BAB 5

Romance Completed 14835

" Abang Zhaf " panggil Zahra.

" Ermm. Kenapa? " soal Zharif.

Zharif sudah mendaki anak tangga.

" Zahra nak tanya sikit boleh tak? " soal Zahra.

" Esok jer lah. Abang penat ni. Lagipun esok abang kerja. Zahra takpalah, boleh tidur sampai tengahari kan " sempat Zharif memerli adiknya.

" Alaa sekejap jer bang " .

" Nak tanya apa? Tanyalah. Cepat sikit" .

" Abang dengan kak Sarah tu pernah kenal ke sebelum ni? Zahra tengok macam ada apa-apa jer antara kau orang " .

Zharif diam sejenak.

" Abang, Zahra tanya ni " .

" Haa? Apa tadi? Abang dengan Sarah? Tak lah. Mana ada apa-apa lah. Dah lah abang nak masuk tidur. Good night " Zharif terus melangkah masuk ke dalam bilik.

Zahra ditinggalkan sendirian.

" Peliknya, macam ada sesuatu jer yang abang Zhaf sorokkan " katanya sendiri.

Zharif merebahkan badannya di atas katil. Pandangannya di halakan pada siling. Pertemuan dia dan Sarah tadi terimbas kembali.

Dia tidak menyangka mereka akan bertemu semula. Sarah, gadis yang pernah membuat dia tidak percayakan cinta. Oleh kerana itu sehingga sekarang dia masih belum menerima sesiapa dalam hidupnya. Apa yang Sarah telah lakukan padanya dulu membuatkan dia takut perkara yang sama akan berulang.

Dulu dia pernah mencintai sepenuh hati, tapi akhirnya dia dikhianati. Sakitnya apabila dikhianati itu membuatkan Zharif lebih berhati-hati. Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali.

Datin Aima dan Datin Salma telah berjanji untuk berjumpa di cafe hari itu. Memandangkan mereka sudah terlalu lama tidak berjumpa, banyak perkara yang ingin diborakkan.

" Sal, Sarah tu dah ada boyfriend? " soal Datin Aima.

Datin Salma ketawa kecil.

" Sarah tu terlalu sibuk dengan kerja. Sampai dia tak fikir pun pasal diri sendiri. Bukannya tak ada lelaki yang nakkan dia, tapi tu lah Sarah yang tak nak " jawab Datin Salma.

" Lebih kurang sama jer lah dengan si Zhaf tu. Macam ni Sal, aku ni risau dengan Zhaf tu. Umur dia bukannya makin berkurang, makin meningkat. Apa kata kalau kita jodohkan dia orang? " cadang Datin Aima.

" Maksud kau kahwinkan Zhaf dengan Sarah? " soal Datin Salma.

" Ha'ah. Macam mana? Kau setuju? " .

" Zhaf tu tak ada girlfriend ke? Bukan apa, takut dia dah ada pilihan sendiri" .

" Tak adanya Sal. Aku kenal anak aku tu. Lagipun daripada zaman sekolah lagi kita nak sangat jadi besan kan? " .

" Betul jugak tu. Aku tak kisah " .

" Haa kalau kau setuju, nanti kita bincang semula dengan Razlan dan Fuad " .

Datin Salma mengangguk setuju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience