| • B A B 2 • |

Romance Series 13398

“DANIEL... Kau rasa, berapa ramai eh budak-budak dekat rumah anak yatim Al Firdausi dan Al Husna?” Daniel mengira bilangan dengan jarinya.

“Ramailah.... Dalam 120 orang ke atas lah untuk Al Firdausi. Lelaki dan perempuan sama banyak. Al Husna, 200 maybe. As usual, sama banyak lelaki dan perempuan,” kata Daniel. Dia sendiri pun tidak pasti. Syahirah hanya mengangguk.

“Kita ambil 400 set. Dalam tu, kita letak, mainan, buku, alat tulis, botol air dan bekas makanan. Kau beli lelaki, aku beli perempuan,” Daniel hanya mengangguk. Mereka mula berpecah sambil mencari barang-barang sambil menolak troli. Tapi, tidak sempat Syahirah berlalu pergi, lipatan siku Syahirah ditarik oleh Daniel.

Semenjak mereka dapat gaji pertama mereka, mereka mula mencari rumah anak yatim yang terdekat untuk mendermakan sedikit sebanyak yang mereka mampu. Setiap bulan, Daniel dan Syahirah, memberikan RM5000 seorang, untuk didermakan kepada rumah Anak Yatim Al-Firdausi dan Rumah Anak Yatim Al-Husna.

Setelah memberikan duit itu kepada pihak atasan rumah anak yatim itu, mereka akan luangkan masa dengan anak-anak yatim di situ. Kini, hampir setahun mereka mendermakan kepada rumah anak yatim di situ. Syahirah dan Daniel amat suka dengan telatah anak-anak yatim yang comel belaka itu.

“Kakak, kakak dengan abang ni comellah? Nak panggil mama dan papa boleh? Teringin nak ada mama dan papa.” Soalan itu yang dituju oleh salah seorang anak yatim dan disertai yang selebihnya apabila pertama kali mereka menjejakkan kaki di kedua dua rumah anak yatim itu.

“Mama Syahirah... Mama Syahirah... Papa Daniel baru ingat, semuanya ada 150 orang di Al Firdausi. 75 perempuan, 75 lelaki. Pastu, Al Husna 100 perempuan dan 100 lelaki,” Syahirah mencebik apabila Daniel memanggilnya begitu. I’m only 16 okay! Eh wait. Hampir 17... Tua dah aku... Getus hati kecil Syahirah.

“Dey! Panggilan tu special untuk diorang je!” kata Syahirah sambil merentap tangannya jauh dari Daniel. Daniel mengangkat tangannya sebagai surrender.

“Kau confirm ke? Nanti kurang kang, kesian dekat budak budak yang tak dapat,” Daniel menggaru kepalanya. Betul jugak. Daniel terus mengeluarkan IPhone 11 pro miliknya.

“Buat apa? Jangan bagitau aku, kau nak tanya dekat Cikgu. Kita nak buat supriselah!” kata Syahirah sambil menunding jari tepat pada hidung mancung Daniel. Daniel memandang kuku panjang milik Syahirah itu. Kalau cucuk hidung tinggi aku ni, agak-agak luka tak? Getus hati Syahirah. Daniel merengus. Dia menepis tangan Syahirah.

“Tak. Aku nak tengok balik chat aku dengan Kak Ros. Dia ada tulis senarai tu. Kau pernah chat kak Nia kan? Kau baca balik,” Syahirah hanya mengangguk. Dia mencapai telefonnya yang jenama yang sama seperti Daniel itu.

“Okay. Confirm. Betullah apa yang kau cakap tadi. Kau memang kuat inga..,” tidak sempat Syahirah memuji Daniel, Daniel memotong.

“Aku silap la sis. Al Firdausi, 90 orang lelaki, perempuan 90 orang,” Syahirah menggigit bibirnya. Aduh, baru nak puji.

“So, totalnya, kau beli 190 set for girl. Aku, 190 set for boy. Let’s go!” Syahirah dan Daniel terus berpecah. Mission started!

“HERM... Agak-agak diorang minat warna apa eh?” Daniel menilik kotak pensel yang mempunyai pelbagai corak kartun itu. Mujurlah umur mereka anggaran bayi hingga 12 tahun saja.

Semasa dia sedang sibuk menilik, tiba-tiba,

“EH! Daniel Aiman lah! Jodoh betullah kita!” kata si gadis yang datang entah dari mana itu. Daniel memandang sebelah kirinya.

Terdapat 3 orang perempuan sedang melihatnya sambil melambai mesra. Daniel terus melemparkan senyumannya lalu melambai semula. Selepas itu, dia terus menilik semula kotak pensel itu. Fairy Odd Parents nak ambik tak? Satu lagi, diorang ni, tak tahu lagi ke? Hati aku ni berpihak pada seorang gadis saja? Ouh lupa, tuan punya badan pun tak tahu lagi!

“Babe, jom. Ambil gambar.” kata salah seorang daripada mereka. Mereka terus memanggil Daniel.

“Daniel, nak ambil gambar boleh? Mana tahu boleh tunjuk dekat mak saya. Mana tahu dia suka dengan bakal menantunya ini,” kata-kata itu membuatkan Daniel blushing. Mukanya merona merah. Aduh malu!

“Alahai dia blushing la pulak!” Mereka terus cair apabila melihat wajah Daniel yang tampan itu. Daniel terus memotong. Karang tak potong, makin panjang pulak.

“Awak, awak, sapa nak ambil gambar dulu eh? Saya nak kena cepat ni,” kata Daniel dengan sopan. Tak nak lah lukakan hati peminat.

“Saya dulu!” kata salah seorang gadis. Yang lebihan, terus berdiri lebih jauh. Mereka terus bantu rakan mereka itu mengambil gambar bersama Daniel.

Setelah selesai, mereka terus beredar. Daniel terus mengambil nafas lega sebaik saja mereka beredar.

“Pening kepala aku. Bertabah, Daniel... Eh. Aku nak beli apa tah tadi? Ha, pencil box!” Daniel terus menilik semula. Aduhai, wahai fans... Bagilah abang Daniel korang ni, rehat dari bergambar sekejap. Tak cukup lagi ke tengok camera sebab photoshoot? Getus hati besar Daniel. 

SEBAIK saja jam menunjukkan tepat pukul 5 petang, mereka terus berkumpul di depan kaunter. Tidak sangkalah pulak. Mereka telah menghabiskan masa selama 5 jam dalam mall besar itu.

“Semua cukup ke, Niel?” Daniel memerhatikan barang itu sekali lagi. Karang tak cukup, tak pasal kena tarik telinga dengan mama Irah! Ergh! Daniel tak sanggup!

“Semua cukup. Meh aku bayar,” Syahirah hanya mengangguk. Gajinya memang banyak tapi tidak mampu menandingi Daniel.

Daniel merupakan antara remaja lelaki yang paling popular di IG, Youtube dan Twitter. Syahirah pun popular jugak. Tapi, masih tidak mampu lawan dengan Daniel. Gaji Syahirah sebulan RM20,000 je. Tapi, tu pun kekadang dapat bonus novel. Lainlah, Daniel. RM40,000 sebulan! Fuh! Mengalahkan pengarah drama! Sapa jadi bini Daniel ni, konfirm untung.

TO BE CONTINUE...

Okay guys, tu je kot. Otakkekeringan idea. Insyaallah malam ni, aye post yang diorang pergi rumah anak yatim tu eh? Tata! Jaga diri eh!

Total words : 936 words

Noor Adnin, 
Tuesday, 16 June 2020, 
2:06 pm

Love you

Thank you for all the vote, reader and supporter 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience