BAB 9

Romance Completed 35936

“Eh, maaf.” Segera EMira memanggung kepala apabila mendengar suara jejaka yang melanggarnya itu.

“Eh, awak.” Dahi Emira dah berkerut. Emira terpaku melihat senyuman yang terukir di bibir jejaka itu. Comelnya dia. Pujinya dalam hati.

“Saya minta maaf. Tak sengaja. Tadi ada seorang perempuan ni asyik ikut saya je. Huh! Seram,” adu si jejaka tanpa sedar. Emira sudah tersenyum. Mamat ni perasan agaknya.

“Awak kan kacak. Memang patutlah ramai perempuan suka nak mengekori awak.” kata Emira separuh memerli.

“Cik tak buat macam tu pun. Cik tak sukakan saya?” soalan sengaja yang dibuat khas untuk Emira.

“Ha? A… apa awak tanya tadi?” terus kosong otak Emira saat mendengar bicara berani mati jejaka di hadapannya.

“Saya gurau saja. Siapa nama cik? Boleh saya tahu? Ini salon cik ke?” belum pun sempat Emira membalas kata tiba-tiba seorang gadis cantik serta seksi menghampiri mereka. Akira menjulingkan mata melihat gadis yang selamba saja memeluk lengan lelaki itu.

“Abang Emir tolonglah. Please.” kata wanita seksi itu.

“Takpe la saya pergi dulu. Assalamualaikum.” Terasa sakit mata Emira apabila dengan selambanya dia melihat gadis itu memeluk lengan si jejaka. Lebih menyakitkan hati apabila jejaka itu hanya membiarkan saja.

Kenapa sakit sangat hati aku ni? Ish! Takkan la aku dah sukakan mamat poyo perasan kacak sangat tu? Ah! Lupakan dia Emira. Ni mesti jenis lelaki buaya. bertukar perempuan macam tukar baju! Jangan biarkan hati kau jatuh sayang pada dia. Tapi… aku rasa nak menangis je sekarang ni. Emira menenangkan dirinya. Hatinya bermonolog sendirian. Marahnya masih bersisa pada jejaka itu.

***************

Farah hanya berdiam saat melihat Emira yang memandang keluar tingkap. 'Kenapa pula si Mira ni? Kata dah jumpa seseorang yang dia suka. Erm… macam-macamlah,’ detik Farah di dalam hati.

“Mira, kau kenapa ni?” tegur Farah apabila melihat Emira masih terdiam memandang ke luar kereta.

“Tak ada apalah. Kau bawa je kereta. Tak payah sibuk tanya pasal aku,” beritahu Akira dengan tegas.

“Ish! Kau ni. Aku tanya pun nak marah ke?” Farah seperti tidak berpuas hati. Orang nak tolong tapi nak marah-marah. Ish! Geram betul.

“Cik… masih ingat saya? Saya Emir,” ujar Emir bersama senyuman yang tidak lekang dari bibir. Momen itu bermain dalam fikiran Emira saat ini. Ish! Menyemak je la mamat ni. Dah ada kekasih tu sibuk je dekat sini buat apa? Bentak hati Akira geram.

“Boleh ke tepi tak? Saya nak cepat.” kata Emira tersenyum pahit. Antara mahu dan tidak.

“Kenapa awak dah tak mesra ni? Awak marahkan saya ke?” tanya Emir dengan lembut.

Emira ketawa buat-buat. Terasa mahu saja ditolak tubuh sasa di hadapannya itu. Namun memikirkan banyak mata yang memerhati dia melupakan niatnya itu.

“Buat apa nak marah pula? Apa motif saya nak marah awak? Dan… awak bukan siapa-siapa dalam hidup saya. Takde kaitan pun,” sinis Emira seraya tersenyum senget.

“Awak err…” kata Emir terhenti dipotong oleh Emira.

“Sudahlah… awak tolong ketepi. Saya dah lambat nak masuk kerja ni,” marah Emira seraya menolak tubuh Emir agar menjauh darinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience