" DANIEL! Stop it! " gadis itu melarikan diri dari jejaka tinggi lampai itu. Semakin jauh dia lari, semakin laju langkah Daniel mengejar gadis jelita bernama Syahirah Arqin itu.
Itulah mereka. Syahirah Arqin dan Daniel Aiman. Anda semestinya tahu siapa mereka? Latar belakang mereka? Sini, nak bagitau.
Mereka berdua ialah penulis novel muda yang baru-baru ini telah menerima award penulis novel muda terbaik pada tahun 2020. Dikala usia muda, mereka berdua mampu mencari duit sendiri. Bagi mereka, mereka lebih suka mendapatkan pendapatan sendiri jikalau dibandingkan dengan pemberian ibu bapa. Mereka juga akan lebih berjimat jikalau mereka guna duit mereka sendiri. Sebab apa? Mereka tahu, kalau guna duit ibu bapa, mereka akan membazir tapi kalau ada duit sendiri, mereka akan faham erti susah payah mencari duit. Itu prinsip mereka bersama.
Mereka berdua bukan saja penulis novel termuda usia bawah 18 tahun tapi mereka merupakan penyanyi mash up paling diminati ramai. Instagram, Twitter and every social media networks, tahu mereka.
Kaki Daniel masih belum penat mengejar gadis muda itu. Apabila larian Syahirah tiba di taman rekreasi berdekatan, Syahirah terus bersembunyi di belakang bangku berdekatan.
"Irah! Irah! Irah sayang busuk aku ni! Kau ada dekat mana? Hahahaha! Hey! Keluarlah!" Daniel melilaukan matanya di sekeliling taman itu. Dia juga masih penat berlari. Apa yang penting, dia perlu cari gadis pendek itu dahulu!
Akhirnya, Daniel putus asa. Daniel berdiri tepat di hadapan bangku di mana Syahirah bersembunyi. Dia menutup mulutnya agar tawanya tidak pecah dan menarik perhatian Daniel.
"Syahirah Arqin! Keluarlah! Kau tak nak katak ni kan? Okay, aku lepaskan dia!" Daniel terus melepaskan katak itu.
Doing! Doing! Katak itu lompat melarikan diri ke arah barat. Melarikan diri daripada Daniel. Pasti kepalanya pening akibat di bawa ke mana-mana saja oleh Daniel. Syahirah tersenyum. Dia terus berdiri di belakang Daniel.
"Aku dah lepaskan katak tu so kau...." kata-kata Daniel terhenti apabila tubuhnya ditolak dari belakang. Tapi, dia sempat tarik tangan Syahirah. Mereka berdua jatuh tergolek sambil ketawa di atas padang rumput hijau itu.
"WO! ARGH! MAMA/MAK TOLONG!" jerit mereka berdua serentak. Akhirnya, golekan mereka berhenti berhampiran dengan tasik. Mujur mereka tidak terjerumus masuk ke dalam tasik yang dalam itu. Mereka berdua ketawa dengan riang.
"HAHAHAHAHA!" tawa mereka amatlah kuat sehingga mampu menarik perhatian semua orang di taman itu. Mujurlah wajah mereka agak tidak kelihatan atau tidak, mesti benda yang mereka tidak mahu terjadi akan berlaku. Well, if bestfriend become one, everything will be disaster, right?
"Lawak lah!" kata Daniel dan menyambung tawanya. Dia memalingkan tubuhnya ke kiri agar dia dapat bertembung mata dengan Syahirah. Syahirah sibuk membetulkan tudungnya yang agak serabut akibat pertempuran antara mereka berdua itu. Daniel hanya menggeleng.
"Tak payah betulkan tudung kau. Kau dah nampak cantik pun depan mata aku. Nak cantik depan sapa lagi? Cantik depan aku sudahlah!" Syahirah mencebik. Perasan!
"Sapa cakap aku nak cantik depan mata kau? Nampak cantik depan mata suami aku sudahlah!" kata Syahirah. Mereka berdua terus bangun lalu duduk seperti biasa.
"Suami? Sapalah nak kahwin dengan kau? Cari pasal mampus kena tumbuk dengan kau masa first night! Hahhahah!" Daniel terus ketawa riang. Namun, jenaka Daniel tidak disambut oleh tawa Syahirah. Syahirah terus murung. Daniel terus berhenti ketawa. Dia melabuhkan tangannya di atas bahu Syahirah.
"Aku tahu lah, aku ni tak cantik. Tak ada orang nak. Hodoh pulak tu kan? Kasar perangai macam lelaki. Macam kau cakap, sapalah nak kahwin dengan aku?" kata Syahirah dengan sayu.
Daniel terkedu. Aduh! Mulut! Boleh tak kalau sehari tak celupar? Getus hati Daniel sambil menampar bibir tebal berwarna delimanya. Dia menggoncang lengan Syahirah.
"Syahirah... Syahirah bucuk... Syahirah... Bucuk aku... Girlfriend aku ni... Janganlah majuk, baby..." Syahirah masih dengan rajuknya. Syahirah memeluk lututnya lalu menyebam wajahnya ke kiri agar tidak bertentangan dengan Daniel.
Daniel mengetuk dagunya. Dia memandang rumput. Dia nampak satu kuntum bunga tumbuh berdekatan dengannya. Dia terus mencabut bunga itu lalu dihulurkan pada Syahirah.
"Sayang.... Janganlah majuk... Look what I have for you," Syahirah masih belum berikan tindak balas. Daniel terus berjalan ke arah yang Syahirah berpaling. Dia terus berikan bunga kecil itu tepat pada wajah Syahirah. Syahirah terus mencapai. Daniel tersenyum.
Syahirah terus berpaling ke arah Daniel. Daniel merangkul bahu Syahirah. "Biarlah kau ni kasar ke lembut ke..," Daniel mencuit hidung Syahirah dan menerbitkan senyuman di bibir gadis itu.
"Aku akan ada untuk kau. Sebab apa? Sebab aku sayang kau. Macam adik aku. Biarlah tak ada orang nak kahwin dengan kau pun, aku sanggup kahwin dengan kau," kata Daniel. Syahirah memandang Daniel sambil mengecilkan matanya.
"Betul? Betul kau sanggup kahwin dengan aku? Eleh! Cakap tak serupa bikin! Entah entah, sejam sebelum nikah dengan aku, kau dah lari dari rumah," kata Syahirah sambil menunding jari ke arah Daniel.
"Sapa cakap? Kalau betul seseorang tu, sayangkan orang tu, dia sanggup. Betul tak? Kau jangan bagi aku keluar ayat novel. Tapi, yang aku cakap ni, betul. Aku boleh je nak kahwin dengan kau," kata-kata Daniel disambut oleh senyuman manis di bibir munggil Syahirah.
"My liar boy!" Syahirah terus berlari daripada Daniel sebaik saja mencuit hidung mancung Daniel. Aish! Takut kena ngap dengan jejaka dingin itu! Syahirah melemparkan senyuman.
"Hey! Don't run!" jerit Daniel sambil bangun dari duduknya.
"Try to catch me if you can, Mr. Novel!" jerit Syahirah dari jauh selepas itu meneruskan lariannya.
"Don't regret!" Daniel terus mengejar Syahirah. Dia terfikir kata katanya sebentar tadi. Dia tersenyum.
"Of course I will marry you. Because... You are my first love, Syahirah Arqin. One day, I will make sure, you will be mine. Tasik ini, menjadi saksi setiap kata-kata aku hari ini, Syahirah," Daniel terus memulakan lariannya.
"Try to catch me, loser!" jerit Syahirah dari jauh.
TO BE CONTINUE... .
Total words : 1013 words
Noor Adnin,
Tuesday, 16 June 2020,
1:40 pm
Love you.
Thanks for all the vote, reader and supporter.
Share this novel