- Derita Sang Suami 15 -
"ALHAMDULILLAH, semua dah selesai," kata Tok Kadi selepas mengaminkan doakan.
Hari ini, Daniel dan Syahirah sah bergelar suami isteri. Syahirah ditemani oleh beberapa orang ibu saudaranya dan sepupu-sepupunya. Wajah Syahirah basah dengan air mata yang asyik mencucur keluar. Gadis yang baru saja bergelar isteri kepada rakan baiknya itu, menyalami tangan ibu mertuanya.
Daniel memandang Syahirah dengan hambar. Memang dia sukakan Syahirah dan ada niat untuk halalkan Syahirah satu hari nanti tapi bukan sekarang dan bukan cara yang macam ni! Daniel masih lagi kaku di hadapan tok kadi. Dia tidak tahu nak buat apa. Masih lagi terkejut dengan apa yang berlaku. Lidahnya kelu dan dahinya berpeluh. Masih belum terima bahawa dirinya sudah bergelar suami orang dikala usia yang begitu muda.
"Daniel, kamu buat apa lagi depan ni? Pergi dekat isteri kamu. Cium dahi isteri kamu. Jangan takut, dia dah jadi isteri kamu," kata Encik Hamid, Pak Lang Syahirah, kepada Daniel yang masih lagi kejung.
Daniel yang berbaju melayu putih dan bersongkok hitam itu, terus bangun dan berjalan ke arah Syahirah yang turut menggayakan baju kurung putih. Mujurlah mereka ada baju putih.
Daniel duduk di hadapan Syahirah yang wajahnya masih lagi basah dengan air mata. Daniel mendongakkan dagu runcing Syahirah agar gadis itu memandang dirinya. Dia mengelap air mata gadis itu sebelum melemparkan senyuman kepada isterinya. Hanya itu yang dia mampu buat.
Selepas melepaskan dagu isterinya, Daniel mencapai kotak cincin yang berbalut dengan kain baldu berwarna merah. Seingat dia, itu merupakan cincin yang sama di mana dia pernah simpan dan merancang untuk berikan kepada Syahirah pada hari jadi gadis itu. Tapi, siapa sangka, manusia yang merancang tapi Allah yang menentukan segalanya. Cincin yang dirancang untuk diberikan kepada tuan punya badan tapi lain hari yang dapat.
Tanpa membuang masa, lelaki itu terus mencapai tangan runcing isterinya dan disarungkan cincin perak berbatu berlian itu. Syahirah memandang cincin itu. Cantik. Puji dirinya dalam hati.
"Cium tangan suami kamu," kata Mak Lang Syahirah, Pn. Azwa kepada Syahirah.
Syahirah terus mencapai tangan suaminya dan dikucup. Tangan kiri Daniel mendarat di atas kepala Syahirah sambil dia mengucup dahi Syahirah. Lama. Hampir beberapa minit bibir kasar itu mendarat di atas dahi Syahirah.
Selepas dia melepaskan kucupan di dahi Syahirah, dia mendekatkan bibirnya dengan telinga Syahirah yang berselindung di sebalik selendang putih itu.
"Aku tahu, kau terkejut dengan apa yang berlaku hari ni. Bukan kau sorang, aku pon turut terkejut. Aku janji dengan kau. Aku akan jadi seorang suami yang baik. Tak apa, kita cuba. Aku tahu, hati kau tak ada langsung nama aku. Aku harap, kau mampu isikan nama aku dalam hati kau. Ini janji aku pada kau, Syahirah. Kawan baik yang sudah bergelar suami kau ni, akan berusaha menjadi suami kau yang baik," ucap Daniel kepada Syahirah dengan lembut.
Setelah Daniel menjauhkan bibirnya dari Syahirah, Syahirah memandang suaminya. Dia hanya mengangguk.
Awak tahu ke, yang nama awak ada dalam hati saya, sentiasa? Hati Syahirah berkata sambil memandang Daniel yang sedang melemparkan senyuman kepada dirinya itu.
SYAHIRAH duduk di atas kerusi meja solek sambil membuka tudungnya. Sesekali, dia memandang bilik Daniel yang kemas melalui pembiasan cermin besar milik Daniel. Hai, lelaki pun pakai cermin gergasi ke?
Krek...
Sebaik saja telinga Syahirah menangkap bunyi pintu itu, dia terus mencapai selendangnya tadi untuk menutupi rambutnya dengan pantas. Dia dapat agak siapa yang baru saja memasuki bilik itu. Siapa lagi kalah bukan Daniel.
Seperti yang disangka, Daniel memasuki bilik itu dan terua menuju ke arah katilnya. Daniel melabuhkan punggung di atas birai katil. Dia memandang Syahirah yang sedang melindungi dirinya menggunakan selendang itu. Daniel mengerut dahi.
"Aku dah cakap dengan orang pejabat agama tadi. Aku ada minta diorang rahsiakan hubungan kita daripada pihak media. Kau okay kan?" kata Daniel kepada Syahirah sambil mengerut dahi. Syahirah hanya mengangguk. Tak tahu nak balas apa.
"Pastu, aku sempat tanya diorang siapa yang report pasal kita. Diorang cakap, diorang sendiri tak tahu siapa. Sebab, orang yang report tu, buat panggilan menggunakan public phone. Are you okay with that?" tanya Daniel kepada Syahirah lagi.
Angguk.
Daniel mengurut tulang hidungnya. Adoi, this is going to be hard. Kata Daniel dalam hati. Daniel terus bangun daripada katil dan menuju ke arah Syahirah. Dia memegang tangan Syahirah tanpa kekok.
Dia dah cium tangan aku, takkan nak pegang pon dia tak bagi, kan? Getus hati Daniel.
Daniel membuka tangan Syahirah yang sedang memegang selendang yang gadis itu gunakan untuk menutup aurat yang tidak lagi haram buat Daniel itu. Daniel menarik selendang itu daripada Syahirah. Serta merta, Syahirah menjerit.
"Kau nak tutup apa lagi, orang rumah aku oi? Aku dah jadi laki kau lah!" kata Daniel sambil mengangkat tinggi selendang itu untuk mengelakkan Syahirah rampas daripada tangannya.
Syahirah memuncung bibir. Apa? Dia bukannya ada adik beradik lelaki. Sepupu adalah. Jadi, dia tidak biasa. Buka tudung depan Daniel merupakan perkara yang baru buat dirinya.
"Ish, bertimbang rasa lah sikit! Aku..," sebaik saja Syahirah menyebut perkataan 'aku' itu, Daniel terus merapatkan wajahnya dengan wajah Syahirah. Serta merta, Syahirah terkelu lidah. Senyap. Dia tidak terkata. Hidungnya bersentuhan dengan hidung Daniel.
"Aku? Kasarnya bahasa. Mana hormat kau dekat aku? Sapa depan kau ni? Suami ke kawan?" tanya Daniel dengan laju. Syahirah menelan air liur. Bibirnya terkunci. "Abang. Panggil aku, abang. Aku, tukarkan jadi saya," kata Daniel kepada Syahirah.
"Tapi..," tidak sempat Syahirah nak menyambung kata-katanya, Danial meraih pinggang ramping Syahirah agar gadis itu rapat dengan dirinya.
Syahirah menolak dada bidang Daniel dengan sepenuh tenaga tetapi kudrat lelaki Daniel terlalu kuat. Jadi, tidak mampu untuk Syahirah melawan Daniel.
"Sebut. Aku ni suami kau," kata Daniel, menggunakan kuasa vetonya.
"A..," Syahirah cuba menyebut. Daniel mengangkat kening kanannya sambil menunggu perkataan hormat yang keluar dari mulut Syahirah.
"Abang," akhirnya keluar jua. Daniel tersenyum. Dia menggosok kepala Syahirah yang bermahkotakan rambut panjang ikal mayang sehingga ke punggung yang kini diikat dengan messy bun. Tetapi, gadis itu tetap tampak jelita.
"Ha, pandai pun sebut. Ha, nak cakap apa?" tanya Daniel yang masih lagi belum melepaskan pinggang ramping Syahirah.
"Before that, boleh tak awak lepaskan saya? Saya nak pergi mandi. Please, a... abang?" tanya Syahirah dengan lemah lembut kepada suaminya. Masih lagi kekok untuk memanggil Daniel, abang.
Daniel melepaskan Syahirah. Dengan pantas, Syahirah melarikan diri ke dalam bilik air. Tatut!
Wajah Daniel bertukar merah akibat menahan tawanya. Setelah Syahirah memasuki bilik air, dia terus melepaskan tawanya. Lawak betul bini dia ni!
"Hahaahhaha! Sebelum kahwin, bukan main berani melawan cakap aku. Tunggu kau. Aku balas dendam," kata Daniel seorang diri. Seronok jugak eh jadi suami. Kalau ada dua bini, mesti lagi best. Betul tak?
"ISH! Suka hati dia je! Mana hormat kau dekat aku? Eh kasarnya bahasa," kata Syahirah sambil mengajuk kata-kata Daniel sebentar tadi di depan cermin. Syahirah menjuling matanya ke atas. "Apa? Dia tu tak guna bahasa kasar? Bukankah seorang suami, perlu gunakan bahasa yang lemah lembut kepada isterinya? Ni. Dia guna jugak aku, kau! Dah kenapa la de..," tidak sempat Syahirah menyambung kata-katanya, Daniel terlebih dahulu memotong dari luar bilik air.
"Amboi! Seronok mengutuk belakang suami nampak! Aku ni, tak guna bahasa lembut, sebab nanti karang kau cakap aku sotong pulak. Baik kau mandi cepat sebelum aku pecahkan pintu bilik air. Bukan kau sorang je nak mandi, aku pon nak mandi jugak. Kita mandi sama-sama. Barulah tak membazir air," serta merta, bibir Syahirah terkunci lagi. Tergamam.
"Sayang, kau tu ada body cantik sangat tau. Seronok lah aku nanti. Bersyukur sikit aku tak terfikir nak malam pertama malam ni. Kalau aku nak ni, herm. Memang jawapannya perut kau dah berisi empat nyawalah," kata Daniel dari luar sambil mengusik Syahirah.
"JANGAN!" jerit Syahirah dari dalam bilik air.
Serta merta, Daniel melepaskan tawanya dengan kuat dari luar bilik air. Syahirah mencebik dan membebel sorang-sorang dalam bilik air. Apalah nasib dapat suami kawan baik sendiri...
To be continued
Ampun sebab dah lama menghilang. Busy cangat. Sekarang mampu update seminggu sekali je. Which mean, minggu depan I update Asalkan Kau Bahagia. Plus, I sedang puasa sekarang and tak larat tu bukan main HAHAHAHA. Tapi, sokay. Fighthing. And, I have good news for you guys. Sekarang, I take about 1 hour untuk spend time with and another 30 minit, I use it for... trailer video! Hari lain? I akan gunakan masa tu untuk tulis novel yang I perlu bukukan. Jangan ingat senang nak tulis novel. Otak ku, bagaikan hampir pecah. Tambahan pulak, I ada SPM ini tahun. Wish me luck. Don't forget to vote and comment. Love you
[Noor Adnin]
?? [Sunday, 14 March 2021 ] ??
?? [ 1393 words ] ??
Share this novel