"Sekali lafaz terucap, kau kekal menjadi milik aku sehingga ke penghujung waktu.”
Dua hati, dua jiwa. Daniel Aiman, Syahirah Arqin. Dua nama, dua perasaan tapi... satu cinta.
“Irah, seperti mana yang aku janjikan dengan parents kau, aku akan tunaikan. Kau, akan aku jaga sehingga hujung nyawa aku” - DANIEL AIMAN
Dahulu kala, perkataan sahabat yang membuatkan kita bersatu. Tapi, hari ini, kita bersatu dengan lafaz yang membuatkan kita menjadi pasangan halal.
“Aku terima nikahnya, Syahirah Arqin Binti Arman...” - DANIEL AIMAN
Walaupun, Daniel tahu, yang Syahirah langsung tidak mempersetujui perkahwinan muda mereka ini, dia tetap berusaha untuk mencuri hati sekeping Syahirah Arqin. Walaupun yang sebenarnya, cintanya sudah lama berbalas. Tanpa pengetahuan dirinya.
“Irah, aku tahu. Perkahwinan kita ni, bukannya kerelaan kita sendiri. Tapi, aku harap, kita boleh bahagia. Seperti pasangan lain. Kalau kita usaha, insyaallah, kita bahagia.” - DANIEL AIMAN
Dia, si gadis, yang kehilangan seluruh keluarganya, dikala dia masih muda. Syahirah Arqin namanya. Pada hari di mana dia mendapat keputusan peperiksaan akhir di sekolahnya, dia menjadi seorang isteri kepada sahabatnya selama ini.
“Daniel, aku tak rasa kita mampu bahagia dengan cara macam ni.” - SYAHIRAH ARQIN
Siapa kata, pasangan muda yang dipaksa kahwin ini tidak mampu bahagia? Hidup mereka, dipenuhi dengan pelangi yang indah. Senyuman yang terukir di bibir mereka, membuktikan mereka bahagia. Tapi, kebahagian itu, tidak lama....
“I will try untuk jatuh cinta dengan awak. Awak suami saya.” - SYAHIRAH ARQIN
“Sayang, aku janji. Sekali kau jatuh cinta dengan aku, aku akan buat kau bahagia selalu. Itu janji aku!” - DANIEL AIMAN
Bahagia? Itu memang berlaku. Tapi, tidak bertahan lama.
“Abang, saya dapat tawaran untuk masuk U. Awak dah dapat ke belum?” - SYAHIRAH ARQIN
“Aku tak benarkan kau pergi. Kalau aku tak dapat, kau tak boleh pergi.” - DANIEL AIMAN
“Cita-cita saya macam mana? Macam mana saya nak...,” - SYAHIRAH ARQIN
“Biar jelah! Gaji kau selama kau jadi penulis novel termuda sebelum ni, cukup je kan nak tanggung kau! Lagi pun, aku boleh tanggung kau!” - DANIEL AIMAN
"I hate you.” - SYAHIRAH ARQIN
Tidak mungkin Syahirah duduk diam diri. Dia mulakan langkahnya. Subuh. Waktu itu, di mana, dia bangun dari mati sementaranya. Dia dikejutkan dengan sebentuk cincin berserta surat. Luluh hatinya. Mencari. Itu yang dia lakukan hari demi hari. Demi mencari isteri yang tersayang. Instagram. Twitter. Whatsaap. Segalanya. Syahirah putuskan.
Hampir sebulan Syahirah pergi dari dunianya, Daniel bagaikan hilang arah. Buntu. Daniel cuba untuk bangkit. Dia perlu move on. Kalau ini yang membuatkan Syahirah bahagia, dia rela. Daniel kembali ke dunia realiti. Dia sering menziarahi kubur mertuanya.
Daniel sudah kembali seperti biasa. Tapi, dia tidak seperti dahulu lagi. Dia bagaikan mayat hidup. Panas baran itu sentiasa. Makan? Dia sering cakap,
“Ouh. Kalau Daniel cukup makan, isteri Daniel akan kembali lah?” - DANIEL AIMAN
Semua orang akan terkedu dengan pernyataan. Syahirah? Tiada siapa yang tahu keberadaan gadis muda itu.
Sehinggalah,
“Mak, Daniel dapat tawaran untuk ke UiTM Puncak Alam. Sebelum ni, Daniel dapat cuma Daniel cakap dekat diorang, Daniel masuk lambat.” - DANIEL AIMAN
“Itukan... Universiti Syahirah.” - PN. ROSNIZA
“Almost 3 bulan Syahirah menghilang, mak langsung tak bagitau Daniel? How could you! Daniel nekad, mak. Kalau Syahirah still tak nak kembali dekat Daniel, Daniel lepaskan dia. Kalau itu yang buat dia bahagia.” - DANIEL AIMAN
Tepat hari di mana dia tiba di Universiti. Ya. Dia nampak. Isterinya. Tidak sempat bibirnya memanggil isterinya, hatinya jatuh ke tanah. Berkecai.
“Sayang!” - LELAKI
Syahirah? Kenapa? Kau cakap, kau akan setia? Tapi, ini apa? Hati suami mana tak runtuh melihat isteri sendiri bermesra dengan lelaki lain. Paling mengejutkan. Lelaki itu. Aish Qayyum. Kawan Daniel semasa sekolah. Mengapa? Apa kurangnya aku dengan Aish?
Perjanjian di lakukan. Tanpa mereka mengetahui, sebenarnya, mereka menyakiti hati sesama sendiri.
Di depan Daniel, bagaikan kawan baik seperti biasa. Belakang? Suami isteri. Hati semakin lama berputik antara satu sama lain. Dugaan demi dugaan. Cuba menggoyahkan hubungan mereka.
Tapi, muncul pula, seorang gadis yang ceria. Carol Jessica Muhammad.
“Hai, saya Jessica. Carol Jessica Muhammad. Awak... Daniel. Right?” - CAROL JESSICA MUHAMMAD
Pada mulanya, hati sang jejaka tidak ingin menerima tapi... Syahirah sudah ada yang lain. Jadi... Dia perlu juga ada yang lain.
“Irah! Wish me luck! Aku nak jumpa Katrina. Aku nak jadikan dia girlfriend aku. I really hope dia terima aku!.” - DANIEL AIMAN
“Ouh... Semoga berjaya...” - SYAHIRAH ARQIN
Tapi, entah mengapa. Sepatutnya, dia bahagia bila Daniel dah ada yang lain. Yang lebih baik dari dirinya! Tapi, apakan daya di saat dirinya ingin meluahkan perasaan cintanya terhadap Daniel.... dia sudah terlambat. Depan matanya sendiri.
“Will you be my girlfriend?” - DANIEL AIMAN
“Yes! I will!” - CAROL JESSICA MUHAMMAD
Pedih. Sekali. Hati seorang isteri yang baru saja cuba mencintai seorang suami yang mencintai dirinya sepenuh hati. Ataupun tidak lagi?
Di akhir kisah, Daniel buntu. Dia perlu pilih. Cinta atau sahabat? Cinta? Dia perlu menyakiti kawan baiknya, Aish. Sahabat? Dia akan menyakiti diri sendiri. Tapi, masa yang sama, dia juga turut menyakiti Syahirah.
“Aku tak pasti. Friend or love? Aku buntu.” - DANIEL AIMAN
“Kau pilihlah mana satu yang terbaik untuk kau.” - FARIZ RIDHUAN
Atau janji yang perlu dia kotakan?
“Kalau Irah jadi isteri Daniel, jagalah dia. Jangan biarkan air mata dia menitis lagi. Tolong eh, sayang...” - ARWAH PN. GAYAH
Yang manakah yang menjadi pilihan Daniel? Tunggulah cerita ni habis dulu!
Sis nak naikkan semangat korang untuk baca novel ni actually. Mesti korang still tertanya cerita ni apa ni? So, sis buatlah trailer. Adalah sikit spoiler di situ. Okay! Jangan lupa vote tau! #stayathome
Noor Adnin
Tuesday, 16 June 2020
2:29 pm
Share this novel