| • B A B 8 • |

Romance Series 13398

1 bulan berlalu...

“IRAH, kau dah siap ke belum kau punya manuskrip?” Syahirah masih lagi termenung sambil mengetuk pen di meja batu itu. Setiap hari Jumaat dan Sabtu, pada pukul 4 sehingga 6 petang, mereka akan berada di taman untuk menyiapkan novel. Kalau mereka tidak menerima sebarang arahan untuk menulis novel, mereka akan tulis di supaya masa mereka tidak banyak terbuang.

Syahirah masih lagi tidak menghiraukan panggilan Daniel. Entah mengapa. Dulu, semasa kali pertama dia ingin menerbitkan novel, dia jadi nervous. Tapi kali ini, perasaannya lain. Dia sendiri pun tak pasti.  Kali ini, rasanya lain. Tak tahu apa. Rasa seperti ada sesuatu yang bakal berlaku.

“Irah...” senyap. Tiada balasan daripada Syahirah. Daniel menggeleng selepas menampar dahinya. Apa benda yang minah ni fikirkan sampai aku panggil pun kena bluetick je aku dari tadi? Getus hati Daniel. Apa la nasib. Hari ni, crush tak melayannya. Kalau ditanya apa-apa ke, Syahirah balas nak tak nak je... Hai... crush bertukar menjadi patung cendana hari ni.

“Syahirah Arqin Binti Arman!” BAM! Daniel menampar meja batu itu dengan kuat dari ketinggian yang agak tinggi. Mujurlah lengan sado. Kalau lembut macam tangan Syahirah, macam mana?

Terhinjut bahu Syahirah sebaik telinganya menangkap bunyi yang kuat itu. Dia mengusap dadanya. Terkejut bonar! Dia terus memandang Daniel dengan renungan tajam.

“Kalau aku ada sakit jantung, agak-agak aku mati tak?” Daniel memandang sahabatnya itu. Dia mendekatkan wajahnya dengan gadis itu. Syahirah berundur ke belakang. Memang hobi dia ke apa dekat dengan muka aku? Nak zoom jerawat agaknya. Getus hati Syahirah.

“Aku tahu kau tak ada sakit jantung. Sebab tulah, aku buat macam tu. Dari tadi, aku panggil, kau buat tak endah je. Kekadang aku terfikir, aku ni, kawan dengan patung cendana ke manusia?” Syahirah mencebik apabila dia mendengar kata-kata yang laju meluncur keluar dari mulut kawan lelakinya itu.

“Aku bukan patung cendana. Patung cendana, cantik. Kurus. Jelita. Bukan macam aku. Suka hati je perli aku. Apa kau tanya tadi?” Daniel menggeleng. Patung cendana dengan kau tak ada beza pun.

"Anyway, berbalik kepada soalan aku tadi, kau dah siap ke belum manuskrip? Esok kita dah nak kena hantar. Pastu, hujung tahun ni, kita nak kena pergi majlis pelancaran novel kita yang terbaru ni,” Syahirah mengangguk. Dia menaip beberapa kekunci di komputer Asus miliknya. Fail novelnya dicari dalam pendrive berwarna hitam itu. Sebaik saja dia jumpa, dia terus tunjukkan kepada Daniel. Daniel terus membaca dengan penuh teliti novel ke dua Syahirah itu.

“Aku rasa dah cantik kot. You know, kita just perlu hantar je. Nanti diorang edit jugak,” Syahirah mengangguk.

“Tapi, kalau banyak sangat, tak boleh, Niel. Orang yang edit tu pun manusia jugak. Bukan robot yang boleh dengar cakap kita. Aku nak last check sikit lah part sejarah misteri tadi,” Daniel mengangguk. Syahirah sememangnya seorang yang teliti dalam menulis novel. Sebuah novel untuk dia periksa, dia akan mengambil masa selama 2 minggu sekurang-kurangnya, untuk dikemas kini. Tapi, jikalau dia tidak diganggu, masa tersebut terlebih mencukupi. Kalau dia malas sangat, mungkin ambil masa sebulan. Nampak tak betapa malasnya heroin korang? Homework pun buat selepas habis sekolah.  Mujur PKP. Tahun depan baru mula sekolah. Diorang keluar sekarang pun sebab Malaysia dah makin okay.

(P/S : Bila la real life nak macam ni? Sama ii kita doakan Malaysia dan negara lain cepat pulih ye...)

Baru saja bergelar tingkatan 4 beberapa bulan tapi disebabkan serangan virus covid-19, terpaksa mulakan sekolah semula pada tahun depan. Baru nak honeymoon jadi form 4 tapi jadi macam ni. Dah jadi form 5 la pulak. Hai, nasib.

“Suka hati kau lah. Malam ni, kau nak menulis tak?  Kalau nak menulis, ajak aku. Video call. Malam ni. Pukul 9. On?” Syahirah menunjukkan isyarat ‘okay’. Daniel mengangguk.

1 bulan kemudian... (Noor kasi cepat sampai part yang korang tertunggu-tunggu... HAHAHAH!)

SYAHIRAH berlari masuk ke dalam lif dengan laju bersama air mata yang laju mengalir. Tangan kanannya menarik bagasinya. Hatinya cukup sakit dengan apa yang terjadi di rumahnya sebentar tadi. Akhirnya, dia berjaya luahkan segala isi hatinya selama ini. Terhadap keluarganya.

(Flashback)

Syahirah hanya duduk di ruang tamu untuk menulis novel ke tiga selepas mengemas barangnya untuk ke Putrajaya esok untuk novel ke duanya. Cepat pula respons mereka kali ini. Selalunya, dalam 4 hingga 6 bulan. Itu belum campur lagi dengan diorang nak ambil masa untuk cetak novel. TApi, kali ini, cepatlah pulak. Novel yang terbaru kali ini, mereka terima arahan sendiri daripada pengurus company. Kata mereka selepas beberapa hari hantar novel, mereka hanya memerlukan seminggu untuk kemas kini novel mereka dan masa yang selebihnya, akan digunakan untuk mencetak. At last, cukuplah sebulan.

Tiba-tiba, mamanya bersama kakak-kakaknya datang kepadanya.

“Syahirah. Kamu dah berapa lama menulis ni? Sampai tak belajar langsung! Kamu ni nak jadi apa hah? Kenapa la kamu ni pemalas sangat? Cuba kamu jadi macam kakak-kakak kamu! Kamu jangan malukan mama!” Syahirah menggenggam erat penumbuknya. Dalam hatinya, dia cuba bersabar. Sabar Syahirah....

“Syahirah! Kalau kau nak tahu, result kau amat teruk! Mengalahkan manusia lembab! Cubalah kau ni belajar sama! Apa je kerja kau? Menulis, menulis! Itu je kerja kau! Kau tak nak jadi macam kitorang ke? Dapat gaji besar, kereta besar,” kata Sarah Arqin bersama perlian. Syahirah memejam matanya. Sabar Syahirah.

“Kau nak jadi apa besar nanti hah? Penulis? Hey, setakat menulis novel tu, tak mampu bawa kau ke manalah! Buat pening je kepala pikir! Bukan sampai tua pun kau boleh menulis. Kau ingat, kau boleh kaya ke dengan menulis novel tu? Tak! Baik kau berhenti jelah menulis tu! Otak kau pun bodoh! Ada hati nak...,” BAM! Kata-kata Izreen Aisyatul Nadya terhenti apabila meja belajar Syahirah ditampar sekuat hati oleh Syahirah sendiri. Syahirah memandang mereka bersama mata yang merah. Enough! She can’t stand it anymore!

"ENOUGH! Hey, korang ingat korang tu, bagus sangat ke? Kalau kaya tapi tu busuk, apa guna duit banyak sampai berbukit pun? Korang tetap sama je! Jangan jadi manusia sombong! Rasulullah dan nabi kita, Allah angkat tinggi darjat mereka. Tapi, mereka langsung tidak sombong! Sampai bila hah? Sampai bila korang nak berlagak dengan apa yang korang ada sekarang? Sampai mati? Tak sempat bertaubat, baru korang tahu kot. Plus, korang boleh hina Irah. TApi, jangan sesekali hina sumber rezeki Syahirah selama ni! Korang kena ingat! RUMAH YANG KORANG PIJAK SELAMA NI, PUNCA DARI KERJA MENGARUT SYAHIRAH NI!” Syahirah meluahkan isi hatinya bersama air mata jernih yang mengalir. Mereka semua terkejut. Syahirah yang mereka kenal, mampu berubah sebegini rupa!  

“Apa? Terkejut? Terkejut kenapa Irah boleh cakap macam ni dekat korang? One more thing. Selama ni,  Syahirah belajar. Apa yang korang nampak sebenarnya? Irah bersuka ria? Macam tu? Kalau Irah ni bersuka ria, takkan lekatla bekas lebam pen di tangan Irah ni! Apa? Why? Kenapa korang tak pernah nampak usaha Irah? Why? Apa yang depan mata korang, korang just nampak segala benda buruk Irah je! Tak boleh ke, korang buka sikit mata korang tu? Irah mengaku. Irah ni tak pandai macam korang. Result terbaik. Mama dan abah bangga. Masuk universiti terbaik. Tapi, mata korang masing-masing bu..,” PANG! Syahirah terus terteleng ke tepi sebaik saja dia menerima tamparan daripada mamanya. Syahirah memegang pipi kanannya yang merah itu.

“JAngan jadi biadab, Irah! Kami cakap ni, demi kebaikan kau! Bukan demi keburukan kau!” kata-kata Pn. Gayah hanya di balas dengan senyuman manis di bibir munggil Syahirah.

“Irah tahu. Mama cakap demi kebaikan Irah. Irah tahu. Sebab tu, Irah sayang sangat dengan mama. A mother will do what ever as long her children be happy. Kan? Tapi, kenapa perlu tegur Irah dengan cara macam ni? Dengan hina Irah. Kita ni manusia biasa je, ma. Bukan nabi yang tidak pernah melakukan kesalahan. Tapi, para nabi dan rasul, menegur umat mereka dengan baik dengn tutur kata. Bukan begini. Syahirah sedar. Syahirah ni bodoh. Tak pandai cam korang. Selama PKP ni, Irah belajar guna Youtube. Catat sumber yang Irah perlukan. Sebab tulah, lebam tangan Irah. Terkena pen. Tapi, korang tak pernah sedar. Malangnya nasib, Irah. Irah kenalah belajar. Irah kan bodoh. Tak pandai. Result pulak teruk. Memalukan family. Betul tak? Yes. Syahirah sedar diri,” mereka semua menitis air mata. Syahirah menonjolkan senyuman yang manis di bibirnya. Biarlah dirinya di hina sebegitu rupa, asalkan dia sentiasa hormat ahli keluarganya.

"By the way, lusa, Irah dan nak berangkat ke KL dengan Daniel. Jangan risau. Kami tau batas kami sebagai kawan. Irah sentiasa ingat akan mama dan abah. Jangan couple. Sebab Irah tahu, perkara itu, haram di sisi Islam. Irah sayangkan dia sebagai kawan. Tak lebih daripada tu. Irah tak nak. Mama dan abah kena tanggung dosa Irah. Ampunkan segala salah Irah malam ni. Ampunkan segala kekurang adaban Irah terhadap semua malam ni,” Syahirah menyalam semua kakak dan Pn. Gayah dengan penuh kasih. Menandakan dirinya betul-betul memohon ampun. Syahirah juga turut mengucup pipi dan memeluk mereka dengan erat. Mereka turut membalas.

Mereka semua kenal Daniel. Daniel tu boleh dikatakan, salah seorang ahli keluarga mereka. Mereka menganggap Daniel itu seperti keluarga mereka sendiri. Nama Daniel Aiman dalam keluarga mereka, amatla tidak asing. Sebab itulah, mereka tidak kisah kalau Syahirah balik lewat malam sekali pun bersama Daniel. Mereka dapat lihat sendiri, Daniel itu seorang yang amat baik.Yes. Memang mereka selalu tuduh Daniel dan Syahirah couple. Mereka langsung tidak kisah kalau Daniel nak kahwin sekali pun dengan Syahirah. Tapi, mereka jaga tentang pelajaran Syahirah. Sebab itulah, mereka sampai salah sangka yang Daniel dan Syahirah couple. Mereka nak Syahirah fokus dengan pelajar dulu sebelum bercinta.

“Irah akan balik ke apartment malam ni. Irah perlukan masa untuk tenang. Tolong jangan ganggu Irah buat sementara waktu ini. Irah akan berangkat ke Putrajaya lusa. Naik flight. Ampunkan segala salah Irah malam ni,” Syahirah sekali lagi memohon ampun sebelum naik ke atas.

“Irah, Irah duduk la dalam rumah ni. Inikan rumah dari hasil kerja kamu, sayang. Butik mama, itu pun hasil titik peluh kamu selama ni,” Pn. Gayah berkata-kata dengan lembut. Syahirah sekali lagi menonjolkan senyuman.

“Tak perlu, ma. Irah beli rumah ni, atas nama mama. Rumah ni, mama punya. Bukan Irah punya.” kata-katanya berakhir di situ. Dia terus bersiap dan menarik bagasinya turun ke bawah. Sebelum dia pergi, dia turut bersalaman dengan abahnya, Encik Arman di luar rumah. Encik Arman sememangnya ayah yang sangat hebat. Dia sentiasa menyokong Syahirah. Tidak seperti yang lain.

Encik Arman mengucup dahinya sebelum Syahirah beredar bersama Grab. Syahirah memeluk erat ayahnya.

“HIKS... hiks.. Irah sayangkan korang semua. Los amo chicos por siempre ( I love you guys forever )..." Syahirah menyandarkan dirinya di dinding lif itu. Sebelum sampai ke tingkatnya yang ketiga paling atas, dia memeluk lututnya. Mujurlah tiada orang.

“Irah sayangkan korang semua. Sehingga akhir nafas Irah. Korang semua adalah nyawa Syahirah Arqin. Selamanya. Syahirah takkan pernah membencikan korang. Takkan. Walau apaun yang terjadi, korang adalah nafas Syahirah.” katanya dengan sayu.

TING! Pintu lif dibuka. Tiba-tiba,

“Syahirah?” Syahirah mengangkatt mukanya. Daniel terus meluru ke arah Syahirah yang sedang tersedu sedan menangis itu. Dia melutut. Wajah Syahirah dicapai lalu diseka air mata si gadis menggunkan kedua-dua ibu jarinya.

“Hey, what’s happened?” Syahirah masih lagi menangis. Semakin di tanya, semakin teruk tangisan Syahirah. Daniel terus membawa Syahirah keluar dari lif.

"Sit down,” Daniel mengarahkan Syahirah duduk sebaik saja sampai di bangku berdekatan. Dia juga turut melabuhkan punggung di sebelah Syahirah. Apa yang gadis ini buat di sini bersama air mata yang mengalir pada waktu malam begini? Daniel mengusap air mata yang masih mengalir di pipi pau gadis itu.

Tanpa sebarang isyarat, Daniel menarik Syahirah ke dalam pelukannya. Syahirah menangis di dada lelaki yang dicintainya itu. Daniel mengusap kepala Syahirah dengan lembut. Syahirah memeluk lelaki itu. Sungguh dia memerlukan seseorang untuk diluahkan. Dia cuba menghalang Daniel yang memeluk dirinya itu. Tapi, dia tidak mampu. Dia terlalu lemah.

"Stop crying. I’m always be with you, sayang. No matter what happens, I will always by your side,” Syahirah menangis dengan esak.

"Tell me your problem,” arah Daniel.

TO BE CONTINUE ...

Total words : 2057 words

Apa korang rasa kalau korang ada dekat tempat Syahirah? But, satu je Noor nak pesan. Tak kiralah, apa yang parents and family apa apa kata dekat kita. Sabar je. Always remember. Allah is always with us. Apa-apa masalah, korang mangadu dengan Allah. Insyaallah, masalah korang akan hilang selepas korang mengadu dengan pencipta kita yang satu. Always be patient.

Noor Adnin
Tuesday, 16 June 2020, 
2:40 pm

Love you

Thanks for the vote, viewers, readers and supporter

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience