BAB 1

Romance Completed 14835

Datin Aima melangkah masuk ke dalam sebuah butik pakaian wanita. Memandangkan sudah lama dia tidak membeli pakaian untuk dirinya, hari ini dia bercadang untuk membeli pakaian baru. Tambahan pula hujung minggu ini dia akan menghadiri majlis perkahwinan anak sahabat baiknya. Sudah pasti dia mahu terlihat cantik.

" Selamat datang datin " tegur seorang pekerja butik itu ketika Datin Aima sudah melangkah masuk.

" Terima kasih " ucap Datin Aima.

Dia terus memilih blouse terbaru keluaran butik tersebut. Sedang dia memilih blouse, matanya terpandangkan seseorang yang sangat dikenalinya. Datin Aima terus mendekati individu itu.

" Salma? Salma kan? " soalnya.

Wanita itu terus menoleh. Dia juga sedikit terkejut.

" Aima? Ya Allah Aima " tubuh Datin Aima terus dipeluk.

Seorang gadis yang bersama dengan Datin Salma tadi hanya menjadi pemerhati.

" Kau apa khabar? Dah lama kita tak jumpa kan " soal Datin Salma.

" Alhamdulillah aku sihat. Kau macam mana? Itulah. Dah nak dekat 20 tahun jugaklah kita tak jumpa kan" jawab Datin Aima.

" Alhamdulillah aku pun sihat jugak. Kau datang dengan siapa? " .

" Aku datang seorang jer. Ni anak kau ke? " soal Datin Aima sambil memandang ke arah gadis yang berada di sebelah sahabatnya itu.

" Ha'ah ni anak aku, Sarah. Sarah, ni aunty Aima. Kawan lama mama " .

Sarah terus menyalami tangan Datin Aima.

" Cantiknya anak kau Sal. Beruntunglah kau kan " puji Datin Aima.

Sarah hanya tersenyum nipis.

" Tak silap aku, anak sulung kau pun sebaya dengan Sarah kan? " soal Datin Salma.

" Ha'ah, Zharif " .

" Eh jom lah kita lepak-lepak. Banyak benda yang nak diborakkan ni " ajak Datin Salma.

" Boleh-boleh " Datin Aima mengangguk setuju.

" Lepas kau pindah dekat UK, aku dah tak jumpa kau. Bila kau balik Malaysia? " soal Datin Aima.

Ketika itu mereka berada di sebuah cafe.

" Lebih kurang dua tahun lepas aku balik Malaysia " jawab Datin Salma.

20 tahun lepas, Datin Salma sekeluarga terpaksa berpindah ke UK kerana suaminya, Datuk Fuad terpaksa menguruskan syarikat keluarganya yang berada di UK.

" Dah lama jugak kan. Sarah seorang jer ke anak kau? " .

Datin Salma tersenyum nipis.

" Ha'ah. Sarah seorang jer lah anak aku. Nak buat macam mana, tak ada rezeki. Kau? " .

" Aku ada dua orang anak jer. Zharif dengan Zahra. Zahra dah 20 tahun umurnya " .

Datin Salma mengangguk kecil.

" Sarah kerja mana sekarang? " soal Datin Aima.

" Sarah kerja dengan papa jer aunty " jawab Sarah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience