BAB 7

Romance Completed 14835

" What? Kahwin dengan Sarah? " soal Zharif terkejut apabila Datin Aima memberitahu berita itu.

" Iya. Kenapa? Zhaf bukannya ada sesiapa pun " soalnya.

" Mummy, ni soal kahwin. Mana boleh paksa-paksa macam ni " .

" Mummy bukannya nak memaksa. Zhaf tu kalau mummy suruh kahwin, ada Zhaf nak kahwin? Calon pun tak ada. Sarah tu okay apa. Lagipun dia tu anak kawan baik mummy " .

Zharif mengeluh perlahan. Kahwin dengan Sarah? No way!

" Mummy tak kenal perangai Sarah tu macam mana mummy " .

" Kenapa dengan Sarah? Mummy tengok dia okay jer " .

" Mummy tahu kenapa sampai sekarang Zhaf tak nak bukak hati Zhaf untuk mana-mana perempuan? Kenapa Zhaf fobia nak bercinta? Mummy tahu? " .

" Kenapa? " .

" Sebabkan Sarah. Dia perempuan yang buat Zhaf takut untuk jatuh cinta lagi. Zhaf dengan dia pernah bercinta mummy. Waktu kita orang sama-sama belajar dekat Cambridge dulu. Zhaf pernah sayangkan dia sangat-sangat. Lepas habis belajar kita orang rancang untuk jumpa keluarga masing-masing dan bertunang. Tapi sayang, semuanya tu hanya rancangan. Dia khianati cinta Zhaf pada dia. Dia curang dengan kawan baik Zhaf sendiri " .

Datin Aima terkedu mendengar cerita Zharif.

" Maknanya Zhaf dengan Sarah memang dah pernah kenal selama ni?" .

Zharif mengangguk perlahan.

" Zhaf, tu semua benda yang dah lepas. Maknanya Zhaf masih cintakan Sarah kan. Apa kata Zhaf buka semula hati Zhaf untuk terima Sarah. Anggap saja semua benda tu dah berlalu " .

" Tak boleh mummy. Zhaf sakit sangat bila ingat apa yang dia dah buat pada Zhaf " .

" Tolong Zhaf, mummy merayu. Mummy tak pernah mintak apa-apa pada Zhaf. Kali ni jer mummy mintak, tolong kahwin dengan Sarah " pujuk Datin Aima.

Zharif hanya diam. Dia tidak menjawab apa-apa.

Malam ini keluarga Zharif akan datang ke rumah keluarga Sarah untuk berbincang tentang mereka berdua. Setelah puas dipujuk oleh Datin Aima, Zharif terpaksa bersetuju untuk berkahwin dengan Sarah. Walaupun sebenarnya dia tidak rela.

Setelah mereka makan malam bersama, Zharif meminta diri untuk duduk mengambil angin di halaman rumah Sarah. Datin Salma telah mengarahkan Sarah menghantar air kepada Zharif. Pada awalnya dia tidak mahu, tetapi setelah puas didesak Sarah terpaksa mengikut. Sebenarnya dia seboleh-bolehnya tidak mahu berhadapan dengan Zharif. Dia tahu lelaki itu sendiri pun benci padanya.

" Zhaf, nah air " panggil Sarah.

Zharif yang sedang duduk di bangku tepi kolam terus menoleh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience