BAB 13

Romance Completed 14835

Tepat jam 1 pagi, mereka sekeluarga tiba di rumah. Majlis resepsi pihak perempuan baru saja tamat. Ramai ahli keluarga, rakan-rakan Datuk Fuad dan Datin Salma serta rakan-rakan Sarah yang hadir.

Sarah merebahkan tubuhnya di atas katil saat sampai sahaja di bilik. Dia benar-benar letih hari ini. Esok pula akan diadakan majlis di rumah Zharif. Matanya terus terlelap.

Zharif melangkah masuk ke dalam bilik Sarah yang kini sudah menjadi biliknya juga. Dia melihat Sarah sudah terbaring di atas katil dengan gaun pengantin yang masih belum sempat ditukar. Tudung juga masih tersarung di kepalanya.

" Sarah " panggil Zharif.

Sarah masih tidak sedarkan diri. Zharif mendekati isterinya itu. Lama dia merenung wajah isterinya itu. Sejujurnya dia seolah-olah tidak percaya Sarah sudah menjadi isterinya yang sah. Ya kalau dulu dia lah orang yang paling teruja. Tapi tidak sekarang. Setelah apa yang Sarah lakukan padanya, tidak mudah untuk dia maafkan gadis itu.

" Sarah " panggil Zharif lagi. Kali ini suaranya dikuatkan sedikit.

Sarah membuka matanya. Dia menggosok-gosok matanya.

" Bangun mandi lepas tu baru tidur " arah Zharif.

Sarah terus bangun daripada katil dan melangkah ke kamar mandi. Zharif hanya memandang sepi langkah Sarah. Dia pula merebahkan badannya di atas katil sementara menanti Sarah mandi.

" You tidur lah atas katil tu. I tidur kat sofa jer " .

Sarah memandang pelik ke arah Zharif.

" Kenapa pulak? Katil ni tak cukup besar ke untuk kita tidur? " soalnya lurus.

" Sarah, I rasa I patut ingatkan you sekali lagi. Kita kahwin bukan sebab cinta. You jangan perasan sangat yang I masih cintakan you. Lepas apa dah jadi dulu, perasaan tu dah lama mati. Dah tak ada lagi. Sekali lagi I ingatkan dan tolong dengar baik-baik, kita kahwin bukan sebab cinta. Tapi sebab parents kita. Tolong sedar hakikat tu" .

Sarah menahan rasa. Matanya sudah bergenang dengan air mata ketika ini. Bila-bila masa saja akan mengalir.

" Berapa kali Zhaf? Berapa kali lagi perlu saya cakap saya tak buat semua tu. Itu semua fitnah " .

" Bukti dah jelas Sarah. Apa yang fitnahnya? " .

" Zhaf... ".

" Stop it. I penat. I nak rehat. I tak ada masa nak bergaduh " Zharif pantas memotong kata-kata Sarah.

Dia mengambil sebiji bantal dan terus baring di atas sofa yang berada di sudut bilik Sarah.

Sarah hanya mampu menahan sabar. Dia harus kuat. Dia yakin suatu hari nanti dia mampu membuat Zharif percayakannya semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience