BAB 14

Romance Completed 35936

Setelah puas menghitung hari, akhirnya detik unuk dinikahkan tiba. Emira tunduk merenung inai yang merah di jarinya. Debaran di dadanya tidak dapat ditenangkan. Nafas panjang ditarik. Kehadiran tetamu yang memenuhi ruang tamu membuatkan dada Emira kian dihambat debar. Dia memanjatkan doa agar Tuhan memberikan ketenangan padanya. Tekadnya hanya satu. Mahu menjadi isteri yang baik serta solehah pada suami. Malah dia berharap bahawa Emir benar-benar insan terbaik buat dirinya.

“Kau gabra ke?” tanya Farah sambil menggengam tangan sahabatnya. Terasa sejuk dan menggeletar. Emira hanya tersenyum. Nampak canggung sekali. Banyak mata yang memandangnya membuatkan dia semakin gugup.

“Kau jangan takut. Aku yakin Abang Emir lelaki terbaik untuk kau,” bisik Farah di telinga Emira. Emira menoleh sekilas pada seraut wajah tenang milik Emir. Dia membalas senyuman jejaka itu.

Dengan sekali lafaz sahaja akhirnya Emira telah sah menjadi milik sah Emir. Usai mengaminkan doa Emir meminta diri untuk membuat solat sujud syukur terlebih dahulu. Setelah beberapa minit Emir mendekati isterinya lalu melabuhkan punggung dan duduk berhadapan si isteri.

Setelah menyarungkan cincin Emir meletakkan tangan di atas kepala Emira untuk membacakan doa mengikut sunnah Nabi. Emira menyambut huluran tangan suaminya, lantas dikucup penuh syahdu. Saat dia memanggung kepala matanya bersabung dengan sepasang mata coklat milik Emir.

“Terima kasih sayang. Abang akan jaga sayang seumur hidup abang,” bisik Emir di telinga kecil isteri yang baru dinikahinya itu. Emira mengesat airmata yang bertakung di kelopak mata. Sesungguhnya dia bersyukur kerana Amsyar yang menjadi pilihan ibunya.

Puan Azizah dan Tuan Hisham yang memerhati anaknya dari jauh mengucap syukur dalam hati. Mereka berdoa agar pernikahan anaknya akan berkekalan hingga ke syurga. Tuan Hisham lantas memeluk bahu isterinya. Puan Azizah melentokkan kepala di bahu suaminya.

“Saya bahagia tengok Mira bahagia. Moga berkekalan hubungan mereka. Amin.” doa Puan Azizah.

“Insyaallah. Berdoalah agar Allah memanjangkan jodoh mereka,” bisik Tuan Hisham di telinga isterinya itu.

***********************

“Amboi, buat wayang free nampak. Tahulah dah menikah,” usik Farah bersama senyuman nakal melihat Emir tak habis-habis memeluk pinggang Emira dari tadi.

“Biarlah. Bukan orang lain. Isteri abang juga. Kan sayang?” kata Emir menjeling manja ke arah Emira.

Berbulu telinga Wawa mendengar ujaran Emir yang seakan-akan ingin memerlinya itu.

“Oh, ya. Awak bila lagi dengan di Farhan tu?” usik Emir pula. Farah tersipu malu saat nama Farhan terpacul dari bibir Emir.

“Farhan? Awak? Siapa tu Farah?" tanya Emira dengan wajah blur.

“Abang! Tak baik tau panggil suami dengan panggilan awak je tau,” nasihat Emirseraya mencuit hidung Emira.

“okay-okay. Siapa Farhan ni, abang?” soal Emira. Terasa berbelit lidahnya untuk menyebut perkataan abang itu.

“Macam itulah isteri abang. Farhan tu bakal adik sepupu ipar sayanglah. Calon suaminya si farah ni,” ujar Emir lantas memaut bahu si isteri.

“Farah... entah-eantah calon suami kau tu budak nerd yang kau kutuk tu tak?” Emira menebak. Melihatkan anggukan kecil Farah terus saja dia melambakkan tawanya. Siap tekan perut lagi. Wajah farah makin cemberut mendengar ketawa Emira yang tidak mahu berhenti itu.

“Itulah kau. Dulu kutuk sangat, Kan dah sangkut,” perli Emira bersama sisa tawanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience