BAB 24

Romance Completed 14834

Sarah melihat jam di tangannya. Sudah pukul 12.15 tengahari. Sudah 15 minit dia menanti Zharif di taman. Zharif yang mengajaknya dia datang ke taman ini pada waktu lunch. Katanya mahu lunch bersama di taman.

" Sayang " .

Sarah menoleh sebaik namanya dipanggil.

" Abang lambat " .

" Alolo, sorry. Abang ada meeting last minute tadi. Dah lama sayang tunggu?" soal Zharif.

" It's okay lah. Lima tahun Sarah tunggu abang, setakat 15 minit apalah sangat. It would be okay ".

Zharif tersenyum nipis mendengar kata-kata Sarah. Dia mengusap perlahan pipi isterinya itu.

" I'm so sorry sayang. Disebabkan kebodohan abang, abang dah banyak bazirkan masa kita ".

" Abang, janganlah cakap macam tu. Semua benda dah tertulis. Kita masih ada banyak lagi masa untuk dihabiskan bersama kalau diizinkan Allah " .

" Abang nak sayang tahu, abang cintakan sayang sangat-sangat. Maafkan segala kesilapan abang pada Sarah selama ni " .

Sarah mengangguk perlahan.

" Sarah pun cintakan abang. Sarah dah lama lupakan semua tu. Sekarang ni kita tutup buku lama, buka buku baru. Kita mulakan hidup baru " .

" Terima kasih sayang " .

" Jom makan, Sarah dah lapar " ajak Sarah.

Zharif ketawa kecil.

" Jom. Kesian isteri abang ni " .

Mereka makan bekal yang dimasak oleh Sarah sebelum pergi ke pejabat siang tadi.

Moga Allah kekalkan kebahagiaan ini hingga ke syurga.

Hari ini berlangsungnya majlis perkahwinan Edri dan juga Zahra. Siapa sangka perkenalan singkat mereka di sebuah restoran membawa mereka ke jinjang pelamin.

" Seronoknya Sarah tengok Edri dengan Zahra " Sarah tersenyum melihat pasangan serasi itu di atas pelamin.

" Alhamdulillah kahwin jugak dia orang kan. Abang harap Edri boleh sabar lah dengan perangai manja Zahra tu " .

Sarah tergelak kecil.

" Insya Allah. Lepas kahwin Zahra mesti berubah sebab dia dah ada tanggungjawab baru " .

" Harap-harap macam tu lah " .

Sarah mengusap perlahan perutnya yang berisi itu. Kandungannya sudah masuk enam bulan.

" Sayang penat tak? Kalau penat, pergi lah rehat dulu " .

" Eh takpalah. Sarah okay. Sarah nak tengok pengantin " jawabnya.

Zharif tersenyum kecil. Dia mengusap perut isterinya itu.

" Anak papa, duduk diam-diam kat dalam perut mama tu tau. Papa tak sabar nak jumpa anak papa ni " .

Sarah hanya tergelak kecil. Dia melafazkan rasa syukur atas segala kebahagiaan yang dirasakan ketika ini.

Siapa sangka dia dan Zharif yang pernah terpisah dulu dipersatukan semula dengan ikatan perkahwinan. Indahnya perancangan Allah.

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience