| • B A B 6 • |

Romance Series 13398

“SYAHIRAH ARQIN!!!” mereka terus menoleh ke arah punca suara. Kelihatan Daniel sedang berdiri tegak memandang Syahirah dengan pandangan menyinga. Dadanya naik dengan turun dengan laju. Wajahnya merah. Menunjukkan dia sedang marah. Syahirah menelan air liur. Aira sudah ketar. Kalaulah dia dengar cakap Syahirah tadi...

Daniel terus berjalan dengan laju ke arah mereka lalu dia menarik tangan agar Syahirah berdiri di depannya. Syahirah memandang tepat ke arah mata Daniel. Pandangan Daniel amat menakutkan. Air mata Syahirah hampir mengalir. Sungguh dia takut!

“Da... Daniel... I... Ini... Sa..,” tidak sempat Aira menghabiskan kata - katanya, Daniel terlebih dahulu memotong.

“KAU IKUT AKU SEKARANG!!!” dengan kasar, Daniel menarik tangan Syahirah agar beredar dari situ. Aira menelan air liur. Haikal turut keluar dari bilik sebaik saja dengar jerkahan Daniel.

Terpaku dia apabila melihat amarah Daniel. “Dani! Kau nak buat apa dekat Irah?! Jangan buat gila lah!” Daniel menoleh ke arah Haikal. Syahirah sudah menangis. Dia takut!

“Ikut suka hati akulah! Tak ada kena mengena dengan kau!” jerkah Daniel dengan kuat. Pandangannya amat membunuh.

“Daniel! Lepaskan aku! Sakitlah!” Syahirah cuba melepaskan tangan dari cengkaman Daniel. Tapi, semakin kuat dia melawan, semakin kuat juga cengkaman Daniel.

“Diam! Masuk bilik!” Syahirah menggeleng. Daniel terus merentap tamgan Syahirah dan membawa gadis itu masuk ke dalam bilik.

“Daniel! Buka pintu ni Daniel! Kesiankan lah Syahirah!” Haikal masih cuba untuk memujuk Daniel dari luar. Pintu diketuk dari luar dengna bertalu-talu. Namun, bunyi pintu yang diketuk itu, langsung tidak mampu menarik perhatian Daniel untuk membuka pintu.

Daniel mempunyai sikap yang agak panas baran. Kadang kala, biarlah dirinya senyap dan dingin. Namun, sikap itu jauh lebih baik daripada Daniel yang menjerkah dan angkat tangan.

"DUDUK!” Syahirah terus duduk di atas kerusi meja solek itu tanpa bantahan. Syahirah memerhatikan tingkah laku Daniel. Daniel berjalan ke arah almari besar milik Syahirah. Dia mencapai hoodies yang seiras dengannya dan seluar. Dia letakkan di atas katil.

Daniel menuju ke arah Syahirah semula. Dia mencapai make up remover berjenama Nivea lalu dituangkan di atas cotton pads. Syahirah hanya memerhatikan tingkah laku Daniel. Daniel terus tunduk badannya sedikit.

Sebaik saja wajahnya bertentangan dengan Syahirah, dia dapat nampak dengan jelas. Air mata semakin banyak mengalir di atas pipi gebu gadis itu. Daniel terus kneel one knee. Dia memandang gadis itu yang menangia dengan esak itu. Dia menyeka air mata gadis itu menggunakan ibu jarinya.

"Hey, stop crying. Aku tak suka tengok kau nangis macam ni. Buat aku jadi bersalah. Yes, aku tahu memang salah aku buat kau nangis macam ni. Tapi, aku tak tahan tengok perempuan menangis macam ni. Sorry. Aku just marah. Sebab pemakaian kau tu. Kau tahu kan, pemakaian macam tu, diharamkan oleh kaum Hawa. Memang cantik tapi tak cantik di sisi Islam,” Syahirah memandang jejaka mata berwarna hitam pekat itu.

“Kau faham kan maksud aku? Aku sayangkan kau. Kau tahu tak, dengan pemakaian macam tu, mampu buat mana-mana ajnabi naik nafsu syahwat. Kau nak tunjuk dekat sapa? Cuba bagitau aku. Kau nak tunjuk dekat sapa kau punya dada, punggung, badan apa semua tu? Dekat jantan tak bertanggungjawab dekat luar sana? Pandai kau, Irah. Irah, kau ingatkan apa yang aku pernah cakap dekat kau dulu? Jaga aurat kau. Aurat kau tu, hanya sesuai untuk lelaki yang bergelar suami. Ingat tak?” Syahirah mengangguk. Daniel hanya senyum.

"Now, senyum sikit. Janganlah muncung sangat. Tak comel dah Irah aku. Karang tak comel, aku nak kawan dengan sapa?” Syahirah hanya ketawa.

“Ouh.. kau kawan dengan aku sebab rupalah?” Daniel hanya ketawa. Semestinya tidak.

“Aku kawan dengan kau, sebab hati aku yang pilih,” Syahirah mengelap air matanya. Dia mencapai cotton pad di tangan Daniel.

“Keluar. Aku nak cuci make up and tukar baju. Kau sendiri cakap kan? Tunjuk aurat aku untuk lelaki yang bergelar ajnabi je. Betul tak?” Daniel hanya mengangguk selepas menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia terus melangkah ke arah pintu. Dia mula melangkah kaki keluar dari bilik Syahirah.

Sebaik saja Daniel keluar, Syahirah senyum.

“Macam mana aku nak buang cinta aku dekat kau? Kalau kau punya layan aku macam ni? Orang gila yang kawan dengan kau pun, boleh terpikat,” kata Syahirah sendiri.

"JOM!” Daniel membuka pintu bilik Syahirah. Dia kunci dari luar. Sebaik saja Daniel memerhatikan pemakaian Syahirah, dia hanya menaikkan ibu jarinya.

“Bagus! Menutup aurat macam ni lah yang kita nak! Lagi pun, sweetnya kita hari ni. Hoodies yang sama,” muka Syahirah merona merah. Dia terus menarik tangan Daniel agar beredar. Tempat berlapik!

“KAU nak makan apa?” tanya Haikal kepada Daniel. Daniel mengetuk dagunya. Dia memandang senarai makanan di dalam menu itu. Menarik. Akhirnya, dia memilik chicken chop.

“Bagi saya Spicy Chicken Chop. Irah, kau nak apa?” Syahirah memandang senarai di dalam menu itu.

" Saya pun chicken chop. Air bagi teh’o ais limau.” Pelayan itu hanya menulis di atas kertas. Sebelum beredar, dia sempat kenyit mata ke arah Daniel. Terhinjut bahu Daniel. Macam macam perangai lah!

"Your dinner will arrive at here in 10 minutes. Hope you will enjoy our dishes soon,” Daniel hanya mengangguk. Kali ini, pelayan itu menggigit bibirnya pula. Daniel hanya senyum. Takkan nak balas jeling pulak? Karang kena kecam tak pasal?

Syahirah menjungkit keningnya ke atas. Hai. Warung macam ni pun, ada cakap english ke? Siap pandang Daniel lagi. Syahirah menampar dahinya. Pelayan itu menjeling Syahirah. Syahirah terkedu. Hai... Pompuan... Kau tahu tak kau berurusan dengan siapa?

"Excuse me. Kau jeling kawan aku? Dah kenapa?” tanya Haikal dengan amarah.

“Ma... Mana ada saya jeling. Saya senyum je. Dia yang jeling saya!” Haikal memandang pelayan itu.

“Kau fikir aku buta ke? Daniel tu, bersabar je dengan aku dari tadi. Kau ingat dia tergoda ke dengan kau? Silap oranglah. Kitorang ni, tak layan makhluk penggoda. Now, blah! Sekali lagi kau cari pasal, aku akan pastikan, hari ni, hari terakhir kau dekat sini. You should be grateful that I didn’t report this to your manager!" muka pelayan mula merona merah. Pelanggan lain di warung itu, memandang mereka. Sah! Memang mereka dengar!

“Maafkan saya! Saya janji saya takkan buat lagi! Saya pergi dulu! Maafkan saya!” pelayan itu terus beredar bersama perasaan yang amat malu.

Daniel memandang Haikal. ”Thank you, bro. Kau selamatkan aku,” Haikal hanya mengangguk. No hal for my friend.

TO BE CONTINUE...

Okay tak chapter ni? Noor buat apa yang ada dalam otak je. Insyaallah, part sedih semakin mendekati . Prepare air mata anda.

Total words : 1061 words

Noor Adnin, 
Tuesday, 16 June 2020, 
2:34 pm

Love you

Thanks for the vote, reader and supporter 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience