SYAHIRAH menyendiri dalam biliknya selepas selesai urusan pengebumian ahli keluarganya itu. Nangis tidak. Senyum tidak. Cakap pun tidak. Apa yang dia buat, termenung sendiri. Hakimi, sepupu Syahirah turut pusing dengan perangai Syahirah. Makan pun dia tak nak.
"Kim, macam mana Irah?" tanya Aiman, abang kepada Aiqal. Di tangannya, dia membawa dulang besar berisi makanan dan minuman. Sebelum dia sampai ke dapur, boleh juga dia bertanyakan tentang Syahirah kepada Aiqal yang sedang berdiri di hadapan milik Syahirah.
"Still the same. Senyap je dia. Makan pun tak nak. Cakap pun tak ada. Tidak, dia sebelum ni, dengan aku, cakap celoteh! Mulut tu, pok pek pok pek! Ni, aku try cakap dengan dia, siap buat lawak dekah lagi, dia senyap je. Rasa terpalau aku..." Aiman menggeleng.
"Tak apa. Biar aku try cakap dengan crush kau tu. Pandai-pandai la aku pujuk dia," Aiqal mengangguk. Aiman menghulurkan dulang itu kepada Aiqal. Jejaka kurus itu terkedu apabila dulang itu sampai di tangannya. Berat!
"Oi! Setan! Kau bawa macam mana! Berat nak mampus!" tanya Aiqal separa menjerit. Aiman menggeleng. Dia menampar lengan berototnya.
"Did you see this biceps? Itulah kau, aku suruh bina biceps, kau kata tak nak gemuk. Macam ni, ada hati nak mengorat Syahirah? Peh! Kalah kau! Daniel yang muda dari kau pun lagi besar otot dia," kata Aiman sebelum masuk ke dalam bilik Syahirah.
"Eh, eh. Dia mengata dekat aku. Dia dengan Daniel, dia kalah. Daniel tu dah la model. Badan mengalahkan, balak. Sekali terhantuk, memang benjol." bebel Aiqal sambil berjalan ke arah dapur.
"IRAH..." Aiman melabuhkan punggungnya di atas katil di sebelah Syahirah.
Senyap. Syahirah menyandarkan kepalanya di dinding. Tangannya memeluk bingkai gambar keluarganya. Aiman cuba mengambil bingkai itu daripada Syahirah namun gadis itu memegang ketat bingkai gambar itu. Aiman menerima renungan tajam daripada Syahirah.
"Irah, meh makan. Tadi, semua orang dah makan. Diorang semua lapar sangat. Tapi, abang ingat, abang nak tunggu Irah. Irah sayang, jom," Syahirah senyap. Aiman menarik tangan Syahirah tapi gadis itu hanya kekal di tempat duduknya.
"Abang! Irah tak nak! Irah nak family Irah! Iangan ganggu Irah!" Syahirah memberontak sambil menangis. Dia tolak badan sasa Aiman agar jauh darinya. Haikal tersenyum. Cakap pun!
"Ha, cakap pun. Irah sayang, jom. Temanlah abang makan. Tak kesian ke dekat abang? Abang lapar tau. Kurus abang nanti. Irah nak tengok ke, abang yang sado macam balak ni jadi lidi penyapu lidi?" Aiman memonyokkan mukanya.
"Abang boleh je kan ajak orang lain? Dah kenapa nak ajak Irah? Abang, sudahlah! Jangan ganggu, Irah! Irah takkan makan selagi family Irah tak kembali ke pangkuan Irah," Aiman terkedu. Aiman hampir mengamuk apabila Syahirah berkata begitu.
'Sabar, Aiman. Sabar'
Dia melabuhkan punggungnya di hadapan Syahirah. Dia mencapai pipi Syahirah.
"Irah. Apa Irah cakap ni? Family Irah dah tak ada! Allah dah ambik diorang. Irah kena redha. Irah tak boleh macam ni. Kalau Irah buat perangai macam ni, macam mana arwah nak tenang?" Syahirah menepis tangan Aiman.
"Memang diorang dah tak ada, tapi, boleh je kan Irah nak ikut diorang?" Aiman terus bangun dari katil lalu menjerit,
"IRAH! APA IRAH CAKAP NI?!" Syahirah terkedu apabila dia dijerkah oleh Aiman. Tidak pernah lelaki itu meninggikan suaranya kepada Syahirah. Aiman selalu berlembut dengan Syahirah. Selalu manjakannya. Tapi, kenapa hari ni, lelaki itu senang senang saja meninggikan suara kepadanya?
Syahirah terus bangun dari katilnya dan menghadap Aiman. Dia memandang Haikap dengan mata berkaca. "Abang memang tak sayangkan Irah! Abang tak pernah! Abang tak rasa apa yang Irah rasa! Abang tak faham!" Aiman memandang Syahirah dengan tergamam. Sungguh dia tidak pernah lihat tindakan ganas Syahirah sebegini. Sebelum ini, Syahirah amatlah lemah lembut dengannya meskipun hati diselubungi kesedihan.
"Irah..," Syahirah menolak tubuh Aiman agar keluar dari bilik.
"Keluar!" BAM! Syahirah menutup pintu biliknya dengan kuat. Dikunci sekali.
"Irah! Buka pintu ni, Irah! Irah! Please!" TUK! TUK! Aiman mengetuk pintu bilik Syahirah tanpa menghiraukan bunyi ketukan yang kuat mampu menarik perhatian orang lain. Walaupun pintu dikunci, dia dapat dengar dari luar bilik itu, suara tangisan dan jeritan Syahirah yang amat kuat.
Aiman buntu. Dia tidak tahu nak buat apa. Tiba-tiba, dalam kepalanya, muncul satu nama.
"Daniel Aiman."
"IRAH still sama? Mengamuk? Dia kata apa? Nak ikut family dia? Ya tuhan... tak apa. Esok aku jumpa dia. Okay. See you tomorrow. Assalamualaikum," TET! Daniel menamatkan perbualannya dengan Aiman.
Dia membaringkan tubuhnya di atas katil empuk biliknya selepas menanggalakan t-shirt hitam dari tubuh sasa miliknya. Terserlah badan yang berotot miliknya. Fikirannya melayang memikirkan tentang Syahirah. Syahirah, kenapa kau jadi macam ni?
Sesekali, dia memandang gelang dan cincin pemberian arwah Pn. Gayah untuk Syahirah dan dirinya.
"Jaga dia eh sayang... Jangan biarkan air mata dia menitis lagi"
Air mata Daniel menitis apabila dia teringat tentang arwah Pn. Gayah dan suaminya. Dia akui. Meskipun mereka berdua bukan ibu bapa kandungnya, dia amatlah menyayangi mereka. Mereka sentiasa melayan dirinya seperti anak sendiri.
'Mama, abah, I'm gonna miss you guys so much and I will never forget about you too. Along, angah, Syahida and Sarah. I will never forget about you. I'm promise. I will take care of Syahirah, just like I took care of myself.' getus hati Daniel.
Daniel terpandang gelang, rantai dan cincin pemberian kedua-kedua orang tua Syahirah. Daniel terfikir sebentar. Dia memetik jarinya.
"God! I know what to do!" Daniel mencapai tiga barang kemas itu lalu memulakan kerjanya.
"ASSALAMUALAIKUM!" Aiman dan Aiqal memerhatikan Daniel yang baru saja masuk ke dalam bilik Syahirah. Mereka? Mana nak beraninya! Syahirah nampak mereka berdua pun, mengamuk macam nampak hantu! Nak memujuk? Itu kita serahkan pada abang Daniel.
Tiba-tiba, WUISH! Bantal kepala melayang tepat pada kepala Daniel. Mujurlah Daniel sempat mengelak. Tapi, malangnya, bantal itu, terkena pada kepala Aiqal yang sedang bersembunyi di belakang almari.
"Aduh!" Aiqal mengaduh apabila bantal itu mengenai kepalanya. Bukannya bantal itu keras pun tapi disebabkan Syahirah baling dengan segala kekuatan yang ada, jadi kuatlah jadinya.
"Wu! Pandai kau baling! Boleh masuk olimpik!" Syahirah menjuling matanya ke atas apabila telinganya menangkap jenaka Daniel.
"Apa kau buat dekat sini? Nak yakinkan yang family aku dah tak ada?" Daniel melabuhkan punggungnya di depan Syahirah. Dia memandang Syahirah yang masih lagu berbusaja jubah hitam yang masih belum ditukar semenjak semalam. Meskipun belum mandi, bau wangi dari badan Syahirah, masih belum hilang.
"Peh! Busuknya. Kau dah mandi ke belum ni. Masyam!" Syahirah menjuling matanya ke atas. Daniel menambah, "Kalau kau tak nak mandi, meh aku mandikan? Nak? Aku rela ha..," BUK! Syahirah menendang peha sasa Daniel. Daniel terus terlutut.
Aiqal dan Aiman sudah ketawa terbahak-bahak apabila Daniel ditendang sebegitu oleh Syahirah. Mujurlah mereka ketawa tak keluar suara. Kalau keluar suara tu, rasanya, Syahirah baling lampu meja pulak pada mereka. Mau lebam sebulan!
"Adeh. Sakit, sayang. Sorry, sorry. Tak busuk dah. Wangi-wangi. Bau seperti lavender. Wangi gitu," Syahirah menjuling matanya lagi. Sudah penat dengan jenakan Daniel.
"Apa kau buat dekat sini, Daniel? Kau nak buat benda sama macam abang Aiman buat ke?" Daniel memegang kotak di tangannya.
"Actually, Syahirah. Your family, is still here," Syahirah terus duduk menegak. Dia memandang Daniel. Kali ini, Syahirah duduk membelakangi Aiqal dan Aiman yang sedang bersembunyi di belakang almari. Syahirah mencapai tangan Daniel. Daniel terkedu tapi matanya terpandang ke arah Aiman yang memegang batu kerikil yang dia ambil di bawah tadi. Dia tahu sangat isyarat mulut sepupu sasa Syahirah itu. Bukannya dia tak kenal si Aiman tu. Over-protective!
'Kau lepaskan tangan dia sekarang. Kalau tidak, kepala kau pulak berotot'
Daniel melepaskan tangan Syahirah. "Diorang ada dekat mana? Aku nak jumpa diorang sekarang!" Daniel memandang Syahirah.
"Ada dekat..," Daniel cuba tunjuk pada hati Syahirah. Hampir saja jari telunjuk sasa Daniel sampai ke dada Syahirah, sekali lagi, Daniel nampak wajah Aiman. Kali ini, Aiman bukan pegang batu kerikil. Bantal yang dibaling oleh Syahirah tadi dan diisi dengan batu kerikil yang banyak. Kelihatan Aiman sedang memegang bantal itu dengan erat dan tunggu masa untuk dibaling pada Aiman.
Daniel tersenyum. Dia menjauhkan jarinya dari dada munggil Syahirah dan berkata "Sini," Syahirah memandang Daniel. "Syahirah, diorang sentiasa ada dengan kau. Hati kau, terkandung dengan nama-nama diorang. Yes, sayang. Diorang memang dah tak ada. Insyaallah, sekarang ni, diorang dengan kalangan orang yang beriman. Kau kena terima hakikat. Kalau kau tak terima hakikat, macam mana diorang nak tenang?" Syahirah terdiam. Aiqal dan Aiman bersorak di belakang almari. "Diorang sentiasa ingat tentang kau. Sentiasa. Kalau kau rindu diorang, kau bacakan Al Fatihah dan Yasin untuk diorang. Okay? Jangan macam ni. Kau lupa ke? Mama dan abah tak suka tengok kau nangis. Kau lupa ke?" Syahirah menitis air mata. Dia memeluk Daniel. Daniel terkedu. Dia mengusap kepala Syahirah yang tidak bersarungkan tudung itu.
"Thank you, Daniel. Sebab, yakinkan aku. Insyaallah, aku akan buat apa yang kau pesan tadi. Thank you sebab nasihatkan aku." lelaki itu hanya tersenyum. Dia memandang Aiman.
'Kau peluk dia? Tunggu kau bila kau keluar bilik ni. Aku hentam kau cukup cukup!' Daniel menelan air liur apabila dia membaca gerak geri mulut Aiman. Mampus aku....
TO BE CONTINUED
[ NOOR ADNIN ]
[ SUNDAY, 13 SEP 2020 ]
[ 7:54 PM ]
[ 1493 WORDS ]
Share this novel