BAB 11

Romance Completed 14835

Sarah melihat dirinya di dalam cermin. Sebentar lagi dia akan dinikahkan dengan Zharif. Fikirannya melayang mengingatkan perbualannya dengan Datin Aima tempoh hari.

" Sarah, mummy harap Sarah dapat jadi isteri yang baik untuk Zharif " Datin Aima mengenggam erat tangan Sarah.

" Mummy, mummy tahu kan Zhaf masih marahkan Sarah. Sarah tak rasa yang dia akan terima Sarah " .

" Sarah jangan cakap macam tu. Mummy tahu jauh di sudut hati Zhaf, dia masih cintakan Sarah. Mummy kenal anak mummy. Sebab tu sampai sekarang dia masih tak buka pintu hati dia untuk terima sesiapa " .

Sarah diam seketika.

" Mummy sentiasa doakan semoga Zhaf dan Sarah bahagia sampai akhir hayat " .

" Terima kasih mummy " .

" Sarah jangan risau ya, mummy tahu yang Sarah bukan perempuan yang macam Zhaf sangkakan. Mummy yakin Sarah tak pernah buat semua tu" bahu Sarah diusap perlahan.

Sarah tersenyum nipis. Dia menarik nafas lega apabila Datin Maira berkata begitu. Dia juga harap apabila dia dan Zharif sudah bernikah nanti, Zharif dapat menerimanya.

" Sarah? Dah ready? " soal Datin Salma yang baru saja datang ke bilik anaknya itu.

Serentak dengan itu, mati terus lamunan Sarah. Dia menoleh memandang Datin Salma.

" Sarah takut lah mama " .

Datin Salma tersenyum kecil.

" Janganlah takut. Hari ni kan hari bahagia Sarah " pujuknya.

" Mama, Sarah akan bahagia macam pasangan lain ke? " soal Sarah.

" Sayang, mama yakin Sarah dan Zhaf akan bahagia macam orang lain. Jangan fikirkan sangat okay? ".

Sarah mengangguk perlahan.

" Dah jom turun bawah. Tok kadi dah sampai tu " .

Mereka berdua beriringan turun ke tingkat bawah. Sarah akan dinikahkan di rumahnya sendiri.

Sebaik dia turun ke bawah, semua mata tertumpu padanya. Sarah kelihatan sangat cantik hari ini dengan memakai baju kurung moden berwarna krim. Ditambah dengan sedikit solekan sudah membuatkan dia kelihatan begitu cantik.

Saat matanya dan Zharif bertentangan, Sarah tersenyum nipis pada lelaki itu. Zharif cepat-cepat melarikan pandangan matanya. Sebenarnya dia sudah terpikat melihat kecantikan Sarah. Sarah tidak memerlukan solekan yang tebal kerana wajahnya sudah sedia cantik. Tambah-tambah dengan lesung pipit di kedua belah pipinya.

" Aku terima nikahnya Sarah Aleeya Binti Fuad dengan mas kahwin sebanyak 500 ringgit tunai " .

" Sah? " .

" Sah " .

" Alhamdulillah " .

Dengan sekali lafaz Sarah sah bergelar isteri kepada Zharif. Mereka semua menadah tangan saat ustaz membaca doa kesyukuran.

Sarah mencuri-curi pandang Zharif daripada jauh. Dia tersenyum kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience