BAB 13

Romance Completed 35936

“Assalamualaikum.” Serentak Farah dan Emira menoleh pada suara yang memberi salam. Baru je sebut nama. Dah muncul depan aku. Dia ni telinga lintah ke apa? Detik suara hati Emira.

“Waalaikumsalam Abang Emir. Nak pergi beli barang kahwin ye?” usik Farah selamba. Dia tersenyum apabila Emir tersipu-sipu. Emir ketawa mendengar gurauan sepupu kesayangannya.

“Ya Farah. Jomlah ikut sekali. Lagipun nanti kalau abang keluar berdua dengan Emira mulalah tak keluar suara dia tu. Macam ada emas dalam mulut.” Emirmemerli tunangnya dengan lembut.

“Mengadalah awak,” marah Emira seraya menjeling tajam. Farah ketawa mengekek melihat sikap Emira itu.

“Kau kena belajar cakap lembut dengan Abang Emir tau. Dia ni kan tunang kau. Tak lama lagi nak jadi suami pula,” nasihat Farah lembut dan penuh hati-hati. Bimbang dia pula yang disembur Emira pula. Dah lah kawan perempuannya ni kasar juga macam budak lelaki. Emira tunduk menekur lantai saat dirinya ditegur Farah.

“Jom kita makan dulu,” ujar Emir seraya menjeling pada jam di tangannya. Tepat pukul 1.20 tengah hari.

Azan pun berkumandang semasa mereka sedang menikmati makanan. Emir terus berhenti.

“Cepat sikit makan. Lepas ni kita ke masjid pula.” kata Emir. Emira terdiam mendengar kata-kata jejaka itu. Dia asyik memandang pada wajah Emirayang tenang itu.

“Emira, awak okey?”soal Emir. Emira memandangnya sampai tangan maih terletak dalam pinggan.

“Ha? Err… awak tanya apa?” Emira dah buat muka kosong. Mamat ni ada cakap sesuatu ke tadi?

“Saya tanya awak okey ke?” soal Emir sekali lagi. Muncungnya itunjukkan ke tangan Emira.

“Okey je. Kenapa?” balas Emira dengan yakin. Saya okey je. Cuma hati saya ni yang dah jatuh… jatuh sayang, jatuh cinta pada awak. Sambungnya namun hanya di dalam hati saja.

“Berangan. Dahlah jom pi masjid. Tak baik melengahkan solat,” ujar Farah seraya bingkas bangun mengekori Emir yang sedang berjalan menuju ke kaunter.

Di surau yang terletak tidak jauh, Emir, Emira dan Farah berhenti seketika. Emir mengambil wudhu dengan tertib. Usai itu dia mengatur langkah ke ruang solat lelaki. Sempat matanya menangkap kelibat Emira dan dia tersenyum manis seraya berlalu. Panahan mata dia, senyuman dia. Ah! Cair aku macam ni. Lagi satu… dia memang jaga solat. Sweetnya. Puji Akira dalam diam.

“Woi mak cik. Kau dah ambil wudhu belum?” sergah Farah dari belakang.

“Nak ambil wudhu la ni,” cepat saja Emira mengambil wudhu dan ikut solat jemaah dengan Farah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience