| • B A B 5 • |

Romance Series 13398

SYAHIRAH membaringkan tubuhnya di atas katil empuknya setelah penat membungkuskan hadiah buat anak yatim untuk diberikan esok hari. Dia mengelap peluhnya sebelum dia mengambil remote control di atas meja lampunya.

Tit! Bunyi remote control di tekan. Syahirah mengipaskan dirinya menggunakan tangannya. Dia memandang sekeliling bilik itu. Dia masih ingat masa pertama kali dia membeli apartment itu menggunakan duit gaji pertamanya. Disebabkan, masa itu, novel pertamanya amat laku dalam masa sebulan, dia menerima gaji yang amat tinggi. RM500,000. Novelnya amat laris walaupun itu hanyalah novel seram. Kini, gajinya pada setiap bulan hanyalah RM20,000.

Tepat tiga bulan dia menjadi penulis novel termuda di Malaysia, gajinya sudahnya mencecah RM560,000, dia mula mencari rumah untuk dia belikan untuk keluarganya. Lebihannya, dia membeli apartment termasuklah perabot.

Tepat dia menjadi penulis novel selama 4 bulan, keluarganya mula berpindah ke rumah banglo itu. Biarlah mahal sekali pun, asalkan keluarganya selesa. Semi-d itu amat besar. Ia mempunyai 7 buah bilik tidur. Lebihan satu lagi bilik, mereka jadikan bilik tetamu. 2 tingkat. Perabot pun, mahal jugak. Boleh dikata, untuk satu rumah termasuk dengan perabot, berharga, RM10,000. Mahal! Mujurlah mereka ada juga bawa barang mereka dari rumah lama. Rumah pun boleh tahan mahal. RM390,000. Dia ingat, nak beli yang simple dulu tapi selesa.

Daniel? Daniel pun macam dia jugak. Siap beli rumah sebelah sebelah lagi. Friendship goal, huh? Di mana saja ada Syahirah, di situ ada Daniel.

Perabot di dalam apartment itu boleh dikatakan agak mewah. Sofanya empuk, tvnya besar. Perhiasan? Ala dia beli dekat kedai murah murah je. Macam home decor. Situ je. Tak nak beli mahal. Biarlah untuk keluarga je mahal. Apartment tu dia duduk sorang je pun. Lagipun, tak ada jauh sangat dari rumah keluarganya.

Semasa dia ingin menyewa apartment ini, dia membayar sebanyak RM100,000 sebagai pendahuluan. Sebulan hanyalah RM4,000. Semua perabot di dalam aparment itu berharga RM8,000. Dia tinggal sorang je pon. Syahirah tidak kisah. Duitnya ada banyak lagi dalam bank.

Rumah inilah tempat dia bersendiri. Jikalau dia gaduh dengan kakaknya, dia akan pulang ke apartment ini untuk mencari ketenangan. Daripada dia buat dosa dekat rumah. Kan?

Syahirah terus bangun lalu menuju ke arah almarinya. Dia mencari pemetik api dan dihalakan pada lilin warna putih di dalam cawan itu. Dia suka lilin. Cantik sangat. Romantik.

Syahirah ni, ada satu masalah sikit kalau pasal warna. Kalau tengok sekeliling apartmentnya, segalanya berwarna hitam dan putih. Pelik bukan?

"FINALLY. Siap pun,” Daniel terus save novel keduanya itu. Prak! Prak! Bunyi lehernya yang lengah. Daniel menarik nafas lega. Dia memandang Haikal yang sedang bermain game itu.

"Monster kill!"

"Defeat!"

“Argh! Susah doh!” Daniel menggeleng. Ingatkan perempuan je main mobile legends koyak. Lelaki pun boleh koyak ke?

"Game cukup punya senang macam tu pun kau boleh kalah. Syahirah main Free Fire pun dapat booyah berkali-kali,” Daniel mengetawakan Haikal yang sedang mengurut hidungnya itu.

“Wey, kau kawan dengan Syahirah semenjak korang tingkatan 3 kan?” tanya Daniel sambil menoleh ke kiri dan kanan. Takut nampak kelibat Syahirah.

“Haah. I’m still remember macam mana aku boleh kawan dengan dia. Serius lawak!” Haikal teringat kembali cara dia berkawan dengan Syahirah. Biarlah rahsia mereka berdua eh?

“Dah dah. Kau tak payah nak cerita. Kau rasa kan, Syahirah suka lelaki macam mana? You know what I mean, right?" tanya Daniel sambil mengangkat keningnya. Haikal mengangguk. I know that look.

"Well, as long aku kenal Syahirah, dia jenis... Perempuan yang tak kesah pun rupa lelaki yang dia suka. Asalkan, dia kenal perangai lelaki tu. Kau tahu Syahirah kan? Dia tak suka lelaki yang tak matang. Even, dia sendiri tahu yang dia pun tak matang lagi. She need a person that can be her imam someday. That can guide her to Jannatul Firdausi. Pandai. Dan romantik. Jangan risau. Semua tu cukup dengan kau,” Daniel mengerut dahi.

“Bagi aku belum perfect ah.... Syahirah tu, satu dalam sejuta tau! Lelaki datang dekat, mana mau dia layan! Melainkan kalau diorang kawan. Kalau jenis terhegeh hegeh dengan dia tu, memang dia blah dululah!” kata Daniel. Haikal mengangguk.

"Well, kita pun tahu yang tu. Tapi kan, aku syak... Syahirah sukakan kau,” Daniel hanya ketawa. Dia terfikir. Kan bagus kalau itu menjadi kenyataan? Kalau jadi betul, dia lah manusia paling gembira di dalam dunia!

"KAN Aira dah cakap! Daniel tu, memang suka dekat Irah! Sangkaan Aira takkan pernah salah punya!” kata gadis berusia 14 tahun merangkap girlfriend Haikal itu.

Syahirah menjungkit keningnya ke atas. “Ish. Mengarutlah Aira ni. Mungkin dia saja tanya Haikal macam tu sebab nak kenal Irah lebih lagi kot. Tak mungkinlah model, penulis novel yang makin meningkat naik macam Daniel tu, nak minat dekat Irah!” Aira mencebik. Orang bagitau tak nak percaya.

“Aira, impossible. Itu je perkataan yang boleh Irah cakap. Dah la jom kita siap. Kita nak keluar makan dengan diorang nanti ni,” Aira hanya duduk di birai katil. Dia memandang alat make up Irah yang terdapat di atas meja solek itu.

“Aira kena ingat. Tak semestinya, seseorang yang rapat dengan kita, selalu ambil berat pasal kita, tak bermaksud dia cintakan kita. Mungkin dia sekadar jalankan tanggungjawab sebagai seorang kawan. Hidup ni bukan novel, Aira Qistina. Tidak indah!” nasihat Syahirah dengan lembut. Tiba-tiba, Aira dapat satu idea.

“Irah. Irah cakap, Irah cintakan Daniel kan? Why not Irah usaha? Kalau betul dia belum cintakan Irah, cubalah pikat dia! Buat dia tertarik dengan Irah! Meh! Aira buat make up untuk Irah!” Aira terus berjalan ke arah Syahirah.

Syahirah hanya akur. Mungkin dia patut cuba?

"AIRA! Labuhkanlah sikit tudung ni. Nampak dada lah!” kata Syahirah. Aira hanya menolak tubuh badan Syahirah keluar dari bilik. Wajah Syahirah di solek dengan warna yang agak menggoda. Tudung Syahirah di singkatkan. Baju Syahirah tidak menutupi bahagian punggungnya. Seluarnya ketat. Sudahlah malam! Agak menggoda warnanya.

“Pergi je, Irah! Kita tunggu dekat sofa. ” mereka melabuhkan punggung mereka di atas sofa empuk itu. Sering kali Syahirah cuba untuk melabuhkan tudungnya namun ditegah oleh Aira.

“Aira! Irah rasa tak sedap hatilah!” lutut Syahirah mula ketar. Entah kenapa dia rasa takut.

“Ala! Jangan risaulah! Daniel tu bukannya ma..,” tidak sempat Aira menghabiskan kata katanya. Mereka dikejutkan dengan jerkahan yang amat kuat.

“SYAHIRAH ARQIN!!”

TO BE CONTINUE...

Agak ii sapa yang jerkah Syahirah begitu kuat sekali eh? Nanti aye free, aye update. bye ii

Total words : 1058 words

Noor Adnin, 
Tuesday, 16 June 2020, 
2:31 pm

Love you guys

Thanks for the vote, reader and supporter

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience