BAB 1

Romance Completed 35936

"Arghhhhhhh..." jerit Emira apabila bulu tangkis yang diberikan oleh Farah tidak dapat di sambutnya dengan baik. Kepalanya serabut semasa sedang bermain badminton dengan Farah. Ingatnya mahu melupakan masalah dan menenangkan fikiran tapi dia makin serabut.

Mereka menghentikan permainan dan duduk di tepi gelanggang. Peluh berjejeran keluar dari dari dan leher mereka. Emira meramas rambutnya. Fikirannya berserabut dengan desakan orang tuanya yang ingin melihat dia menamatkan zaman bujangnya. Dia mengeluh untuk kesekian kalinya.

“Weh! Kau ni kenapa? Aku tengok main tadi pun tak fokus. Ke laut semua serangan yang aku bagi. Lagi satu ni. Muka kau tu dah macam mak cik jual ikan kat pasar tu ha. Dah berkedut,” sindir Farah selamba lantas meneguk air mineral.

“Amboi… kau sedapnya mengata aku. Aku bukan apa Farah. Aku tengah serabut ni. Mak aku tu sibuk nak suruh aku pergi jumpa dengan anak kawan-kawan dia. Aku pun tak kenal siapa. Dah terdesak nak bermenantu agaknya,” adu Emira dengan wajah masam mencuka. Farah ketawa mengekek.

“Oh! Pasal tu je? Ingatkan pasal kau kalah tadi. Aku baru ingat nak suruh kau main semula dan aku bagi kau peluang menang. Haha,” ujar Farah mengenai permainan badminton yang baru saja selesai. Emira menjuling mata ke atas apabila diperli sahabatnya.

“Aku tak tahu nak cakap apa lagi. Mak aku tu mendesak sangat. Ni, mak dan ayah kau tak bising ke kau sampai sekarang tak kahwin lagi?” soal Emira tiba-tiba.

“Aku? Dah tentulah tiap-tiap hari mak aku tanya. Tapi aku buat tak tahu. Malas nak cakap. Sebenarnya tak tahu nak beritahu apa. Nanti alih-alih aku juga yang kena bebel. Macamlah kau tak kenal mak aku.” jawab Farah.

“Hurm... apa la nasib kita ni. Geram pula aku." balas EMira.

"Kau ni pun satu, cuba bawa bertenang. Cari je lah satu lelaki yang kau suka buat suami. Biar cepat mak kau rasa ada menantu. Ni tak. Kau sibuk memanjang. MEmang kena desaklah," kata Farah.

"Alah kau ni. Tak payah nak nasihat aku. Kau pun dua kali lima juga. Dah. Jomlah kita balik. Perut aku dah lapar ni. Tension lagi, lahi lapar aku rasa,” ujar Emira lantas mengambil raket lalu diletakkan di dalam beg sukannya. Farah menjungkitkan bahunya. Langkah Emira diekori dari belakang.

“Siapa nak belanja makan ni?” Serentak Farah dan Emira menyoal.

“Aku dah belanja game tadi. Sekarang kau belanja makanlah. Boleh Farah sayang?” Farah menjelingkan matanya.

“Baiklah mak cik kedut. Sebab kau tension ini hari jadi aku sanggup belanja makan,” balas Farah dengan mimik muka geram.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience