BAB 4

Romance Completed 35936

Keesokan harinya, mak Emira, Puan Azizah sekali lagi menebak soalan yang sama. Dia tahu, Emira pulan lambat semalam kerana mahu mengelak dari bertembung dengannya. Dia mahu anak gadisnya itu bersuami segera dan dia sendiri sudah tidak sabar mahu menimag cucu.

“Lambat kamu balik malam tadi. Nak mengelak dari mak ke?" soal Puan Azizah sebaik saja terlihat kelibat anak tunggalnya itu.

"Tak lah mak...Kan Mira dah beritahu semalam. Mira keluar dengan FArah. Kami main badminton di Cheras. Ralit main, jadi lambatlah habis. Lepas tu kami keuar makan pula," jawab Emira panjang. Lega hatinya bukan soalan kahwin yang ditanya.

"Mungkin mak lupa. Tu yang mak tanya," kata Puan Azizah perlahan. Emira cepat-cepat berkemas barangnya dan mahu naik semula ke bilik. Tapi langkahnya terhenti dengan soalan maut maknya.

"Cepat-cepat ni nak ke mana? Kamu jangan nak mengelak ya. Emira, kamu dah jumpa calon ke belum?” soal Puan Azizah sambil bercekak pinggang. Dia tahu anak gadisnya itu cuba melarikan diri dan tidak mahu menjawab soala kahwin. Niatnya hanya mahu Emira bahagia sebab itulah dia sedikit mendesak.

“Mak boleh tak tanya soalan tu esok-esok je? Mira penatlah mak,” ujar Emira selamba. Dia meletakkan laptop disisi sofa. Tajk jadi niatnya mahu ke bilik terus. Lantas dia membaringkan tubuhnya. Tangan diletakkan ke dahi tanda protes dia penat menjawab soalan yang sama.

“Kalau kamu belum ada sesiapa… biar mak je yang carikan calon untuk kamu.” Emira yang baru hendak melelapkan mata terus saja bangun dari pembaringan. Bibirnya terketar-ketar seperti ingin berkata sesuatu.

“M… mak janganlah. Buat malu je zaman serba canggih ni ibu bapa yang carikan jodoh. Ma… macamlah anak mak ni tak laku,” ujar Emira tidak puas hati. Duduknya ditegakkan.

“Habis, kalau sepuluh orang lelaki datang meminang kamu… semuanya kamu tolak bilanya kamu nak kahwin? Mak ni bukannya makin muda.” Pedas ayat yang keluar dari bibir Puan Azizah. Emira memicit pelipisnya. Terasa benak otaknya hari-hari disoal tentang ‘kahwin’.

“Mak, Mira tak ada niat nak tolak mereka semua. Tapi kalau yang datang meminang tu semua dah tua, perut boroi euww!! Tak sangguplah.” Emira menjawab tenang. Dia cuba memberi alasan.

Tiba-tiba Puan Azizah ketawa mendengar ayat terakhir anak gadisnya itu. Emira mengerutkan dahi hairan.

Kenapa pula mak tiba-tiba gelak. Kalah Pontianak mengilai ni. Aku buat lawak ke tadi? Selamba saja Emira mengutuk ibunya di dalam hati.

“Kamu kata boroi ingat pula mak tadi, Pak Mat selang dua rumah tu ha…” jawab Puan Azizah. Pantas Emira mencaras kata ibunya.

“Kenapa mak? Mak jangan cakap yang Pak Mat tu masuk minang Mira? Haih! Tak sanggup!Anak Pak Mat tu sebaya dengan Mira kot.” Emira menggeleng kepala laju.

"Nak termuntah pula apabila membayangkan lelaki yang berkumis tebal, perut boroi serta miang keladi itu. Nak pula umur hampir sebaya je dengan ibunya. Sudahlah gigi pun tiada. Haih! Naik meremang bulu roma dengan hanya membayangkannya," Tambah Emira lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience