BAB 11

Romance Completed 35937

“Saya dah agak dah. Itulah sebab awak dingan je bila jumpa dengan saya kan? Haha. Perempuan tu adik saya. Dia minta saya tolong pujukkan mama. Sebab mama nak jodohkan dia dengan sepupu kami. Tapi dia dah ada pilihan sendiri.” Emir berterus-terang agar tiada salah faham antara mereka.

“Kenapa awak terima cadangan mama awak?” soal Emira tiba-tiba. Dia ingin tahu kenapa lelaki ini tidak seperti nya yang acapkali menolak apabila maknya mahu mencarikan jodoh.

“Sebab saya… suka awak. Dari dulu lagi saya perhatikan awak. Cuma awak je yang tak nampak kehadiran saya,” ujar Emir. Nadanya seperti orang berjauh hati.

“Manalah saya tahu awak suka saya. Chop! Jadi awak selalu perhatikan sayalah ye?” soal Emira mengangkat keningnya.

“Yup. Awak selalu main badmiton dengan kawan baik awak kan?” soalan yang dijawab dengan soalan.

'Mana dia tau ni? Dia ni memang stalker aku ke? Emira mula tidak senang duduk. Takut pula jika lelaki ini seorang psiko.'

“Saya tahu awak selalu main badminton, saya tahu yang awak suka lelaki romantik, penyayang, kacak macam saya. Saya juga tahu awak suka sangat makan pavlova. Betul tak?”

Emira mengerutkan dahinya. Kata-katanya itu benar belaka. Dia sudah seperti cacing kepanasan. Tak senang duduk dibuatnya bila panahan mata Emir menikam jauh ke lubuk hati.

“Ma… mana awak tahu semua tu?” Emira menyoal teragak-agak.

“Aku yang beritahu. Sebenarnya Emir ni la sepupu aku yang duduk di Korea tu. Dah dua bulan balik Malaysia. Aku sendiri pun tak tahu dia kerja di kedai top up yang kau cakap tu,” sampuk Farah yang muncul secara tiba-tiba.

“Apa??” melopong mulut Emira mendengar pengakuan Farah. Dadanya bagaikan ingin meletop saja.

“Sorry tak bagitahu kau. Waktu kau cerita tentang mamat yang kau suka tu aku tak boleh nak agak siapa. Tapi… bila dengar mak long nak masuk meminang, dan aku pula terdengar nama kau masa tu… barulah aku tahu rupanya kau sukakan sepupu aku.” Terang Farah akan perkara yang sebenar. Dia pun ketawa.

“Jadi… awak… dah tahu saya dengan farah kawan selama ni?” Emira menduga jawapan dari Emir.

Emir mengganguk kepala perlahan. Memang dia tahu serba sedikit mengenai Emira melalui sepupunya Farah namun selebihnya dia mengorek rahsia dari ibu Emira sendiri. Sporting betul!

“Jadi… selama ni awak tak pernah putus asa untuk mengenali saya?” Emira memberanikan diri untuk bertanyakan perkara itu. Terasa darahnya menyerbu ke muka saat melihat senyum yang terukir di bibir Emir. Blushing...

“Lagipun kalau awak nak tahu mak awak selalu bagi saya info tentang awak," katanya diiringi ketawa.

Ceh! Rupanya mak dah sepakat dengan mamat poyo ni rupanya. Patutlah mak tak desak aku suruh cari calon. Rupanya ini agendanya ya? Detik Emira dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience