun Farhan. Cuma rasa loya dari semalam,” kata Emira lemah.

“Baiklah. Akak ambil ni. Buat urine test. Maybe akak pregnant ni,” ujar Dr. Farhan bersama senyuman.

Emir memandang wajah Emira dengan senyuman.

Ternyata benar Emira hamil tiga bulan. Sebab itulah dia muntah-muntah dan loya. Setelah cukup sembilan bulan, Emira pula sakit untuk melahirkan bayinya.

“Alhamdulillah. Tahniah. Bayi perempuan,”ucap jururawat yang menyambut bayi sulung Emira itu.

Emir memeluk bayinya dan Emira. Dia bersyukur kerana ankdan isterinya selamat.

“Abang namakan anak kita Siti Aishah ya sayang," kata Emir di sebelah Emira. Emira mengangguk tanda setuju. Dia menurut permintaan suaminya. Nama yang dipilih juga adalah nama yang baik.

************************

“Sayang menungkan apa tu?” tanya Emirlantas memaut pinggang Emira dari belakang.

“Teringat perkenalan kita. Rasa macam baru saja kita kenal kan bang?” kata Emira tersenyum.

Emir tersenyum mengingatkan pertemuan demi pertemuan antara mereka itu. Siapa sangka wanita yang di perhatikan dalam diam itu akan menjadi isterinya dalam hidup realiti?

“Jodoh sayang. Allah dah menetapkan sayang jadi isteri abang. Abang bersyukur sangat. Terima kasih sayang. Sebab jadi isteri yang baik buat abang. Jadi ibu yang baik buat anak abang. Terima kasih juga kerana sudi meminjamkan perut sayang untuk membesarkan janin abang. Abang harap jodoh kita kekal hingga ke syurga." kata Emir penuh makna.

Emira memusing badan menghadap suaminya. Pantas dia menyembam wajah ke dada Emir. Dia menangis kerana terharu mendengar luahan hati suaminya itu.

“Terima kasih juga sudi menerima sayang. Sayang cintakan abang. Hari ni, esok dan selamanya. Terima kasih kerana membenarkan sayang bertapak dalam hati abang. I love you abang,” ucap Emira penuh telus.

“I love you to my dear,” ucap Emir seraya mencium ubun-ubun Emira. Pandangan mata mereka bertaut. Emira merenung dalam wajah tampan suaminya seraya mencium kedua belah pipi Emir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience