BAB 17

Romance Completed 14835

Sedar tidak sedar sudah seminggu Sarah dan Zharif sah menjadi suami isteri. Rumah tangga mereka masih sama, tiada langsung perubahan. Zharif masih bersikap dingin dengan Sarah. Cuma apabila di hadapan kedua orang tua mereka, dia berpura-pura bahagia. Padahal itu adalah lakonan semata-mata.

Hari ini Sarah akan masuk ke pejabat semula setelah seminggu bercuti. Selepas berkahwin dengan Zharif, dia telah berpindah ke rumah keluarga mertuanya itu. Sarah tidak lagi tinggal bersama dengan kedua orang tuanya.

Pagi itu selepas solat subuh, Sarah terus ke dapur untuk menyediakan sarapan. Pembantu rumah mereka bercuti selama sebulan. Jadi Sarah lah yang mengambil alih. Datin Aima ada juga menegahnya daripada memasak. Tapi Sarah tetap ingin memasak.

" Rasanya hari ni nak buat cheese cake lah. Mesti Zhaf suka " Zharif tersenyum kecil.

Dia terus mengeluarkan bahan-bahan untuk membuat cheese cake daripada peti sejuk. Semalam ketika membeli barang dapur, sempat dia mencapai barang-barang untuk membuat cheese cake. Sarah memang mahir dalam membuat cheese cake sejak daripada dulu lagi. Ramai yang memuji kesedapan cheese cake yang dibuatnya.

" Sarah? Awalnya bangun " tegur Datin Aima yang baru tiba di dapur.

Sarah tersenyum kecil.

" Ha'ah mummy. Sarah saja bangun awal sikit hari ni. Nak buat cheese cake " .

" Cheese cake? Rajinnya nak baking pagi-pagi buta macam ni " .

" Ha'ah mummy. Sarah dah lama tak buat kek. So saja buat. Boleh makan waktu minum petang nanti " .

" Thank you Sarah. Beruntung mummy dapat menantu macam Sarah " bahu Sarah diusap perlahan.

" Tak ada apalah mummy. Lagipun dah memang tanggungjawab Sarah juga sediakan breakfast untuk Zharif".

" Sarah nak buat breakfast apa hari ni? Mummy rasa masak yang simple-simple jer lah. Lagipun sekejap lagi semua dah nak pergi office. Bukannya makan sangat " .

" Sarah ingat nak buat mi goreng dengan pancake " .

" Haa boleh lah tu. Mummy tolong ya?" .

Sarah mengangguk perlahan.

Selepas menyediakan sarapan, Sarah naik ke tingkat atas untuk bersiap-siap ke pejabat.

" Wow dah siap " tegur Sarah saat melihat Zharif yang sudah siap memakai kemeja.

Zharif tidak menjawab.

" Let me help you " Sarah mengambil tali leher yang berada di tangan Zharif kemudian dipakaikan. Zharif tidak menolak. Dia hanya membiarkan Sarah memakaikan tali leher untuknya.

Sarah menepuk perlahan dada Zharif selepas dia memakaikan tali leher untuk Zharif.

" Zhaf.. " panggilnya lembut. Tangannya masih berada di dada Zharif.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience