BAB 8

Romance Completed 35936

“Kau jangan kutuk lebih. Manalah tahu nanti yang itu juga jodoh kau,” usik Emira seraya menghambur tawa yang ditahan sedari tadi.

'Teruk punya kawan. Masa kau mengadu aku dengar je. Takde pun aku nak kutuk kau. Haih! Geramnya aku!' Detik Farah dalam hati.

“Kau diam boleh tak? Kau macam ni, lagi srabut aku jadinya tau,” marah Farah. Wajahnya kelihatan tegang sekali. Tak payah susah-susah buat rawatan muka dah pun. Akira menekup mulut menahan tawa dari terburai. Gentar juga melihat wajah marah Farah saat itu. Dah macam singa lapar pula.

“Maaf, jangan marah sangat. Nanti kena jual. Okay, sambunglah cerita. Calon ketiga amacam? Smart?” Emira mula mengubah topik.

“Calon ketiga ni nampak handsome sikit. Tapi mama aku kata dia masih ada di belajar. Jauh pula tu kat United Kingdom,” ujar Farah sambil mencapai majalah yang berada diatas meja sebelahnya.

“So, kau pilih yang mana?” soal Emira sekali lagi. Farah hanya mengjungkit bahu tanda tidak tahu. Dia pun buntu nak pilih mana satu.

“Entahlah Mira. Aku pening la. Mama aku tu kalau boleh nak keturunan yang berada je. Aku pula tak de l nak pilih macam t. Asalkan sayang aku cukuplah. Tapi kalau dah tak kenal macam ni mana ak nak tahu yang mana satu paling sayangkan aku?,” rungut Farah akan sikap mamanya yang lebih memilih darjat.

“Kau sabarlah. Semalam pun aku kena berleter dengan mak aku. Kitani senasib je. Eh! Kau tahu tak tadi kan…” sengaja Emira meleretkan suaranya. Tiba-tba dia teringat tentang kejadian semasa membeli kad tambah nilai.

Apahal pula mak cik ni? Tersengih-sengih. Mesti ada apa-apa. Ish! Takkan Mira dah jumpa calon? Getus hati Farah. Tak boleh jadi kena siasat ni.

“Kau dah kenapa? Tersengih-sengih macam kerang busuk. Ada apa-apa yang aku tak tahu eh?” soal Farah sengaja mengusik kawannya yang lagaknya seperti tengah angau. Emira masih lagi dengan senyuman manisnya. Berangan tak habis-habis.

“Dekat kedai top up depan tu tadi... Aku nampak..."

“Kenapa? Jumpa lelaki yang kau suka?” pantas Farah memotong kata-kata Emira.

“Yup. Pandai kau teka! Macam ni lah baru kawan baik aku. haha. Dia seorang lelaki yang comel sangat... Entahlah Farah tapi… hati aku rasa berdebar bila berdepan dengan dia.” jawab Emira. Tangannya diletakkan di dada. memang jantungnya tengah berdegup kencang menceritakan perihal lelaki itu.

“Wah! Perkembangan bagus ni. Haih! Bilalah agaknya aku nak jumpa cinta sejati?” Adu Farah secara tak sengaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience