“KAU perg mana baru sekarang balik? Dating dengan Daniel la tu,” tanya Syahida Arqin kepada Syahirah. Syahirah menjuling matanya ke atas. Syahirah hanya memandang kakak keempatnya itu.
"Sorry to say. Aku takkan buat benda haram. Plus, sapa cakap aku pergi dating? Aku rasa kau cakap dengan cermin kot,” kata Syahirah dengan sinis. Sudah sekian lama dia geram dengan kakaknya itu. Perangai tidak ubah seperti setan. Tu lah, sebelum tidur, tak nak tutup ibu jari kaki. Kan dah kena hisap dengan setan.
Syahirah merupakan anak bongsu daripada 6 orang adik beradik. Anak sulung, Izreen Aisyatul Nadya. Yang kedua, kembar kepada Nadya, Izreen Aisyatul Aireen. Yang ketiga, Mohd Aydan. Tapi, dia sudah meninggal semasa bayi. Yang keempat, Sarah Arqin. Kelima, Syahida Arqin. Yang keenam, semestinya Syahirah Arqin.
Syahirah di dalam rumah itu, bagaikan anak sulung pun ada. Semua kerja dia buat. Depan mata mamanya, Pn. Gayah, dia bagaikan tidak lakukan apa-apa kerja. Padahal, Syahirah sentiasa sibuk dengan belajar dan menulis novel. Tapi, masih lagi dia cakap, Syahirah ni, main phone. Pemalas.
Dari Syahirah umur 13 tahun, semenjak kakaknya, Syahida ke metrik, dia sudah diaim oleh mamanya sendiri. Bayangkan? Anak mana yang tak sakit, bila mak sendiri cakap, anak ni, amat memalukan dengan result yang teruk.
Masa Syahirah umur 13 tahun, Syahirah merupakan gadis yang ceria. Tapi, dikala usia 14 tahun, dia mula berubah watak. Apa-apa saja yang kakak-kakak dan mamanya kata kepadanya, dia menjawab.
Kadang kala, Syahirah mengatakan perkara yang betul, fakta. Tapi, mereka masih kata Syahirah menjawab. Takkan dia nak duduk diam? Biarkan apa yang mereka cakap buruk tentang dirinya? No! That’s not Syahirah.
Syahirah sedar. Result peperiksaannya tidaklah membanggakan seperti kakak-kakaknya yang lain. Tapi, kadang kala Syahirah pelik. Kenapa result Syahida lebih kurang Syahirah, masih tidak dapat layanan seperti Syahirah?
Waduh! Sering juga Syahirah menyendiri dalam bilik. Mendapatkan ketenangan. Apa dia buat dalam bilik? Menangis. Itulah hobinya. Kadang kala, dia tak surelah nak balik rumah ke tak. Kalau dapat balik awal tu, dia yang mengeluh.
Balik rumah? Dia nak duduk rehat sebab baru balik sekolah. Tapi, mama dia cakap apa? Dia sedang tidur, mamanya suruh bangun pergi baca buku. Tak cukup lagi ke? Pukul 4 pagi sampai 5 pagi, dia study non stop. But, her mother still said that she is a lazy bump!
Stay sekolah lama sikit? Lagilah serabut. Bising. Syahirah paling tak suka tempat bising.
Sekali Syahirah dapat tempat sebagai penulis novel remaja muda, mama dan abahnya bangga dengannya. Korang ingat Syahirah ni, dapat galakan daripada keluarga ke? Tidak... Dia bukan dapat GALAKAN daripada keluarga semasa menulis novel. Dia dapat PERLIAN daripada keluarga semasa menulis novel. Padahal, sebelum dia tulis novel, dia dah study. Now, it’s time for her to rest her brain! Tahu apa Pn. Gayah cakap apa masa dia tulis novel?
“Irah nak berhenti sekolah ke? Biar tulis novel sepanjang hidup. Malas sangat nak belajar.”
“Cakap dengan orang pandai pasal sains, tapi diri sendiri fails sains. Apa nak jadi dengan kamu ni? Ya Allah... Kau bukakanlah hati anak aku untuk anak aku belajar...”
Syahirah tahu... Ini bukan salah mamanya. Dulu, mamanya berikan dia galakan untuk menulis novel. Sehinggakan, Pn. Gayah yang menolongnya untuk menerbitkan buku. Atas bantuan kawan mamanya. Tapi, Pn. Gayah kena brain wash oleh kakak-kakaknya. Bila diorang cakap macam-macam dekat Syahirah, dia hanya diam. Dia tidak mampu berkata apa-apa. Balas balik? Nanti dicakap dia kurang ajar.
Depan peminat Syahirah, mereka bagaikan keluarga bahagia. Tapi, Syahirah sendiri yang menanggung luka. Semasa dia mencapai usia 16 tahun, dia sudah tidak lagi menangis. Dia hanya mengabaikan kata-kata mereka.
Paling Syahirah sakit. Kalau keluar dengan Daniel. Mereka mesti cakap, Syahirah dating dengan Daniel. Syahirah girlfriend Daniel. Syahirah sampai marah kekadang tu. Dia memang sayang Daniel setulus hatinya. Tidak pernah dia berniat untuk bercouple dengan Daniel. Sebab dia sendiri tahu, couple itu haram. Sapa yang tak sakit bila orang cakap diorang pergi buat benda haram?
Macam mana Syahirah boleh senyum balik? Dengan adanya Daniel, dia sering tersenyum. Jenaka, prihatin, dan segalanya membuatkan Syahirah sayangkan Daniel. Daniel Aiman... Cinta pertama Syahirah namun Syahirah simpan perasaan itu. Kenapa? Kerana dia rasa, dirinya tidak layak untuk Daniel. Dia berusaha untuk hilangkan perasaan itu.
Daniel la tempat dia mengadu. Daniel tahu segala masalah Syahirah dan membalas dengan kata-kata motivasi sebagai seorang kawan. Ya Allah... Sesiapa pun yang dapat Daniel, pasti rasa gembira sangat...
“Eh, menjawab kau eh sekarang. Dah la couple. Buat benda haram pulak tu. Kau tu budak kecik lagi. Aku tak apalah. Aku ni dah masuk universiti. Kau? Entahlah boleh masuk ke tidak. Aku tak tahu lah kenapa mama bagi kau kawan dengan Daniel tu. Mungkin sebab... Budak tu, baik, rajin solat kot. Semata-mata nak ubah kau.” Kata Syahida dengan sinis.
Syahirah tidak mahu ubah fakta. Daniel telah banyak mengubah dirinya. Sebelum dia kawan dengan Daniel, dia jarang sekali solat! Semenjak Daniel muncul, sejadah bagaikan menyeru meminta agar disujud oleh seorang insan yang beragama Islam. Al Quran juga turut menyeru dirinya agar membaca ayat-ayat suci dalam tu.
“Eh, kak. Kau jangan sampai, aku hilang hormat kau sebagai kakak aku je. Baik kau diamkan mulut kau tu. Kau tu yang ada boyfriend bagai. Kau patut bertuah. Mama tak percaya aku cakap yang kau ada boyfriend. Kalau tidak, memang habis kau.” Kata Syahirah.
“Suka hati akulah. Kau nak menyibuk asal, budak gemuk!” Syahirah membuntang matanya memandang kakaknya. Dia ni mengajak perang ni. Sokay sis. War means war...
Dia berjalan ke arah kakaknya dengan lagak model. “Aku lupa, sis. Baru aku faham kenapa kau cakap aku ni, couple dengan Daniel. Sebab apa? Sebab aku ni, ada badan seksi. Hourglass. Punggung besar. Dada pulak besar. Kau? Macam dengan papan! Aku pun tak hingin tengok! Dengan muka berjerawat. Lainlah macam aku. Muka flawless gitu. Sapalah nak kan? Boyfriend kau nak. Tapi, dia pun, alahai! Muka! Macam tongkang pecah! Bye bye sis! Aku naik dulu!” Syahirah terus melangkah kaki naik ke atas. Syahida memandangnya dengan renungan tajam. Selangkah sebelum Syahirah sampai ke tingkat atas, dia laung kuat dari atas.
“Eh, lupa! Sis! Malam ni, jangan lupa. Cucuk bontot kau! Kasi besar sikit! Macam dengan papan! Dada kau tu! Kasi letak sponge! Kasi besar sikit! Bye!” Syahirah terus berjalan masuk ke dalam biliknya.
“Tak guna punya perempuan. Tunggu nasib kau...” Kata Syahida.
"PADAN muka kau! Aku ni ada kakak, macam dengan setan. Semuanya! Along, angah, kenapalah korang boleh terikut cakap budak dua orang tu? Sampaikan korang cakap, aku ni pemalas. Aku harap, korang sedar, suatu hari nanti.” Kata Syahirah selepas menghempaskan badannya di atas katil empuknya.
Syahirah terus bangun lalu mencapai tualanya. Dia menuju ke bilik air. Semasa menuju ke bilik air, dia jalan di hadapan cermin. Dia berhenti seketika. Dia menilik badannya.
“Hai... Aku ada dada besar sangat. Tak faham aku. Kenapalah orang nak sangat dada besar besar macam ni? Ergh! Seksa tahu tak? Susah nk jaga aurat!” Kata Syahirah. Punggungnya turut ditilik.
“Ni satu lagi. Hai... Tak apa Syahirah. Bersyukur dengan apa yang ada.” Kata Syahirah sambil membuka tudungnya.
SYAHIRAH terus turun sebaik saja selesai mandi. Dia menuju ke arah tangga. Langkahnya terhenti apabila dia terdengar perbualan antara mama dan Syahida. Syahirah memerhatikan perbualan mereka melalui celahan pintu bilik Pn. Gayah dan En. Arman.
“Hah? Seribu ringgit? Mama mana ada duit sebanyak tu. Kenapa universiti minta awal sangat? Butik pun tak berapa nak untung sekarang!” Tanya Pn. Gayah kepada Syahida.
“Entah. Tadi, universiti call. Suruh bayar yuran. Duit PTPTN Ida dah habis. Lusa, Ida nak kena balik uni dah.” Pn. Gayah mengangguk.
“Nanti mama pergi cari duit. Kalau tak cukup jugak, mama akan minta dengan Syahirah.” Kata kata akhir Pn. Gayah menyentak Syahida.
“Mama, tak payahlah minta dengan Syahirah. Nanti dia perli Ida macam-macam. Macam mama tak tahu mulut dia. Perli orang je kerja. Tak padan dengan dia tu malas belajar. ” Syahirah terkedu.
‘Minta jelah! Bukannya aku nak mengata dekat kau pun! Aku bukannya perangai macam kau, kak!’ Getus hati Syahirah.
Tidak sanggup dia mendengar lagi, dia terus menuju ke biliknya. Dompetnya diambil. Dia mengeluarkan wang sebanyak RM3000. Dia letakkan duitnya itu ke dalam sampul coklat.
“Nasib baik kau kakak aku. Kalau tidak, jangan harap aku nak bagi.” Kata Syahirah sambil menarik kerusinya untuk duduk di meja belajar dan tulis novel miliknya. Dia mencapai pen dan ditulis di atas sampul.
Yuran belajar Syahida dan untung butik
Syahirah letakkan di atas meja. Laptop Predator miliknya di capai, dan dicucukkan pendrive ke dalamnya. Dia hanya perlu tunggu masa tiba. Buat sementara waktu ini, boleh la dia tulis novel ke duanya.
“SYAHIRAH! Syahida! Mari turun makan!” Laung Puan Gayah dari bawah. Syahirah terus meletakkan pennya di atas meja. Dia mencapai sampul itu.
Dia menuju ke arah bilik Pn. Gayah dan Pn. Arman. Dari atas, dia dapat lihat, ketiga tiga mereka sedang menjamu selera. Line clear! Just like before!
Perlahan lahan Syahirah membuka pintu. Dia menuju ke arah meja solek Pn. Gayah. Dia ambil pelembap muka wanita itu dan membuka laci meja solek. Sampul tadi di masukkan ke dalam laci bersama pelembap malam Pn. Gayah. Syahirah tersenyum. Mission complete!
TO BE CONTINUE....
Apa perasaan korang kalau berada di situasi Syahirah? Sila komen!
#stayathome
#danirah
#familyproblems
#deritasangsuami
Total words : 1534 words
Noor Adnin,
Tuesday, 16 June 2020,
2:22 pm
Love you
Thanks to all the voters, readers and supporter
Share this novel