BAB 10

Romance Completed 14835

" Ingatkan tahun depan baru nak keluar " perli Zharif sebaik Sarah masuk ke dalam kereta.

Sarah hanya diam. Kalau dia balas, makin besar pula pergaduhan mereka.

" Apa lagi? Pakai lah seat belt tu. Nak tunggu I pakaikan ke? Jangan haraplah " .

Sarah terus memakai seat belt. Dia memandang ke arah tingkap. Belum lagi mereka berkahwin, Zharif sudah melayaninya seperti ini. Apatah lagi apabila mereka sudah berkahwin nanti.

Zharif menjeling sekilas ke arah Sarah. Dia tersenyum puas apabila melihat wajah muram Sarah.

' Tu baru sikit Sarah ' .

" Ikutkan hati I ni, I nak nikah jer. Tak nak buat majlis. Menyusahkan, buang masa jer " .

Sarah menoleh memandang Zharif.

" Then? Kenapa tak buat macam tu?" soal Sarah. Geram pula dia dengan Zharif.

" I kesian dekat mummy. Lagipun I buat semua ni untuk mummy " .

" Okay " jawab Sarah. Perbualan mereka terhenti setakat itu saja.

Masing-masing diam dan melayan perasaan sendiri. Tiba-tiba lagu nyanyian kumpulan Ungu yang bertajuk 'Luka Disini' dimainkan di corong radio. Lirik lagu itu sama seperti keadaan mereka ketika ini.

Sarah perlahan-lahan menoleh ke arah Zharif. Dia curi-curi pandang wajah lelaki itu. Seandainya Zharif dan dia tidak seperti ini, pasti mereka bahagia saja. Ini semua kerana fitnah yang dibuat oleh Edri gara-gara dia menolak cinta lelaki itu.

Tipulah jika dia kata dia langsung tidak kecewa apabila Zharif tidak mempercayainya, namun apa lagi yang mampu dia lakukan jika Zharif sendiri susah untuk mempercayainya.

Zharif menjeling sekilas memandang Sarah. Saat itu mata mereka bertentangan buat seketika. Zharif cepat-cepat melarikan pandangan matanya.

" Kenapa pandang-pandang? " soalnya dingin.

Sarah tidak menjawab. Dia menoleh semula ke arah luar tingkap.

Sampai sahaja di butik, Zharif dan Sarah terus mencuba baju pengantin yang telah siap ditempah oleh Datin Aima. Kebetulan owner butik itu ialah kawan Datin Aima, jadi mudah untuk dia menempah pakaian pengantin anak dan bakal menantunya.

Setelah siap menukar baju, Sarah keluar daripada bilik fitting. Gaun berwarna biru lembut tersarung di tubuhnya.

Zharif yang sudah siap menukar baju itu terus memandang ke arah Sarah. Dia tergamam seketika. Sarah kelihatan sangat cantik. Namun cepat-cepat dia sedar, apabila mengingatkan kecurangan Sarah dia jadi benci pada gadis itu.

" Cantik tak? " soal Sarah padanya.

" Hmm boleh lah " jawabnya acuh tak acuh. Padahal jantungnya berdegup laju saat melihat Sarah memakai gaun itu.

Sarah hanya tersenyum nipis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience