BAB 3

Romance Completed 35936

Di dalam kereta barulah mereka bersembang semula. Sengaja Emira berbual suaya Farah tidak mengantuk apabila memandu. Sedang syok mereka berbual dan bergelak ketawa, lagu yang Emira tidak suka berkumandang di radio. Terus Emira tersenyap. Emira mengetap bibir saat lagu Wali Band yang berjudul Cari Jodoh dimainkan di dalam kereta Farah. Dia ingin menukar saluran radio dengan segera. Terasa seperti dirinya diperli apabila mendengar lagu itu. Tiba-tiba Farah menghalangnya.

“Biarlah lagu ni. Tak payah tukar. Best apa?” kata Farah memberi alasan. Emira sudah menarik muncung. Mujurlah dia berada dalam kereta Farah, kalau dalam keretanya sendiri, jangan harap dia akan akur.

“Aku rasa macam lagu ni sindir aku je. Mentang-mentang la aku ni belum kahwin. Aku terasa tau,” rungut Emira lantas membuang pandang ke luar tingkap.

“Woi, mak cik. Kau ingat kau seorang je yang belum kahwin? Habis aku ni dah beranak tujuh ke?” perli Farah terhadap sahabatnya itu.

"Tak lah. Tapi kau tak ada sampai kena desak dengan mak ayah kau. Aku pula lain. TTiap-tiap hari kena bebel. Sebab tu aku malas. Kalau ada isu kahwin je, kalau boleh aku nak mengelak," jawab Emira serius.

"Sudahlah. Tengok macam aku ni. Tak payah nak fikir sangat. Kau buat je apa yang kau gembira. Selesai masalah. Kalau kau asyik fikir je,, nanti kau betul-betul berkedut cepat. Nanti orang ingat aku pula lagi muda dari kau. Ha, macam mana?" kata Farah terkekeh ketawa.

"Kau ni memang kuat berangan lah. Takkan lah aku fikir sikit-sikit macam ni boleh berkedut. Menipu je kau ni," ujar Emira geram.

"Aku usik sikit, kau dah naik marah. Cubalah chill sikit," balas Farah.

"Bukan tak boleh nak chill, tapi siu ni buat aku serabut." kata EMira membulatkan matanya.

"Dah jangan serabut sangat. Cuba dengar lagu ni dan ambil dari sudut positif. Tak delah kau serabut lagi," ujar FArah supaya Emira cuba menenangkan perasaannya tentang isu kahwin.

"Dah lah aku tak mau caka dengan kau. Drive je elok-elok sampai rumah aku," kata Emira geram.

"Kau ni aku cakap sikit, kau nak melenting dah pula," kata Farah menegur sikap Emira.

Emira hanya berdiam sahaja. Malas nak berbahas dengan sahabatnya. Bukan dia tak kenal sikap Farah yang sememangnya tidak mahu mengalah itu. Sama saja dengan perangai mereka berdua. Sebab tu boleh sekepala dan bersama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience