BAB 10

Romance Completed 35936

“Emira kamu kenapa ni monyok je. Kamu ada masalah?” tanya Puan Azizah prihatin. Sering kali dia melihat anaknya termenung. Hati tuanya naik risau. Bimbang andai anaknya mempunyai masalah namun tidak mahu meluahkannya.

“Takde apa mak.” Emira memberi alasan.

“Betul kamu tak ada apa-apa?” tanya Puan Azizah lagi. Segera Akira mengganguk kepalanya.

“Kalau macam tu mari makan. Ada tetamu hari ni. Pakai pakaian sopan sikit ya sayang,” pesan Puan Azizah sebelum keluar dari bilik anak gadisnya.

‘Tetamu? Siapa pula? Jangan kata bakal suami akulah. Argh! Kusut la.’ Dengus hati kecil Emira.

Sampai saja Emira di meja makan langkahnya mati. Kakinya bagaikan dipaku. Tambah mengejutkannya apabila melihat renungan mata jejaka itu. Ya! Jejaka yang secara diam telah masuk ke dalam hatinya.

‘Harap Ira sukalah dengan pilihan aku ni,' detik hati Puan Azizah apabila melihat EMira seperti tercegat apabila pandangan matanya bertaut dengan Emir.

“Assalamualaikum cik" Semua mata disitu turut memakukan pandangan pada Emira.

“Wa… waalaikumsalam. Ma… macam mana awak boleh ada dekat sini?” Emira menyoal teragak-agak. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

“Saya err...”

“Ni Emir. Kenalkan.Inilah calon yang Pak Mat nak kenalkan dengan kamu. Ni pula anak gadis aya, Emira. Kamu berdua ni dah kenal ke?” cepat saja Puan Azizah memotong apabila melihat Emir yang tergamam itu. Hati tuanya tersenyum melihat wajah anaknya yang seperti terkejut itu.

“Apa?? Ini ke calon yang mak nak kenalkan? Dia ke orangnya?” tersekat-sekat suara Emira.

Tuan Hisham mengangguk tanda jawapan. Buat kali pertamanya dia bersetuju dengan pilihan isterinya. Kali ini pilihannya anak muda yang berwajah boleh tahan kacak.

“Saya macam tak percaya,” ujar Emira setelah selesai mengemas meja makan.

“Saya pun tak percaya. Tempoh kita kenal tak lama mana pun. Tapi jujur saya cakap waktu awak datang beli kad tambah nilai tempoh hari, memang hati saya dah terpaut. Tambah pula bila mama kata nak jodohkan saya dengan seseorang. Entah kenapa saya tak rasa marah bila dengar perancangan mama. Nak pula tengok wajah awak yang ayu dalam potret gambar tu, benar-benar buat saya terpikat,” ujar Emir panjang lebar.

“Dan saya pula seringkali bagi alasan pada mak… yang saya belum bersedia. Tapi… saat mata saya terpandang wajah awak di kedai top-up tu… hati saya rasa sesuatu. Paling peliknya saya cemburu bila perempuan tu peluk lengan awak. Sedangkan kita bukan ada ikatan pun.” Emira meluahkan segala yang terbuku di hatinya.

Emir ketawa mendengar kata-kata Emira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience