BAB 18

Romance Completed 14835

" Zhaf, I hope we will be like five years ago. Waktu kita bahagia jer. Saling mencintai " kata Sarah perlahan.

Dia menahan air matanya daripada mengalir.

" Saya tak nak kita yang sekarang. Kita dah macam strangers. Saya selalu harap bila saya bangun daripada tidur, kita akan jadi macam dulu. Saya rindukan Zharif yang dulu. Yang penyayang, yang ambil berat tentang saya, yang sayangkan saya. Dan cintakan saya. Saya rindukan awak yang dulu Zhaf... " luah Sarah.

Zharif terus menepis tangan Sarah yang berada di dadanya. Sarah tersentak.

" Tak. Zharif yang dulu dah tak ada. You jangan salahkan I bila I dah berubah macam ni. You yang mintak semua ni. You yang sia-sia kan I. Sia-sia kan cinta I. Kalau you tak mulakan semua ni, kita mungkin dah lama bahagia. Please Sarah, jangan pernah ungkit apa yang dah jadi lima tahun lepas. Semua tu dah tak ada erti lagi pada I. I dah lama buang semua tu. Dan untuk pengetahuan you, benda yang paling bodoh I pernah buat dalam hidup I ialah cintakan you " Zharif terus berlalu keluar daripada bilik.

Sarah memegang dadanya. Sakit! Sakit sangat apabila Zharif berkata begitu.

" Sabar Sarah, sabar. Allah ada. Suatu hari nanti semuanya akan terbukti yang kau memang tak salah " dia hanya mampu memujuk dirinya sendiri.

Sarah melangkah masuk ke dalam Megah Holdings. Walaupun kejadian pagi telah membuatkan dia hilang semangat, dia tetap meneruskan kerjanya seperti biasa. Dia tidak mahu terlalu fikirkan apa yang Zharif katakan pagi tadi. Kalau boleh dia mahu lupakan apa yang Zharif katakan.

" Good morning Puan Sarah " ucap Ain sebaik melihat Sarah.

Sarah tersenyum nipis.

" Good morning Ain " balasnya.

" And selamat pengantin baru " tambah Ain lagi.

" Terima kasih " .

Ain mengangguk perlahan. Sarah terus masuk ke dalam pejabatnya. Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi. Selang beberapa minit, pintu biliknya diketuk oleh Ain.

" Masuk " arahnya.

Ain terus masuk ke dalam bilik Sarah.

" Maaf ganggu Puan, ada orang nak jumpa Puan " beritahu Ain.

" Siapa? Client ke? " soal Sarah.

Setahunya pagi ini dia tiada temu janji dengan mana-mana client.

" Bukan Puan. Dia cakap dia kawan lama Puan " .

" Kawan lama? Lelaki ke perempuan?" .

" Lelaki " .

" Takpalah. Awak suruh jer dia masuk" .

" Baik Puan " Ain terus keluar untuk memanggil tetamu yang ingin berjumpa dengan Sarah.

" Assalamualaikum " .

Sarah mengangkat wajah memandang pemilik suara itu. Dia terkejut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience