BAB 21

Romance Completed 14835

Hari ini berlangsungnya majlis annual dinner R&A Holdings. R&A Holdings ialah syarikat keluarga Zharif. Setiap tahun mereka pasti akan membuat annual dinner.

Sarah bersiap-siap untuk ke annual dinner R&A Holdings. Dia memakai dress labuh berwarna ungu lembut dan dipadankan dengan shawl berwarna ungu gelap. Sedikit solekan ditambah untuk menaikkan lagi seri wajahnya.

Mereka tiba di Garden Hotel pada jam 8.45 malam. Majlis akan bermula pada 9.00 malam nanti. Ramai staf-staf R&A yang hadir pada malam ini.

Sarah sebenarnya risau dengan penerimaan Zharif terhadap Edri. Zahra sudah memberitahunya sebentar lagi dia akan datang bersama-sama dengan Edri dan dia akan kenalkan Edri dengan ahli keluarganya.

Bukannya Sarah tidak tahu betapa bencinya Zharif pada Edri. Bukan mudah untuk Zharif menerima Edri semula.

" Assalamualaikum semua. Saya Zharif Datuk Razlan wakil kepada syarikat R&A Holdings ingin mengucapkan terima kasih kepada semua staf-staf yang datang pada malam ni. Majlis ini diadakan untuk meraikan anda semua. Terima kasih kerana sudah menjadi sebahagian daripada keluarga R&A Holdings " .

Mereka semua memberikan tepukan gemuruh saat Zharif berucap di atas pentas.

Sarah tersenyum manis memandang Zharif. Dia bangga dengan suaminya itu.

" Zhaf " panggil Sarah.

Ketika itu mereka berada di meja makan.

" Hmm " jawab Zharif acuh tak acuh.

Sarah sudah biasa dilayan begitu oleh Zharif. Jadi sedikitpun dia tidak terasa hati.

" Tahniah. Saya bangga sangat dengan awak. Ingat tak dulu, awak pernah cakap yang awak nak jadi business man yang berjaya dan sekarang awak dah berjaya " .

" I dah tak ingat apa-apa lagi tentang kita. Semuanya I dah lupakan " .

Sarah mengetap bibirnya.

" Zhaf, saya yakin bila semua kebenaran dah terbukti nanti kita akan bahagia macam orang lain. Mungkin sekarang belum waktunya " ujar Sarah perlahan.

Zharif ingin membalas tetapi kata-katanya terhenti saat melihat Zahra yang sedang berjalan ke arahnya bersama dengan seorang lelaki yang sangat dikenalinya. Lelaki yang dah merampas kebahagiaannya bersama dengan Sarah.

" What are you doing here? " soal Zharif keras.

" Abang, Zahra nak kenalkan ni Edri kekasih Zahra " .

Zharif memandang tajam ke arah Edri. Kemudian pandangannya dialihkan pada Zahra pula.

" Apa? Kekasih? Zahra dah gila ke? Lelaki ni bukan lelaki yang baik untuk Zahra lah. Zahra tak kenal lagi siapa dia ni " marah Zharif.

Mujurlah ketika itu mereka berada di luar hotel. Zahra yang mengajak abang dan kakak iparnya itu ke luar hotel. Dia tahu pasti Zharif akan mengamuk. Tak pasal-pasal nanti rosak majlis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience