BAB 3

Romance Completed 14835

Sarah berdiri kaku. Seperti tidak percaya apa yang dia lihat ketika ini. Begitu juga dengan Zharif. Dia tergamam. Masing-masing mendiamkan diri buat seketika.

" Abang Zhaf! " .

Zharif terus menoleh. Dia melihat Zahra sedang melangkah ke arahnya. Zharif terus berlalu pergi ke arah Zahra. Sempat dia menjeling sekilas ke arah Sarah sebelum berlalu.

Sarah hanya memandang sepi ke arahnya. Dia seakan tidak percaya mereka akan dipertemukan semula setelah 5 tahun tidak berjumpa.

Tepat jam 11.00 malam, Datin Salma sekeluarga ingin beransur pulang ke rumah. Mereka berjumpa dengan keluarga Datin Aima terlebih dahulu. Tetamu yang ramai tadi juga sudah beransur pulang. Hanya tinggal beberapa orang sahabat rapat dan keluarga yang terdekat sahaja.

" Ma, Sarah tunggu dalam kereta ya " beritahu Sarah.

" Eh kenapa pulak nak tunggu dalam kereta. Dah jom jumpa aunty Aima dulu " Datin Salma menarik tangan anak tunggalnya itu.

Mahu atau tidak terpaksalah Sarah ikut.

" Aima, aku balik dulu ya. Terima kasih untuk hari ni. Nanti jemputlah datang ke rumah aku " Datin Salma dan Datin Aima berpelukan buat seketika.

" Insya Allah. Terima kasih jugak sebab datang ya " .

Zahra datang ke arah mereka bersama dengan Zharif. Pada awalnya Zharif tidak mahu ikut. Tapi Zahra terlebih dahulu menarik tangannya.

" Aunty Sal dah nak balik? " soal Zahra.

" Ha'ah sayang. Happy birthday again okay " .

" Thank you aunty " .

Kemudian Zahra bersalaman pula dengan Sarah. Saat itu mata Sarah sekali lagi bertentangan dengan mata Zharif. Cepat-cepat Sarah melarikan matanya. Tidak sanggup untuk bertentang mata dengan lelaki itu.

" Haa Zhaf, ni lah Sarah. Kecil-kecil dulu kau orang selalu main sama-sama tau. Mesti dah tak ingat kan " Datin Aima tergelak kecil.

Sarah hanya tersenyum hambar. Begitu juga dengan Zharif.

" Kak Sarah dah kahwin? " soal Zahra tiba-tiba.

" Belum sayang " jawab Sarah.

" Haa ada chance lah abang Zhaf nak pikat kak Sarah kan " Zahra sudah galak ketawa.

Zharif memandang adiknya tajam. Amboi suka-suka jer nak jodohkan orang.

" Ada-ada jer lah Zahra ni " kata Datin Salma.

Mereka terus meminta diri untuk pulang. Sarah hanya tersenyum kecil pada Zharif. Namun lelaki itu langsung tidak membalas senyuman Sarah. Ketat saja wajah Zharif. Langsung tiada senyuman di bibirnya.

Zahra perasan seperti ada yang tidak kena antara Zharif dan Sarah. Dia tidak sabar untuk soal siasat Zharif selepas ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience