BAB 2

Romance Completed 14834

" Ohh. Sama lah dengan Zharif. Dia pun kerja dengan family jer. Lagipun Razlan tu dah tak larat nak handle syarikat, biar Zharif jer lah yang handle " cerita Datin Aima.

" Sama lah dengan Fuad tu. Kadang-kadang semua meeting dengan client dia suruh Sarah yang handle " .

" Biasalah dah berumur ni. Nak rehat dekat rumah jer " .

Mereka sama-sama ketawa.

" Oh ya, hari ahad ni jemputlah datang rumah aku ya. Kami nak sambut birthday Zahra. Dapat lah kita borak panjang lagi " .

" Insya Allah nanti aku datang " .

" Aunty Aima tu kawan baik mama ke? " soal Sarah.

Ketika itu mereka dalam perjalanan pulang ke rumah.

" Ha'ah. Kawan baik mama sejak zaman sekolah lagi. Sarah mungkin tak ingat dia sebab waktu kita pindah UK dulu, Sarah masih kecil " .

Sarah mengangguk faham.

" Dulu kan, Sarah selalu main dengan Zharif tau " .

" Iya ke mama? " .

" Iyaa. Mesti Zharif tu makin hensem sekarang " .

Sarah hanya tersenyum nipis. Zharif? Hmm nama itu membuatkan dia teringat pada seseorang. Seseorang yang pernah bertakhta di hatinya dulu.

Sarah bersiap-siap untuk pergi ke rumah Datin Aima. Dia memilih untuk memakai dress labuh berwarna dusty blue dan dipadankan dengan shawl berwarna krim. Sedikit solekan ditambah pada wajahnya. Siap!

Sarah terus turun ke tingkat bawah. Datuk Fuad dan Datin Salmah sudah menantinya. Entah kenapa jantungnya berdegup laju. Seperti ada sesuatu yang akan berlaku sebentar nanti. Namun Sarah cepat-cepat menepis. Mungkin hanya perasaannya saja.

Sebaik tiba di Villa Qaseh, mereka sekeluarga di sambut oleh Datuk Razlan dan Datin Aima.

" Jemput makan " pelawa mereka.

Ramai tetamu yang hadir pada majlis ulang tahun Zahra. Antaranya ialah rakan-rakan Datuk Razlan dan juga Datin Aima. Rakan-rakan Zahra juga ramai yang hadir.

Sarah mula bosan menanti mama dan papa nya yang rancak berborak dengan rakan-rakan lama mereka. Dia melangkah jauh sedikit daripada tetamu yang lain. Langkah kakinya diatur ke arah sebuah buaian kayu yang berada berdekatan dengan kolam renang.

Punggungnya dilabuhkan di situ. Sambil itu, dia membuka akaun instagram nya.

Zharif memandang ke arah seorang gadis yang sedang duduk di buaian kayu berdekatan dengan kolam renang. Dia tertanya-tanya siapakah gadis itu. Dia mendekati gadis itu.

" Excuse me miss. Who are you? " soalnya.

Sarah tersentak. Dia terus menoleh. Saat mata mereka bertentangan, masing-masing terkejut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience