I will skip eh.
- Derita Sang Suami 14 -
SYAHIRAH berlari ke arah bilik Daniel. Di tangannya, dia memegang laptop HPnya. Senyuman di bibirnya menunjukkan sesuatu yang cukup gembira telah berlaki kepada dirinya. Syahirah mengetuk pintu bilik Daniel.
Hampir sebulan Syahirah kehilangan seluruh ahli keluarganya, gadis itu dipelawa oleh Puan Rosniza untuk tinggal bersama mereka. Tetapi, setiap hujung minggu saja. Ada hari tertentu juga, Syahirah akan pulang ke apartmentnya. Sepanjang Syahirah tinggal bersama keluarga Daniel, Syahirah bersama gembira semula kerana dia dapat rasakan aura keluarga kembali. Tapi, tiada keluarga yang mampu tandingi keluarga kandung. Bukan? Dia dan Daniel juga sering meluangkan masa bersama. Tapi, mereka tak pernah lah duduk dalam bilik berdua melainkan mereka buka pintu luas-luas.
Nak duduk dalam bilik berdua? Tunggu masa Puan Rosniza ketuk kepala mereka berdua menggunakan senduk kayu!
"NIEL! Buka pintu! Aku ada something nak tunjuk!" TUK! TUK! Ketukan itu amatlah kuat. Tangan kirinya turut memegang laptop mahal itu dengan erat. Kalau jatuh, memang menangis tak berlagu dia.
Bunyi ketukan yang amat kuat itu mengejutkan Daniel yang sedang terbongkang tidur di atas katil empuk miliknya. Daniel menggosok matanya yang masih layu bak bunga ros yang sedang layu.
"Hah? Ye, ye kejap..." kata Daniel dengan mamai. Dia terus bangun dan lakukan senaman ringan bagi mencergaskan dirinya. Dia mencapai t shirt putihnya yang tergantung di atas kerusi lalu disarungkan ke tubuh sasa miliknya.
Daniel terus melangkah ke arah pintunya. Sambil menguap, dia mencapai tombol pintu untuk dibuka. Sebaik saja dia buka pintu, dia terus kembali ke katilnya untuk baringkan diri.
Senyuman di bibir munggil Syahirah terus hilang apabila dia melihat tingkah laku Daniel yang tidak ubah seperti manusia tidak tidur selama setahun. Syahirah terus berjalan ke arah Daniel. Dia terus duduk di hujung kaki Daniel.
"Daniel, bangunlah. Janganlah macam ni! Aku ada berita gembira!" kata Syahirah dengan teruja. Daniel masih lagi menutup matanya.
Syahirah mengeluh. Dia meletakkan laptopnya itu di atas meja Daniel yang berselerak itu. Entah apalah yang lelaki itu buat sehingga meja jadi hutan sebegitu. Bertarung dengan buku mungkin?
Syahirah menampar lengan Daniel. Tiada tindak balas. Almaklumlah, lengan lelaki itu jauh lebih sasa dan tebal. Mana mungkin jari runcing kecil milik Syahirah akan dirasai oleh Daniel. Melainkan gadis itu menampar lelaki itu sekuat hati.
Syahirah jadi putus asa. Dia terus capai laptopnya lalu dia duduk semula di hujung kaki Daniel.
"Hai, look like, aku nak kena setuju benda ni sorang soranglah. Rasanya, orang tu, tak nak kot, dia punya novel dikeluarkan sebagai drama"
"Halah... Drama je pon." kata Daniel sambil menutup matanya.
Diam seketika.
Daniel terua membuka matanya dengan laju. Dia terus dudukkan dirinya sambil memandang Syahirah.
"SYAHIRAH! KAU BIAR BETUL!" suara Daniel hampir mencecah langit kotak suara. Suara jantan milik lelaki itu membuatkan rumah agam itu bergema.
Syahirah hanya mengangguk sambil senyum. Daniel terus turun dari katilnya dan terus lompat dengan teruja.
"We did it, Irah! We did it! Our dream has become come true!" kata Daniel dengan rasa yang gembira.
Hey, novel sendiri jadi drama? Sapa je tak gembira?
"I know. Kau buka laptop kau sekarang. Pastu, kau buka email. Diorang ada send email. Diorang nak kau sign email tu dalam phone je. Aku nak masuk bilik. Pastu, aku nak melayan perasaan gembira. Bye bye," kata Syahirah.
Dia terus bangun dari katil Daniel dan berjalan ke arah pintu bilik Daniel sambil membawa laptop bersama. Daniel hanya mengangguk.
"Irah," panggil Daniel sebelum gadis itu beredar. Syahirah menoleh ke belakang. "Thank you. Sebab muncul dalam hidup aku. Tanpa kau, tak mungkin aku berjaya seperti sekarang," ucap Daniel dengan jujur.
Syahirah hanya tersenyum dan berkata, "Daniel, apa yang kau ada sekarang, ialah atas usaha kau sendiri. Bukan sebab aku. Tapi, sebab kau," kata Syahirah sambil tersenyum. Gadis itu terus beredar. Dia sempat menutup pintu bilik Daniel semula.
Daniel tersenyum. Dia terus baringkan dirinya di atas katil. Dia memandang siling biliknya.
"Syahirah, thank you, for appearing in my life. You are the greatest give, that I have ever get. Thank you, Allah," kata Daniel.
2 tahun kemudian,
SYAHIRAH memandang slip keputusan peperiksaan di dalam tangannya. Syahirah memeluknya ke dada.
'Ya Allah, terima kasih sangat. Aku bersyukur. Kau telah berikan aku keputusan yang cukup cemerlang, Ya Allah.' doa Syahirah dalam hati.
Sebentar tadi, sebelum dia balik ke rumahnya, dia sempat melawat kubur arwah keluarganya. Dia beritahu berita yang cukup gembira itu. Setiap hujung bulan, dia akan melawat keluarganya. Rindu? Itu sentiasa. Tidak mungkin, hatinya tidak diharungi rasa rindu. Rindu itu amatlah mendalam.
Sebelum Syahirah membuka pintu pagar, telefonnya berdering. Syahirah terus mengeluh. Dia memegang slip keputusan peperiksaan itu menggunakan tangan kirinya dan mencapai telefon di dalam beg silangnya. Sebaik saja dia baca nama si pemanggil, dia terus jawab.
"Hello, mak," Syahirah hanya menyapa ibu kawan baiknya itu dengan sopan.
"Hello, Syahirah. Tahniah sebab dapat result hari ni. Sorry sayang mak tak dapat datang untuk wakilkan diri tapi Mak Lang ada datang kan tadi?" Puan Rosniza terlebih dahulu memohon maaf akan kesilapannya kerana tidak dapat menemani Syahirah pada hari ini. Tapi, Mak Lang kepada Syahirah turut hadir untuk mewakilkan diri sebagai keluarga Syahirah. Lagipun, Puan Rosniza perlu hadir ke sekolah Daniel untuk mengambil keputusan SPM.
"Tak apa, mak. Haah, mak lang datang. Mak ada dekat rumah tak? Nak tunjuk result," kata Syahirah.
"Mak call ni ada sebab. Mak nak, Syahirah masuk rumah and tolong masuk dalam bilik mak. Tolong ambil buku akaun kira kira cafe. Sebab, mak lupa. Hari ni, diorang datang check. Tolong eh sayang?" kata Puan Rosniza berbaur rayuan.
Syahirah menggaru kepalanya. Hadeh, dia baru nak berehat lepas tu dah diberikan tugasan yang mustahak oleh Puan Rosniza. Syahirah hanya mengangguk sambil memandang rumah Puan Rosniza yang berjiran dengannya itu.
"Boleh. Tapi, dalam rumah tu, tak ada orang kan?" tanya Syahirah. Manalah tahu tiba tiba ada Daniel ke abang dia ke, nanti tak pasal-pasal kena tangkap basah!
"Tak ada, sayang. Tu yang mak minta tolong Syahirah tu. Si Hazman abang Daniel tu, kena balik universiti pagi tadi. Daniel kata dia balik lewat sikit sebab nak melepak dengan kawan-kawan dia. Katanya, universiti panggil mengejut. So, tak ada oranglah. Kiranya, boleh la ni?" tanya Puan Rosniza lagi.
"Boleh lah. Mak letak kunci dekat mana?" Selepas Syahirah dapat tahu keberadaan kunci rumah agam milik Puan Rosniza, dia terus letakkan telefon. Sempat dia memberi salam kepada wanita berusia 40-an itu. Akhir sekalu, dia terus melangkah kaki ke arah rumah agam itu.
"GENG! Aku balik dulu eh," kata Daniel kepada kawan-kawannya. Dia memegang perutnya yang kian memulas.
"Eh, Niel. Kau okay tak? Asal muka pucat semacam je ni?" tanya Akmal kepada Daniel. Daniel hanya menepuk bahu Akmal.
"Aku okay. Perut memulas sikit. Aku nak balik," kata Daniel.
"Bro, kau tak balik sorang ni? Nak aku hantarkan?" tanya Akmal sambil mencapai kunci di atas meja makan itu.
"Tak apa. Aku okay. Sorry wey. Tak boleh lepak lama," Daniel memohon maaf sebelum dia bangun dari kerusi. Setelah itu, dia terus beredar.
"EH? Kenapa pagar tak kunci? Mak kot..." Daniel bersangka baik. Dia terus memarking moto besarnya di dalam garaj.
Daniel terus berlari masuk ke dalam rumah. Perutnya sudah tak tahan!
"MACAM mana eh buka akaun tu? Syahirah, kau tu budak acc takkan tak tahu buku akaun kira-kira tu macam mana?" kata Syahirah. Dia memarahi dirinya sendiri. Baru je dapat keputusan yang cemerlang dalam subjek Account. Takkan tak tahu?
Hampir beberapa minit, Syahirah mencari, dia ternampak buku di atas meja. Syahirah menampar dahinya.
"Bodoh! Depan mata aku je pun! Ya Allah, Syahirah. Cermin mata tu nak tambah power ke hah? Tak cukuplah 600 ke?" Syahirah memarahi dirinya sendiri lagi. Dia terus mencapai buku akaun itu lalu keluar dari bilik Puan Rosniza.
Sebaik saja dia keluar, telinganya menangkap suara orang sedang menyanyi di dalam bilik Daniel. Syahirah mengerut dahi. Aik? Bukan Daniel tak ada dekat rumah ke? Getus hati Syahirah. Bulu romanya meremang.
Syahirah terus melajukan langkahnya untuk turun. Apabila dia sampai di atas anak tangga yang ke dua terakhir, dia dapat dengar orang beri salam dari luar. Syahirah hanya berjalan ke arah pintu itu.
"Waalaikumsalam. Kejap, kejap!" Syahirah terus buka pintu. Dia terkedu apabila beberapa orang lelaki berkopiah berdiri di hadapannya. Syahirah hanya memaniskan dirinya. "Ye, cari sapa?" tanya Syahirah.
"Cik, kami semua datang dari pejabat pencegah maksiat. Kami dapat aduan bahawa ada pasangan bukan muhrim di dalam rumah ni. Boleh tak cik izinkan kami buat pemeriksaan?" salah seorng daripada mereka mula membuka mulut.
"That's impossible. Saya sangat yakin yang saya se..," tidak sempat Syahirah menghabiskan kata-katanya, Daniel muncul.
"Syahirah? Bila kau balik?" Daniel turut terkedu apabila dia memandang lelaki-lelaki itu.
Daniel muncul dalam keadaan bertuala putih hanya menutupi dari paras bawah pusat ke atas lutut. Syahirah bertambah terkedu. Habislah....
TO BE CONTINUED
[ NOOR ADNIN ]
[ TUESDAY, 10 NOV 2020 ]
Share this novel