BAB 4

Romance Completed 14835

Sarah duduk di birai katil. Dia termenung jauh. Fikirannya melayang teringatkan Zharif. 5 tahun lepas, dia dan lelaki itu pernah mencipta sebuah memori yang sehingga kini dia sendiri tidak mampu untuk lupakan.

Siapa sangka rupanya Zharif ialah rakan baik mamanya. Rupanya sejak kecil lagi mereka sudah pernah berjumpa. Indahnya takdir Allah.

5 tahun lalu..

" Sarah! " .

Langkah Sarah terhenti. Dia terus menoleh ke belakang. Zharif sedang melangkah ke arahnya dengan wajah yang kelat.

" Apa ni? " soalnya sambil menujukkan beberapa keping gambar mesra Sarah dan Edri.

Sarah agak terkejut melihat gambar itu. Setahunya dia tidak pernah mengambil gambar mesra sebegitu dengan Edri.

" Mana awak dapat gambar ni? " soalnya.

" Jawab soalan saya. Apa benda ni?! " .

" Saya tak tahu. Ni bukan saya " jawab Sarah.

Zharif tertawa sinis.

" Bukan awak? Habis siapa? Kembar awak? Saya tak sangka lah rupanya awak memang ada hubungan dengan lelaki tu " luah Zharif kecewa.

Selama ini Edri selalu berjumpa dengannya dan mengatakan dia dan Sarah mempunyai hubungan yang istimewa.

" No Zhaf. Awak dah salah faham. Ini semua fitnah. Edri tipu. Please percayakan saya. Saya cuma cintakan awak seorang " Sarah cuba mempertahankan dirinya.

" Dah lah Sarah. Sia-sia jer hubungan kita selama ni. Tak guna semuanya. Aku menyesal kenal kau. Menyesal sangat-sangat. Tolong jangan muncul lagi depan aku " Zharif terus berlalu meninggalkan Sarah sendirian.

" Zharif! Zharif tunggu! " panggil Sarah.

Tetapi sedikitpun Zharif tidak menoleh ke belakang.

Air mata Sarah laju mengalir. Lagi seminggu mereka akan tamat belajar di University Of Cambridge. Mereka berdua sudah merancang untuk bertunang selepas tamat sahaja belajar. Namun kini semuanya sudah berakhir. Hubungan cinta antara mereka selama dua tahun ini telah berakhir kerana fitnah Edri.

Sarah mengesat perlahan air matanya yang mengalir. Memori 5 tahun lepas, terimbas di fikirannya. Dia yakin Zharif masih belum dapat memaafkannya, ketika dia tersenyum pada lelaki itu Zharif hanya membuat tidak tahu. Kelat saja wajahnya. Langsung tidak membalas senyuman Sarah.

" Kalau lah awak tahu Zhaf, yang saya masih sayangkan awak. Walaupun dah 5 tahun berlalu, perasaan ni masih sama. Sedikitpun tak berubah" katanya sendiri.

Sehingga kini Sarah tidak membuka pintu hatinya untuk mana-mana lelaki kerana cintanya masih pada Zharif. Lelaki itu adalah cinta pertamanya. Mana mungkin dia akan melupakan dengan mudah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience