| • P R O L O G • |

Romance Series 13398

"SYAHIRAH suka Daniel! Hahaha!" Syahirah menutup telinganya rapat.

Daniel Aiman hanya membiarkan. Dia memandang Syahirah.

'Heh? Takkan macam tu pun kau nak terasa?' Getus hati Daniel lalu meneruskan kerja sekolahnya.

Ayat itu diulang berkali. Marah... Hanya itu yang dia rasa. Ya Allah... bila benda ni nak berakhir? Getus hati kecilnya.

"Senyap boleh tak?" Kata Syahirah dengan nada berbaur jerkahan. Mujurlah tahun ini merupakan tahun terakhirnya di sekolah rendah itu. Tidak lama lagi dia bakal menghadapi peperiksaan besar iaitu UPSR.

Daniel hanya mengabaikan kata-kata mereka. Dia tidak mahu perkara remeh seperti itu mengganggu pelajarannya.

Syahirah masih menutup telinganya. Sumpah dia katakan yang, dia tidak pernah sukakan lelaki bernama Daniel Aiman. Kanak kanak berusia 12 tahun itu hanya mampu diam. Meskipun perkara itu amat kecil bagi si kecil berusia 12 tahun tapi ia amat memberi kesan yang mendalam kepadanya.

SYAHIRAH memandang sekolah barunya. Dia tersenyum. Meskipun dia hanya dapat 4B 2C dalam UPSR, namun dia dapat menjejakkan kaki ke sekolah yang cemerlang ini. Mengikut syarat, sekolah ini memerlukan 4A ke atas. Disebabkan, Syahirah antara pelajar yang merupakan lahir pada tahun batch 04, sekolah itu menurunkan gred. 3B ke atas.

Satu lagi kegemaran Syahirah di sekolah itu, TIADA. LELAKI. Dengan itu, Syahirah tidak perlu alami perkara yang sama di sekolah rendah. Dia sudah tidak larat untuk hadapi perkara yang sama.

"SYAHIRAH... Syahirah... Syahirah! Kau dengar tak aku panggil kau ni?" Kata si jejaka kepada Syahirah. Syahirah terhinjut bahu. Dia memandang jejaka itu. Jejaka yang sama. Jejaka yang menyebabkan dirinya berubah perwatakan. Daripada seorang gadis yang lemah lembut perwatakan, kepada seorang gadis yang kasar perwatakannya. Daniel Aiman. Kenapa kasar? Sebab dia tak suka sikap yang lembut seperti dulu lagi. Disebabkan sikap yang lembut, dia tidak kuat untuk lawan sesiapa. Menampakkan dirinya lemah!

So? Untuk apa dia perlu jadi lemah lembut? Biar semua orang takut dengannya. Itu lebih menyenangkan hatinya.

"Syahirah... Look. Aku pakai gelang yang kau bagi dekat aku, tiga bulan lepas. Kau ingat tak? Masa kau cakap, kau nak minta maaf dekat aku. Atas segala salah silap kau. Ingat kan?" Syahirah mengangguk. Dia tidak boleh membencikan lelaki itu. Bukan salah dia. Jadi, tidak salah kalau dia terima pelawaan lelaki itu untuk menjadi kawannya bukan?

"Ye aku dengar. Aku okay kawan dengan kau. It will pleasure to be friend with you. Sorry, sebab aku putuskan persahabatan kita masa tahun 4 dulu." Daniel mengangguk.

"Aku pun minta maaf jugak. Sepatutnya, aku sebagai kawan, tampil. Tanya kau. Mana tahu aku ada buat salah. Bukannya undur diri macam tu. Sorry eh?" Kata kata Daniel di balas dengan anggukan.

"Alhamdulillah.... Berbaik jugak korang... Aku fikir, sampai kiamat korang takkan berbaik!" Kata Qistina. Daniel dan Syahirah memandang satu sama lain. Mereka senyum.

Semenjak daripada itu, Daniel dan Syahirah menjadi sahabat yang tidak mampu dipisahkan. Walau dimana Syahirah berada, Daniel sentiasa menjaga gadis tomboy itu seperti adiknya.

Setiap lelaki yang datang dekat dengan Syahirah, pasti akan dimarahi Daniel. Dia tahu, Syahirah merupakan seorang tomboy dan Syahirah sering bagitau agar Daniel tidak terlalu over protective. Tapi, apa kata Daniel,

"No matter what, aku kawan kau. Aku akan selalu jaga kau."

Kalau sang jejaka datang sebagai kawan, dia turut menerima sebagai kawan. Kalau sang jejaka datang sebagai musuh, he will be a knight for his queen ??
TO BE CONTINUE..

Ok tak prolog? Actually, prolog just nak bagitau, macam mana Daniel dan Syahirah ni jadi kawan. Selain daripada tu, Noor ada jugak bagitau dalam ni, macam ni, Syahirah boleh jadi tomboy. For prolog maybe x best. Tapi, Noor will try the best for the first chapter. Maybe esok lepas subuh. Ok bye! ??

Total words : 615 words

Noor Adnin,
Tuesday, 20 May 2020,
1:34 pm

Love you ??

Thank you for all the vote, reader and supporter ??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience