"IRAH? Apa kau buat dekat sini? Nangis sensorang?" tanya Faridz kepada Syahirah yang sedang memeluk lutut sambil mengalir air mata itu.
Syahirah terus mengangkat kepalanya dan memandang Faridz. Faridz melutut mula bertanya, "Irah, cuba jawab soalan aku. Jangan senyap je," Syahirah menangis lagi. Dulu, Daniel akan peluk dirinya dan menyelesakan dirinya di dalam pelukan suaminya. Sekarang, suaminya yang buat dia menangis. Sapa yang nak peluk dia?
"Da... Daniel," Faridz hanya mengangguk. Dengar saja nama kawan baiknya itu, dia dah tahu sebabnya.
Semenjak dia bercinta dengan Jessica, dia suka sangat sakitkan hati Syahirah. Isterinya sendiri! Layan perempuan lain lebih daripada isteri sendiri. Dia pun sudah penat untuk menasihati Daniel.
"Aku pun tak faham dengan perangai korang laki bini. Sorang ke situ, sorang ke sini. Dulu, korang janji apa? Nak setia sampai hujung nyawa. Sekarang? Hampeh. Mati pun belum dah macam ni." gadis itu menangis dengan esak.
Faridz menggaru kepalanya. Baik aku senyap kalau aku buat dia makin menangis. Getus hati Faridz.
"Dia cakap, dia akan setia dengan aku walau apa pun salah aku. Aku sendiri pun tak pasti, dia sayang aku atau tak. Rasanya, rasa cinta dia terhadap aku, dah hilang agaknya. Aku pun dah rasa sakit untuk teruskan perkahwinan ni. Aku rasa nak bercerai. Secepat yang mungkin," Faridz terkedu.
Dia tahu yang Daniel dan Syahirah akan bercerai sebaik saja tamat PHD. Tapi, dia agak terkejut kalau Daniel dan Syahirah nak bercerai secepat yang mungkin.
"Syahirah, fikir baik-baik. Fikirkan tentang Mak Cik Rosniza kalau dia dengar ni. Lagipun, rumah tangga kau dengan Daniel, masih boleh diselamatkan. Kalau korang berdua ni, berbincang ba..," Syahirah terus bangun dengan laju dan berkata,
"You doesn't understand anything, Faridz! Kau nampak tak? Hubungan aku dengan Daniel, memang tak mampu nak diselamatkan! Dia dah sukakan orang lain! Dia tu, tunggu masa nak bawa Jessica balik rumah je and masuk meminang. That's time, rumah tangga aku dan Daniel, memang dah benar-benar hancur!" Faridz menggeleng. Susah betul dia nak pujuk Syahirah Arqin.
"Why not, kau cuba pikat dia?" kata Faridz sebaik saja berdiri. Syahirah memandang Faridz.
"How?"
?? FLASHBACK ??
"KINI, sudah tiba masa untuk kita merasmikan novel kedua Daniel Aiman dan Syahirah Arqin!" Daniel terus bangun dari kerusi dan memandang Syahirah yang sedang duduk di atas kerusi di sebelahnya. B
Sebelum Syahirah bangun, dia menghulurkan tangan. Mujurlah, Daniel memakai sarung tangan berwarna putih di sebelah kanan saja. Syahirah juga turut begitu.
Mereka memakai begitu kerana arahan pihak producer. Syahirah menyambut tangan Daniel dan terus bangun dengan berhati hati dengan dress hitam putih yang cantik itu.
Daniel dan Syahirah terus berjalan ke arah pentas. Sememangnya, mereka berdua merupakan pasangan yang paling diminati ramai. Dalam dunia penulisan novel, ramai orang meminati mereka. Bukan saja mereka kelihatan pasangan yang secocok malah mereka mempunyai hubungan persahabatan yang diingini ramai.
Semasa pertama kali muncul dalam industri seni, ramai orang salah sangka bahawa mereka berdua kembar. Bila diterangkan bahawa mereka adik beradik mahupun kembar, dia salah sangka pula bahawa mereka pasangan bercinta. Pening kepala mereka berdua. Bila diterangkan sekali lagi, barulah netizen faham. Nasib....
Dari situlah, pihak producer mendapat idea untuk membuat kemunculan ini.
Sebaik saja, Daniel dan Syahirah sampai di atas pentas, mereka berdua terus dapatkan microphone.
"Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan salam sejahtera. Sempena hari pelancaran novel kedua saya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga, para sahabat handal dan peminat. Begitu juga, Team Daniel Fabulous dan Danirah Lovers. Ribuan terima kasih saya ucapkan. Untuk novel kali ni, saya harap para pembaca dapat enjoy. Maaflah kalau ada serba kekurangan. Sebab, novel kedua kali ini, merupakan novel cinta saya yang pertama. Sekali lagi saya mohon maaf," Daniel mengakhiri ucapannya dengan senyuman.
Penonton yang berada di dalam dewan itu, menepuk tangan dan bersiul. Daniel menyerahkan microphone kepada Syahirah pula.
"Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Saya juga turut ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang pernah mendoakan kejayaan saya. Terutama sekali, keluarga, sahabat handal dan semua orang. Terima kasih atas segala sokongan anda. Begitu juga, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Team Syahirah Marvelous dan Team Danirah Lovers. Ribuan terima kasih saya ucapkan. Saya juga ingin memohon maaf atas segala kesilapan dengan novel kali ni. Selain itu, saya juga ingin menjemput anda semua ke Butik saya yang bakal dibuka di Pavilion tak lama lagi. Sekian." Syahirah turut menonjolkan senyuman.
Semua peminat menepuk tangan dengan gemuruh. Daniel dan Syahirah posing sebentar di atas pentas itu. Mereka juga membentukkan tangan mereka agar menjadi bentuk love.
"Sekarang, meh kita lancarkan novel kedua mereka," kata Pengacara pula sebaik saja mengambil microphone daripada Syahirah.
"SYAHIRAH! CONGRATULATIONS!!!" Syahirah terus menoleh ke belakang.
Sepupunya, Aiqal bersama Aiman dan Irwan, muncul di belakang Syahirah. Aiqal terus menyerahkan sejambang bunga kepada Syahirah.
"Ya Allah. Thank you so much. Korang datang bertiga je ke?" Aiqal mengangguk.
"By the way, mama dan papa kirim salam. Diorang tengah uruskan restoran. Golongan Dato' dan Datin datang. Memang busy teruklah." Syahirah mengangguk. Siapa yang mereka maksudkan itu, sememangnya Syahirah kenal. Mak Long dan Pak Long.
"Okay, okay. Makan lah. Takkan duduk saja." Mereka bertiga terus duduk di tempat yang disediakan.
"THERE goes is alarm. Ringing in my head..." Syahirah terus membuka beg tangan galas tepinya.
"Dah sapa pulak call? Tadi mama call," Syahirah terus angkat.
"Hello, assalamualaikum..."
"Waalaikumsalam. Ini, Cik Syahirah Arqin ke?"
"Ye saya. Ini siapa ye?"
Tiba tiba, Daniel muncul di sebelah Syahirah. "Sapa tu, Irah?" dia dapat lihat wajah Syahirah pucat seperti mayat. Tidak lama kemudian, Syahirah terus pengsan ke dalam pelukan Daniel. Mujurlah jejaka itu sempat tangkap tubuh Syahirah.
Jamuan di dewan mewah itu mula kecoh apabila Syahirah pengsan. "Astarfirullahhalazim! Syahirah! Bangun! Someone! Call ambulance!" Daniel mula menjerit. Dia terpandang telefon IPhone 11 pro milik Syahirah.
Terdapat retakan sedikit pada skrin telefon mahal itu. Daniel mencapai telefon itu. Dia terus lekapkan pada telinganya.
"Hello. Ni siapa? Saya Daniel Aiman. Syahirah Arqin pengsan."
"Ouh, ye ke? Tak apa. Sebenarnya, saya ada dua berita buat Cik Syahirah. Satu berita baik dan satu berita buruk."
"Okay, apa beritanya?"
"Saya dari pihak hospital di Penang. Satu beritanya, seluruh ahli keluarga cik Syahirah telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. Saya harap, Cik Syahirah boleh ambil mayat ahli keluarganya pada esok hari." Daniel terkedu. Mereka... Dah meninggal?
"Manalah kami dah tiada nanti, tolong jagakan Syahirah eh?" Daniel teringat kembali akan pesanan Puan Gayah sebentar tadi.
Ya, dalam beberapa minit yang lalu, Puan Gayah menelefon Daniel dulu sebelum dia menelefon Syahirah.
"Be.. berita keduanya?" Daniel menunggu berita keduanya.
"Hal ini saya tak sempat nak beritahu Cik Syahirah sebelum dia pengsan. Alhamdulillah, Puan Rogayah masih terselamat. Keadaannya agak kritikal. Dia berharap sangat, dia dapat bertemu Cik Syahirah buat kali terakhir. Mengikut keadaannya, kami dapat agak, Puan Rogayah mungkin dah tak ada masa," Daniel terus menamatkan panggilan.
"Daniel, ada apa ni? Kenapa Irah pengsan?" Irwan terus menarik Syahirah ke dalam pelukannya.
"Abah, along, angah... Semuanya... Diorang.. dah tak ada..." mereka terus terkedu.
"Ya Allah, kau rahmatilah roh mereka. Kau selamatkanlah Mama Gayah. Aamiin," getus hati Daniel sambil mencempung tubuh Syahirah untuk dimasukkan ke dalam ambulans.
TO BE CONTINUED....
[NOOR ADNIN, 2020]
[23/08/20]
[1125 WORDS]
Share this novel