Untitled

Romance Series 13398

Hello! I'm back! Mcm mana? Previous chapter? Sedih tak? Tak apa... kalau tak sedih, Noor kasi lebih sedih! MUAHAHAHAHA! By the way, selamat hari raya maaf zahir batin.

"OUH, macam tu lah ceritanya?" Syahirah mengangguk sebagai jawapan kepada soalan Daniel sebentar tadi. Syahirah menangis sambil kaki terletak sila panggung.

STRUT!!! Syahirah menampar bahu Daniel bagi meminta lagi tisu untuk dirinya. Daniel menarik lagi tisu daripada kotak besar tapak tangan itu. Syahirah terus ambil lalu mengelap hidungnya. Daniel mengelap air mata Syahirah. Haiya... manyak nangis oo...

"Aku langsung tak sangka. Yang aku boleh luahkan segala yang aku rasa, dekat family aku camtu! Aku tak pernah terfikir!" Daniel hanya mengangguk.

"Sabar. Allah bagi ujian dekat kau. Allah bagi ujian tu sebab Allah tahu kau orang yang kuat," Syahirah mengelap lagi air matanya yang laju mengalir.

"Kalau aku kuat, kenapa aku tak luahkan segalanya dari awal lagi?" Daniel hanya tersenyum. Dia menarik tangan Syahirah dan diletakkan kedua-dua tangan gadis itu di atas riba. Daniel menyeka air mata gadis itu menggunakan kedua-dua ibu jari panjangnya. Syahirah ni, sekali menangis, 10 timba pun belum tentu cukup.

"Sebab, kau tu orang jenis sabar. Orang kata apa, kau diam. Netizen kecam kau, kau diam. Tapi, sekali kau hilang sabar, singa jantan pun lari lintang pukang tak cukup tanah. Malu dia dekat singa betina yang cuba dingorat," Syahirah terus tersenyum dengan jenaka Daniel. Syahirah terus tumbuk lengan sasa Daniel dengan lembut.

"Kau memang pandai bagi aku tersenyum kan, Daniel? Macam manalah, orang yang baik macam kau ni, boleh dapat kawan macam aku? Sepatutnya kau dapat yang lebih baik. Yang setaraf dengan kau," Daniel menggeleng. Kedua-dua tangan Daniel masih kekal di pipi pau Syahirah. Mata mereka bersabung.

"Kau lupa? Janji kita 5 bulan lepas? Pada tanggal 27 Jun?" Syahirah menggeleng dengan senyuman. Dengan serentak, mereka katakan bersama,

"We are bestfriends forever. Kami janji, kami akan selalu bersama. Sentiasa bersama di kala duka dan bahagia. Di kala pahit dan manis. Di kala susah ataupun senang. Kawan baik yang selalu menyokong antara satu sama lain. Kami janji, selagi nafas masih dikandung badan, akan tetap bersama. Sehingga akhir nafas. Tak kiralah, hodoh, cantik, tinggi, pendek, kaya, miskin tapi kami sama. Hati, sentiasa saling menyayangi. Sahabat yang kekal hingga akhir hayat." mereka akhiri kata janji mereka dengan senyuman. Daniel menarik kepala Syahirah agar menyebam di dada bidangnya. Syahirah memeluk Daniel dengan erat.

Tanpa jejaka ini, tidak mungkin dia mempunyai semangat yang kuat seperti sekarang. Jejaka ini, sentiasa bersama dengannya di kala susah ataupun senang. Jejaka yang sentiasa menjadi shining armournya. Sentiasa menjaga dirinya daripada apapun. Jejaka ini lelaki pertama yang menambat hati ibu bapanya. Lelaki yang dipercayai oleh mama dan abahnya. Setiap janji yang jejaka itu pegang, akan dia kotakan sehingga akhir nafas. Termasuklah janji yang diamanahkan oleh Pn.Gayah dan En.Arman untuk menjaganya. Daniel kotakan sehingga sekarang.

"Kau kena ingat satu je. Aku kawan dengan kau, sebab aku tahu. Aku yang pilih kau. Aku tahu, kau lah kawan yang terbaik dengan aku. Buktinya, kau sampai sekarang still kawan dengan aku. Even, dulu kau benci giler dengan aku. Betul tak?" Syahirah mencebik. Dia terus tumbuk dada lelaki itu.

"Dulu je, sekarang ni, aku sayangkan kau. Sangat!" Sebab kau cinta hati aku. Tapi itu hanya disambung di dalam hati. Tidak mungkin jejaka seperti Daniel akan jatuh cinta dengan dia.

"Aku pun sayangkan kau. Sebab, kau tu, bucuk aku!" kata Daniel dengan ikhlas. Syahirah merupakan gadis pertama yang dia pernah peluk selain daripada keluarganya sendiri. Begitu juga Syahirah.

"Dah. Tak mo nangis-nangis. Tak cumil dah," Syahirah mengangguk dalam pelukan Daniel.

Daniel please... jangan tinggalkan aku... aku sayang kau...

"SYAHIRAH dengan Daniel jaga diri tau dekat sana. Jaga solat!" Daniel mencebik. Kami pergi seminggu jelah. Bukannya bertahun.

"Iye tahu, mak. Kami pergi seminggu jelah. Bukannya bertahun," kata Daniel sambil menyalam tangan tua Pn.Rosniza. Pn.Rosniza mengusap lembut kepala anaknya itu. Anak manja sorang ni!

"Iyelah. Apa pun, jaga diri kamu tu elok-elok," Daniel hanya mengangguk bersama senyuman. Senyumannya hanyalah special untuk keluarga dan orang tersayang. Contohnya, Syahirah lah. Sapa lagi?

Sementara itu, Syahirah sedang bersalaman dengan keluarganya. Air mata memang bercucuran jatuh. Mungkin kerana teringat akan kejadian malam yang penuh hiba itu.

"Mama, abah, kakak-kakak, Irah pergi dulu eh? Maafkan segala salah silap, Irah. Mana tahu, ini kali terakhir Irah jumpa korang," air mata jernih gadis itu bercucuran jatuh. Mereka semua berpelukan.

"Tak. Irah tak buat salah pun dengan kami. Kami yang banyak buat silap. Maafkan kakak eh, Irah..," Syahida memeluk tubuh adiknya dengan erat.

"Tak. Korang tak pernah buat salah dengan Irah. Korang nak yang terbaik untuk Irah. Niat korang baik," Syahirah menangis lagi. Daniel hanya memerhatikan dari jauh. Daniel nampak panggilan isyarat daripada Pn.Gayah dan En.Arman. Daniel hanya berjalan ke arah mereka. Mereka bertiga turut bersalaman. Begitu juga dengan kakak-kakak Syahirah. Sementara Syahirah sedang bersalaman dengan dua orang anak suadaranya.

"Aunty, where are you going? Can I follow you?" Iris Marisa yang berada dalam dukungan Syahirah dikucup. Syahirah memandang anak saudaranya yang berusia 5 tahun itu.

"Laila, aunty ada kerja. Laila tak boleh ikut. Laila kena duduk dengan mommy and papa. Okay?" Laila Safiyya hanya mengangguk. Syahirah mengucup kedua-dua anak saudaranya itu. Sungguh dia amat menyayangi anak saudaranya. Meskipun perasaan marahnya terhadap ibu mereka masih ada, dia tak membenci anaknya bukan? Kanak-kanak itu tidak bersalah. Lagipun, dia amat sayangkan kakaknya yang sulung.

"Panggilan terakhir untuk pesawat ke KLIA." mereka terus mempercepatkan langkah. Daniel dan Syahirah berjalan memasuki gerbang. Sudah tiba masanya untuk mereka beredar.

"DANIEL, diorang dah panggil kita masuk," Daniel hanya mengangguk. Bagasinya ditarik. Dia terus berjalan seiring dengan Syahirah. Daniel memasukkan sesuatu ke dalam poketnya sementara dia mencapai dompetnya yang mengandungi tiket kapal terbang. Tiket diambil dengan cermat dan diberikan kepada security guard. Apa yang dia tahu sekarang, dia hanya cepat sampai.

"MENGANTUKNYA..." Daniel yang sedang baca novel itu terus menoleh ke arah Syahirah.

"Tidurlah. Nanti sampai aku kejutkan kau," Syahirah mengangguk. Pillow neck dicapai lalu dia melabuhkan kepalanya. Tidak lama selepas itu, Syahirah sampai ke ruang mimpi.

Sebaik saja Daniel dengan dengkuran halus Syahirah, dia terus tutup novelnya lalu diletakkan ke dalam beg semula. Pillow necknya dicapai dan diletakkan di belakang lehernya. Dia memegang poketnya dan memikirkan sesuatu. Lengannya diletakkan di atas dahi.

"Daniel janji, mama, abah. Daniel akan jaga Syahirah sama macam Daniel jaga nyawa Daniel. Daniel sayangkan Syahirah," Daniel mengeluarkan dua utas gelang perak daripada poketnya. Kedua-dua gelang itu, terukir nama mereka. Daniel memeluk dua utas gelang itu dadanya. Dia terimbas kembali kata-kata mama dan abah Syahirah.

Flashback....

"Tolong jagakan, Syahirah. Jangan biar air mata dia menitis lagi," kata Pn.Gayah.

"Ambik gelang ni. Kami beli di mall semalam. Ambik ni, sebagai restu daripada kami. Kalau memang betul, Syahirah tu jodoh kamu satu hari nanti, jagalah dia. Sayangi dia. Jangan biar dia menitis air mata lagi. Kalau Irah jumpa jodoh dia, serahkan cincin ini kepada dia. Ini amanah kami buat kamu," kata Pn.Gayah lagi.

"Kami sayangkan dia," En. Arman berkata lagi. Daniel mencapai dua utas gelang dan cincin itu lalu digenggam. Dia terus menyalam Pn.Gayah dan En.Arman dengan penuh kasih. Dia mengucup tangan tua itu.

"Daniel janji. Daniel akan jaga Irah. Seperti mana, Daniel jaga diri, Daniel. Daniel takkan hampakan mama dan abah," Daniel mengukirkan senyuman di bibirnya.

End flashback

Daniel terus mengiring lalu memandang wajah polos Syahirah yang sedang tidur nyenyak itu. Dia tersenyum.

"Aku janji. Aku akan jaga kau. Ya Allah, kau jadikan dia jodohku. Agar aku mampu kotakan janjiku. Aamiin..." Daniel terus melelapkan matanya. Dia juga turut di dunia mimpi.

To be continue...

What do you guys think about this chapter? Tell me in the comment. Enjoy!

Total words : 1285 words

Noor Adnin,
Friday, 29 May 2020,
4:47 pm

Love you ??

Thanks to all the voters, viewers, readers and supporter ??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience