BAB 19

Romance Completed 14835

" Edri? " .

Edri tersenyum manis pada Sarah.

" Ya saya. Awak dah tak ingat? " .

" Awak nak apa? " soal Sarah tegas.

Tanpa dipelawa Sarah, Edri terus melabuhkan punggungnya di kerusi hadapan Sarah.

" Sarah, saya datang nak minta maaf. Saya tahu apa yang saya dah buat dulu sangat melampau. Saya minta maaf sangat-sangat " .

Sarah tersenyum sinis.

" Maaf? Simpan jer lah maaf awak tu. Semua tu dah tak ada ertinya lagi " .

" Sarah please..saya dapat tahu yang awak dah kahwin dengan Zharif. Panjang jodoh kau orang kan. Walaupun pernah terpisah dulu. Tapi Allah pertemukan dan satukan korang semula. Tahniah, I'm happy for you " .

Sarah diam. Sakit hatinya pada Edri masih belum hilang. Apa yang Edri buat dulu, sukar untuk dimaafkan olehnya.

" Sarah, saya tak nak awak berdendam dengan saya. Tolong maafkan saya? " .

" Edri kalau awak jadi saya, awak akan senang-senang ke maafkan orang yang dah buat hidup awak sengsara? " .

Edri menggeleng perlahan.

" Tapi Sarah saya tahu awak akan maafkan saya. Mungkin bukan sekarang. Saya tahu awak tak sekejam orang lain Sarah. Saya akan tunggu waktu tu " .

" Stop it Edri! Saya dah tak nak dengar apa-apa daripada mulut awak. Keluar daripada office saya sekarang. Saya dah tak nak tengok muka awak " halau Sarah.

" Sarah.. " .

" Get out! " jerit Sarah.

Dia sudah hilang sabar dengan lelaki itu. Semakin lama dia melihat muka Edri, semakin sakit hatinya.

" Saya doakan awak bahagia dengan Zharif. Maafkan saya " Edri terus berlalu keluar daripada bilik Sarah.

Sarah teresak-esak menangis. Bahagia? Mana mungkin dia akan bahagia dengan Zharif jika lelaki itu sudah membencinya.

Petang itu Sarah pulang lewat sedikit daripada pejabat kerana banyak kerja yang perlu disiapkan kemudian dia singgah di pantai untuk mengambil ketenangan seketika. Fikirannya terlalu serabut ketika ini. Lagi-lagi dengan kemunculan Edri.

Zharif melangkah ke arah keluarga yang sedang duduk minum petang di gazebo.

" Makan apa tu? " tegurnya.

" Haa Zhaf. Marilah minum sekali. Ada cheese cake ni " pelawa Datin Aima.

Zahra menghulurkan pinggan yang berisi cheese cake kepada abangnya. Zharif mengambil sekeping cheese cake yang telah siap dipotong. Kemudian terus dimasukkan ke dalam mulutnya. Sedap!

" Sedapnya. Mummy beli kat mana ni?" soalnya. Kemudian sekeping lagi cheese cake diambil.

" Bukan beli lah abang. Ni kak Sarah yang buat. Sedap kan? " .

Berubah terus wajah Zharif. Sarah buatkan? Patutlah rasanya sama seperti kek yang pernah dia makan dulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience