BAB 7

Romance Completed 35937

Selepas satu jam, barulah batang hidung Farah nampak. EMira sudah menjegil mata ke arah kawannya itu kerana terlambat.

“Sorry-sorry, jalan sesak,” ujar Farah dengan muka kasihan. Emira yang sudah masak akan sikap sahabatnya itu hanya menjeling geram.

“Woi! Sesedap rasa je kau nak lelap,” leter Emiraberang melihat Farah yang masih menguap.

“Maaf… Aku tak sengaja,” ujar Farah seraya meraup muka beberapa kali.

“Haih! Kau ni dah kenapa? Ada masalah ke?” soal Emira. jarang sekali farah buat perngai buruk macam ni. Mesti ada sesuatu yang mengganggu fikiran sampai tak boleh tidur malam tadi.

Farah membetulkan duduknya menghadap Emira. Semalam Emira mengadu tentang ibunya yang hendak menjodohkan dia. Tetapi malam semalam juga, perkara yang sama terjadi pula terjadi padanya. Adeh!

“Mira! Kalau aku cerita kau jangan gelak pula.” Farah memberi amaran. Emira sekadar tersenyum tanda ‘ya’.

Lama Farah berjeda sebelum menyambung kembali katanya. Berfikir nak beritahu atau dianmkan sahaja. Tapi macam tak aci pulak, dia simpan cerita sedangkan Emira selallu berkongsi dengannya.

“Semalam mama aku tunjukkan beberapa gambar…”

“Huh? Gambar apa? Calon menantu ke?” terus saja Emira menebak. Farah mengganguk kepala berat. Wajahnya di pandang ke tepi.

“Haih! Mama aku kata budak tu baik. Anak yang taat. Entahlah. Kepala aku ni dah serabut. Bukan seorang, tapi tiga orang sekaligus mama aku nak kenalkan tau,” sungut Farah seraya menarik muncungnya panjang.

“Biar betul? Kali ni anak Dato' mana pula? Ke anak Tan Sri? Hebatlah. Senanglah kau nanti,” usik Emira apabila Farah dilihatya sudah tegang.

Farah mengeluh untuk kesekian kalinya. Dia menggaru kepala yang ditutupi tudung.

“Calon yang pertama sepupu aku yang duduk kat Korea. Calon kedua. Ha, yang ni aku tak suka tau. Dahlah nerd, pakaian dia pula selekeh. Heh! Kau pun tahu kan cita rasa aku macam mana?” tutur Farah dengan mimik mukanya sekali. Emira menahan ketawa. Terasa hatinya bagai digeletek pula melihat riak farah sebegitu rupa.

"Habis tu, kau pilih yang mana?" soal Emira ingin mengetahui pilihan kawannya itu.

"Ish, tak tahu lah. Aku pula yang jadi serabut. Tolonglah aku Mira. Macam mana ni???," omel Farah.

Terlepas juga ketawa Emira. Dia hanya menjungkit bahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience