“MAMA!” Syahirah menoleh ke belakang apabila telinganya menangkap suara kecil yang memanggilnya. Syahirah tersenyum saat memandang wajah comel yang satu itu. Aryana Sofea!
“Fea!” Syahirah terus melutut. Selang beberapa langkah, akhirnya, Aryana sampai ke dalam dakapan Syahirah. Tubuh gadis muda itu dipeluk dengan erat dan penuh kasih sayang.
“Fea rindu mama!” Syahirah mengucup pipi pau Aryana itu. Rindu betul dengan gadis kecil itu!
Daniel berjalan ke arah mereka berdua. Aryana mencapai tangan Daniel lalu dikucup selepas melepaskan pelukan daripada Syahirah.
“Kenapa mama lama tak datang? Fea rindu papa dengan mama.” Aryana mencebik. Sungguh dia rindukan mereka berdua!
“Mama dan papa busy la sayang. Tak boleh datang sini selalu. And... Look.” Daniel mengeluarkan sesuatu dari belakangnya. Syahirah hanya senyum. Such a caring father...
Aryana masih lagi tergamam dengan kotak kecil yang terdapat di tangan Daniel itu. Daniel membuka kotak kecil itu di hadapan wajah Aryana. Aryana tergamam. Rantai! Aryana terus lompat kegembiraan setelah melihat rantai perak yang cantik itu.
?
“Wah! Cantiknya! Fea suka! Thank you, papa!” Daniel hanya mengangguk sambil menonjolkan senyuman di bibir tebal delima miliknya.
“Pusing. Meh, papa pakaikan.” Aryana terus pusing membelakangi Daniel. Syahirah menarik rambut panjang Aryana ke depan supaya memudahkan Daniel untuk memakaikan rantai itu pada leher Aryana.
“Dah siap! Wah, comel princess papa!” puji Daniel kepada Aryana. Aryana hanya senyum dengan manis. Dia terus memeluk tubuh tegap Daniel. Mukanya menyebam di dada Daniel. Daniel mengusap rambut gadis kecil itu.
“Papa... Mama...Thank yousangat-sangat sebab selalu bagi hadiah dekat Fea. Fea tak pernah dapat hadiah daripada sesiapa. Mama dan papa je yang pernah bagi,” kata Aryana dengan sayu.
Semenjak dia masih bayi lagi, dia menetap di rumah anak yatim itu. Aryana Sofea Binti Abdullah. Itu nama panjangnya. Ibunya tidak dapat dikenal pasti begitu juga bapanya. Pemilik rumah anak yatim Al-Firdausi jumpa tubuh bayi Aryana berdekatan dengan longkang di hadapan rumah anak yatim Al-Firdausi. Waktu itu, tubuh Aryana masih lagi lemah dan bermandikan darah. Tali pusat pun masih ada. Sayu sekali setiap kali teringatkan tentang kejadian itu.
Kemunculan Daniel dan Syahirah bagaikan memberikan sinar kepada Aryana. Senyuman Aryana muncul sebaik saja dua orang remaja itu muncul dalam kehidupannya. Aryana Sofea sangat bahagia.
Tiba-tiba,
“Fea!” jerit Irwan Syafiq dari jauh. Aryana terus melepaskan pelukan lalu mengucup pipi Daniel dan Syahirah.
“Sekali lagi, terima kasih mama, papa! Fea pergi dulu! Salamualaikum!” Aryana terus berlari ke arah Irwan sambil melambaikan tangan ke arah Daniel dan Syahirah.
Daniel dan Syahirah membalas lambaian gadis berusia 6 tahun itu. Comel!
“HA...penat giler siot...” Daniel merebahkan badannya di atas sofaapartmentmilik Aryana itu.Apartmentdia? Sebelah je. Saja nak melepak di rumah Syahirah bersama Aira dan Haikal.
“Tulah kan. Korang nak air tak? Aku nak buatkan.” Mereka bertiga hanya mengangguk. Kalau dapat meneguk air buatan Syahirah, fuh! Pasti lega! - bagi pendapat Daniel la. Orang lain biasa je.
“Korang nak air apa?” tanya Syahirah.
“Teh panas pun okay jugak.” Syahirah hanya mengangguk. Dia terus bangun dari sofa lalu menuju ke dapur.
“GUYS,nak tak kalau malam ni, kita tidur rumah Syahirah lagi? Tapi, malam ni, kita parti sikit ah... aduh!” cadang Haikal sambil menghirup air teh buatan Syahirah itu. Manis!
“Oi syaiton! Tanya tuan rumah dulu lah! Suka hati kau je nak mengatur!” kata Daniel sebaik saja selesai menyelesaikan tugasnya. Tugas apa? Tugas baling bantal dekat kepala Haikal lah... Apa lagi.
"Actually, aku tak kesah pun kalau korang ajak buatmovie nightmalam ni. Okay jugak. Sambil-sambil kita tengokmovietu, aku boleh jugak siapkan novelsecondaku.” mereka hanya setuju.
"OPOCOT mak kau!” Syahirah menyebamkan wajahnya pada bahu Daniel. Daniel menutup mata Syahirah selepas melatah sebentar tadi. Hampir satu jam mereka menonton movie pusaka sempena ‘Pijama Night’ mereka malam ini, entah berapa kali mereka berempat mencarut. Padahal, movie itu sudah ditonton berkali-kali. Semoga Syahirah tak takut tidur sorang la malam ni...
Macam tu la telatah mereka berdua kalau tengok movie hantu. Daniel tak kisah sebab...A girl like a boy who is protect her.
“Eh,popcorn dah habis lah. Jap aku pergi ambil,” Syahirah terus bangun lalu menuju ke dapur. Daniel turut membontoti gadis itu.
Syahirah mencapai sebungkuspopcornitu lalu dimasukkan ke dalam microwave. Syahirah menoleh ke belakang.
“Eh, pocong terkeluar dari kubur! Daniel!” Daniel hanya ketawa sambil tangannya cuba menepis tangan Syahirah dari terus memukul dada bidangnya.
“Kau ni! Kalau sehari tak bagi aku terkejut, memang tak sah kan?” tanya Syahirah sambil berbaur amarah. Daniel hanya ketawa.
“Suka tengok kau melatah. Comel.By the way,takkan kau belum siapkan novel tu? Bukan kau dah siap ke?” Syahirah melabuhkan punggungnya di atas kerusi sebelah Daniel. Daniel menongkat dagu sambil memandang Syahirah.
“Dah siap dah. Just, tinggal nak edit je. Aku nak kasi banyakplot twist. Nak kasireadertertanya-tanya. Jahatkan aku?” kata Syahirah dengan senyuman. Daniel mengetuk dagunya berkali-kali sambil memandang ke atas.
“Memang kau jahat pun,” kata Daniel.
"I know that," Syahirah memandang Daniel.
Daniel mendekatkan wajahnya pada wajah mulus Syahirah. Hidung mereka hampir berlaga.
“Jahat sampai sanggup curi sekeping hati milik Daniel Aiman,” Daniel mendekatkan lagi wajah mereka. Syahirah masih terkedu. Hidung mereka berlaga juga akhirnya.
Semakin dekat....
Mata dipejam rapat...
Semakin dekat....
Bibir mereka hampir bertemu...
Akhirnya...
Ting! Bunyi microwave mengejutkan mereka. Daniel terus menarik wajahnya jauh daripada Syahirah.
“Er.. .Just forget about that. We should go. They must be waiting for us," Daniel mengangguk. Syahirah terus bangun lalu mencapai mangkuk yang disusun rapi di atas rak. Dia terus masukkan popcorn itu ke dalam mangkuk jernih itu.
Syahirah terus beredar bersama wajah yang merah bak tomato. Daniel berjalan ke arahmicrowaveitu. Dia menamparmicrowaveitu.
“Terima kasih. Kau dah selamatkan aku daripada hasutan syaitan...” kata Daniel.
TO BE CONTINUE....
Total words : 962 words
Noor Adnin,
Tuesday, 16 June 2020,
2:37 pm
Love you
Thanks for the vote and viewers
Share this novel