| • B A B 1 1 • |

Romance Series 13398

DANIEL AIMAN P.O.V

"HUBBY, you okay?" aku menoleh saat telingaku menangkap suara yang lemah lembut lagikan ayu itu.  

Aku menarik tangan Jessica Muhammad Carter agar duduk di sisi aku.  Meskipun aku dengan dia saling mencintai tetapi kami tetap menjaga batas kami sebagai bukan mahram.  

"I okay.  Just, tiba-tiba, otak I, boleh terflashback kisah lama.   Setiap kali tengok rantai ni," Jessica memandang rantai berwarna perak dan mempunyai batu berlian itu. 

Daripada pandangan matanya, aku dapat lihat bahawa dirinya terpegun dengan kecantikan rantai ini.   Kalau aku, jadi perempuan pun, aku turut akan terpegun dengan kecantikan rantai ini.   Well, rantai ni, pemberian mak.   Mak kata, dia minta aku serahkan pada Syahirah or somebody yang aku cinta selepas move on.  So, the person is Jessica la kan? 

"Wow.  Cantiknya.   Sapa bagi?" aku hanya tersenyum. 

"Ini, mak I yang bagi.   Dia cakap, bagilah dekat someone yang cinta sepenuh hati.   And that person is...," Jessica menunggu sambungan kata-kataku.  

Aku bangun dari bangku kerusi kayu coklat itu dan terus berdiri di belakang Jessica.   Aku memakaikan rantai itu pada lehernya.   Setelah aku selesaikan sambungkannya, aku betulkan rambut merah klasik miliknya.   Jessica terkedu.   Dia terus berkata,

"Daniel! This is so pretty!  I like it so much!  Thank you!" aku hanya tersenyum. 

Entah mengapa, aku rasa tenang saat memandang wajah si gadis ini pabila dirinya tersenyum.   Manis sekali!  Jessica mempunyai gigi taring yang amat memikat.   Tidak hairanlah, Jessica digelar model yang paling jelita.  Tapi, Syahirah lagi cantik.  Eh?  Dah kenapa aku fikir tentang perempuan curang tu? 

Aku membalas.  "Ini bukti cinta I dekat you.  Jaga ia baik-baik eh?" Jessica mengangguk laju.  

Ouh, mesti korang tertanya-tanya.  Adakah aku bahagia selepas aku buat perjanjian tu dengan Syahirah?  Plus, aku bahagia tak dengan Jessica?

Yes.  Aku bahagia. Absolutely. 

END DANIEL AIMAN P.O.V

"HIKS... hiks..," Syahirah mengelap air matanya. 

Dia menyandarkan dirinya di dinding berdekatan dewan kuliah itu.   Hatinya sakit!  Sakit sangat!  Bukannya dia tak kenal rantai tu.   Itu rantai Pn. Rosniza pernah berikan pada Syahirah dan Syahirah menyerahkan kembali sebelum melangkah keluar dari rumah itu.  

"Look like, dalam hati abang, memang tiada nama saya dah kan?   Ya Allah, Irah!  Kenapa kau bodoh sangat dulu!  Sanggup tinggalkan Daniel and now?  He already have someone else!   Nak menyesal tak ada guna, Irah." gadis itu menggeleng sebagai tanda runsing dengan pemikirannya dahulu.  

Sakit hatinya apabila Daniel bergelak ketawa bersama sahabat baiknya.  Siap pakaikan rantai lagi!  Hati isteri mana tak sakit apabila suami yang dia cintai, bermesra dengan wanita lain?  Perempuan gila mungkin tak!

Syahirah memandang gelang perkahwinan di lengan kanannya.  

DA love SA forever

Air mata Syahirah turun lebih lebat.  Buku yang berada di tangannya, dipeluk dengan erat di dada.   Mujurlah air mata itu tidak mencacatkan make up simple di wajahnya.   Well, dirinya tak secantik Jessica yang anggun bagaikan bidadari.   Mempunyai kulit tanned yang cantik.  

Syahirah mengelap air matanya buat kali terakhir sebelum bangun.   Dia berkata, "Well, lupakan dia, Irah.   Kau dengan dia, bakal tak ada apa-apa.  So, just forget about him!    Kalau dia betul-betul cinta, dia akan berusaha untuk dapatkan balik cinta kau!   Ini tak! Dia mengalah!  Dia dah ada Jessica and aku ada Aish.   So, fair and square.    Wipe your tears, Irah," Syahirah memberikan kata-kata motivasi pada dirinya sendiri.  

Syahirah terus melangkah masuk ke dalam tandas berdekatan untuk membersihkan wajahnya.  Dia perlu kuat!

"YOU? You pergi mana?" Syahirah berjalan ke arah Aish sambil tersenyum.  

Biarlah dirinya bersama Aish buat masa ini.   Sekurang-kurangnya, dia boleh cuba untuk melupakan Daniel Aiman.    Bukan? 

"I pergi toilet tadi, biy.  Sorrylah.  I nak cuci muka sikit," tepat pada masanya.   Daniel dan Jessica masuk ke dalam dewan kuliah.  

"Ouh.   Nak cuci buat apa, sayang?  You kan dah cantik dah.  Bagaikan bidadari," Syahirah memandang Daniel sekilas sambil berkata,

"Herm, no!  I nak nampak cantik depan you.   You kan PUJAAN HATI I," perkataan pujaan hati ditekan sambil memandang Daniel yang baru saja melabuhkan punggung di atas kerusi di belakang mereka.  

Daniel merenungnya bak helang.  You wanna play a game huh? Daniel menongkat dagunya di atas meja sambil memandang Jessica.    Muka Jessica mula merona merah saat Daniel memandangnya sebegitu.  Jessica mengambil buku lalu dipukul pada bahu Daniel. 

"Auch! Sakitlah, dar!  Kenapa buat I camtu?" Daniel mengakhiri kata-katanya dengan persoalan.   Dia mengusap bahu kirinya yang sasa. 

"You lah!  Dah kenapa pandang I camtu?  Mintak kaki ke apa?" Daniel memandang Syahirah sekilas sebelum menjawab kata-kata Jessica.

"Memang I mintak kaki you pun sayang.   Sebab, I nak you berpijak di dalam hati I yang tertulis nama mu ini," Daniel terus buat flying kiss ke arah Jessica mengemam bibirnya.   Buku yang sebentar tadi digunakan untuk memukul Daniel, kini di gunakan untuk menutupi wajahnya yang merah bak ladang tomato. 

Syahirah terkedu saat telinganya menangkap kata-kata Daniel.  Serta merta, kepalanya mengimbas kembali kenangan dirinya bersama Daniel sebagai suami isteri. 

"ABANG!  Janganlah kacau tudung saya.  Karang, lambat kita keluar kang," Daniel masih lagi mengacau awning tudung Syahirah dengan selamba.  Kekadang, dia mengucup dahi, tepi kepala dan pipi Syahirah bagi merosakkan tudung gadis itu dengan sengaja.  "Abang!" Daniel hanya senyum sehingga menampakkan gigi taringnya yang manis. 

"Suka hati aku lah.   Lambat pergi.   Lagi bagus.  Boleh la aku tidur awal dengan kau malam ni.  Aku rindu nak hug and kiss dengan kau." sang isteri menjuling matanya ke atas sambil mengusap kepala Daniel yang berlabuh di atas bahu Syahirah. 

"Kaki nak?" Daniel tersenyum lagi.   Dia mengucup pipi Syahirah.  Sekali lagi, blusher gadis itu rosak!

"Boleh je.  Boleh la abang mu ini, merasakan kebahagiaan.  Kerana, aku nak kau berpijak di dalam hati aku yang terkandung nama kau ni.   Cia cia cia," Syahirah hanya tersenyum.   Siapa je tak senyum kalau dapat pickup line daripada yang tercinta kan? 

Daniel melabuhkan punggungnya di atas kerusi di sebelah meja solek Syahirah.  Syahirah terus berdiri dan dia berjalan ke arah Daniel.   Daniel menarik pinggang ramping isterinya agar gadis itu duduk atas ribanya.  Syahirah memeluk erat leher suaminya.   Tangan kanan Daniel yang sasa itu masih lagi memeluk pinggang Syahirah.  

Syahirah menarik dagu tajam suaminya agar jejaka itu memandang wajahnya.   Syahirah berkata, "Tell me.  Ayat tu, abang pernah cakap dekat sesiapa tak sebelum ni?  Al maklum lah, suami saya ni ramai  peminat," Daniel tersenyum. Tangan kirinya menarik leher jinjang Syahirah yang dibaluti selendang itu agar wajah mereka bertemu selepas mengucup dahi isterinya.  

Daniel temukan dahi mereka berdua dan mereka berdua memejam mata serentak.   "Listen to me, dear.   Ayat tu, kau lah orang pertama yang dengar daripada mulut aku.    Ikhlas dari hati aku.   Kalau pernah sebut dekat orang lain pun, mungkin tak ikhlas.   Tapi, untuk dirimu, pujaan hati, aku rela keluarkan segala idea novel aku, untuk mencuri sekeping hatimu.  Ayat tu, aku berani cakap, aku takkan sesekali gunakan untuk mana-mana gadis yang lain!  I promise!" Syahirah tersenyum suka.  

Daniel memagut bibir munggil Syahirah dengan kemas.   
patu Syahirah terus bangun dari kerusi lalu beredar dari dewan kuliah. 

Daniel hanya tersenyum sambil merangkul bahu teman wanitanya.   I told you so!  War means war, my dear...

To be continue...

Anyone miss me?   By the way, selamat hari raya aidiladha ?? Noor update sebelum capai 3K.  Lagipun, dalam 8++ vewers je lagi nak capai 3K ?? So, Noor kasi peluang ?? Alang-alang homework pun dah nak habis. Tinggal satu subjek je lagi ??

Sumpah Hantu Catur?  Noor pun tak tahu la apa khabar dengan novel Noor yang satu lagi tu.  Dah mereput agaknya ?? Homework banyak ?? Student life, huh?  Noor nak gi sambung SHC eh?  Bye ii ?? cayang semua ????

Total words : 1253 words

Noor Adnin,
Monday, 3 August 2020,
3:05 pm

Love you ??

Thanks to all of you ??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience